-𝑻𝒂𝒐'𝒔-
Sstttt!!!
Sstttt!!!
Bunyi penyembur racun serangga telah meredakan suasana kelas yang tadinya kecoh itu.
Aku keluar dari bawah meja guru lalu melihat Cikgu Jae Hoon sedang memegang botol penyembur racun serangganya.
"Macam khinzir hutan saja kelas kamu ni."
Aik,memaki pula?
Kata-kata Cikgu Jae Hoon itu terus menukarkan kelas tersebut menjadi kelas yang sangat sunyi sepi.Semua pelajar tertunduk ke bawah termasuklah aku.
"Habiskan makanan kamu.Jangan bising."
Cikgu Jae Hoon terus berlalu pergi dari pintu kelas kami yang masih terbuka itu sehingga menimbulkan rasa cuak dalam diri kami semua.
"Fine,dia tak nak kelas ni jadi macam dalam dunia Jumanji..so korang jangan bising,"kata Jennie yang muncul dari tempat persembunyiannya di dalam almari yang diletakkan di belakang kelas itu.
"Jumanji?"kataku sambil keluar dari bawah meja.
Jennie hanya menggulingkan matanya sambil berpeluk tubuh.
"Orait,orait..bedewey kita kena habiskan makanan seperti mana yang cikgu Jae Hoon suruh kat kita,"kata Samuel Kim,salah seorang rakan sekelasku.
"Apa tu bedewey?"tanya Jungkook.
"By the way,"kata Samuel."Atau lebih senang disebut sebagai bedewey demi menghormati semangat urban."
Semangat urbanlah konon.Tu kira dah merosakkan bahasa Inggeris tau!
Aku terus melangkah menuju ke arah mejaku.
"Weh,Yeol..ada homework tak?"tanyaku kepada Chanyeol yang sibuk mengelap meja yang dipijaknya.
Chanyeol hanya menggeleng.
"Alright,"aku menyusun beberapa buah buku yang bertaburan di atas lantai lalu meletakkannya di atas rak buku semula.
Kemudian,aku mengalihkan pandanganku semula ke arah Jennie yang sibuk menyapu kotoran habuk pada lantai.
Nampaknya,muka Jennie monyok hari ini.
Ke dia salahkan aku sebab bawa masuk lipas kat sini?
This is an accident okay? Bukan salah aku pun..
Aku mengeluh.
Yalah,memang aku yang bersalah dalam hal ini.
🌹🌹🌹
Sesi persekolahan untuk hari yang pertama sudah tamat.Banyak pengalaman baik dan buruk aku peroleh sepanjang hari pertama aku menjejakkan kaki di bumi Korea Selatan ini.
Dan apa yang aku pasti,wanita Korea yang paling emo aku pernah jumpa ialah seorang gadis kelas 4 Sains 1 yang bernama Jennie Kim.
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...