-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-
Sejak awal pagi lagi,aku begitu malas untuk layan budak baru tu.Apa yang aku lagi benci bila budak tu masuk dalam kumpulan kami time eksperimen Kimia ni.
Malas aku nak layan budak Cina ni..haish..
Aku terus mengambil semua radas yang disediakan di meja hadapan di mana Cikgu Gwang Soo sedang memerhatikan kami semua yang mengambil radas tersebut.
Tungku kaki tiga,check!
Kasa dawai,check!
Kelalang kon,check!
Penunu bunsen,check!
Kaki retort,suruh je si Chanyeol tu ambil.
Tabung uji,check!
Apa lagi yang takde eh?
Oh ya,jam randik! Sebab nak catat masa kalau bahan tu cair dan beku!
Eh,tapi di mana jam randik ya? Semua kumpulan dah dapat kecuali kumpulan kami..hmm
"Cikgu?"
"Ya?"
"Di mana jam randik kami?"
"Eh,bukan ahli kumpulan kamu dah ambil ke?"
Aku mengerutkan dahiku.
"Siapa cikgu? Saya tak perasanlah-"
"Ni!"Tao mengangkat jam randik yang ada pada tangannya berserta sebatang termometer dan sebuah bikar yang baru sahaja diambilnya.
"O-okay.."gumamku lalu berlalu pergi dari meja itu.
Budak baru tu yang ambil pula...ceh! Nak tunjuk baik konon..hmph!
Aku berjalan dengan muka menonongku sambil membawa semua radas tersebut ke arah meja kami.
"Weh,Trio JSY!"
Cewah,panggil nama skuad diorang pula..HAHAHAH!
Jungkook,Sehun dan Chanyeol memandangku sambil mengangkat sebelah kening mereka secara serentak.Dah memang gaya diorang kalau nama skuad diorang tu kena panggil.
"Waeyo?"kata Chanyeol.
"Kau pergi angkat kaki retort yang besar gila tu..aku tau kau memang sado."
Chanyeol berdiri dari tempat duduknya sambil tersengih seperti kerang busuk.
Banggalah tu kena puji yang dia ni sado...padahal kurus kerempeng
Aku menggulingkan mataku lalu memandang Sehun dan Jungkook yang menahan ketawa mereka.
"Korang dua ni pahal?"
Dua jejaka idaman Korea itu menggelengkan kepala mereka lalu bingkas berdiri membantuku mengangkat beberapa radas yang sudah penuh pada tanganku itu.
"Kook! Kau tolong angkat penunu bunsen ni."
Aku menghulurkan penunu bunsen itu kepada Jungkook.
Kemudian,kami terus meletakkan semua radas di atas meja tersebut apabila Chanyeol sudah mengambil kaki retort itu.
"Salah seorang wakil perlu mengambil serbuk naftalena sebanyak 1/3 sahaja daripada isipadu keseluruhan tabung uji."
Kami saling berpandangan di antara satu sama lain.Aku tengok Chanyeol,Chanyeol buat-buat tak tau.Aku tengok Sehun,Sehun angkat bahu pula.
Aku tengok Jungkook,lagilah dia diam je.Sampailah aku tengok Tao,budak tu pula yang semangat betul nak ambil bahan tu.
"Boleh?"bisik Tao kepadaku.
Aku mencebik lalu mengangguk perlahan.
"Pergilah,"kataku sambil mengibas perlahan tanganku.
Tao terus berdiri dengan penuh semangat sambil mencapai tabung uji yang dimasukkan ke dalam kelalang kon itu.
Aku memandang yang kawan-kawan aku yang lain.Chanyeol pula mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum menampakkan baris giginya.
"Kau apahal?"tanyaku kepada Chanyeol.
"Gitulah cara nak layan budak baru! Kau tak patut sombong sangat kat dia,"Chanyeol memandangku sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Yalah..yalah! Haish.."
"Eh,aku lupa nak minta number phone kat dialah!"kata Sehun.
"Siapa?"tanya Chanyeol.
"Siapa lagi kalau bukan si Huang Zi Tao tu."
"Kenapa kau nak minta number phone kat dia? Kau ni gay ke?"sampuk Jungkook.
"Yaish! Bukanlah!"Sehun memukul bahu Jungkook."Aku ni kan satu-satunya admin kat dalam group Whatsapp kelas kita.Korang dah lupa ke?"
"Oo..."kami berempat hanya mampu melopong.
"Tulah..melupakan admin je korang ni."
"Siapa suruh kau tak kasi aku jadi admin?"kata Chanyeol."Kau tau kan yang nama group tu pun hasil cetusan daripada idea aku."
"Tapi nama group itulah yang aku paling benci,"kataku.
Semua berpaling memandangku termasuklah Tao yang baru sahaja sampai.
"Kenapa kau tak left je dari group tu?"tanya Jungkook.
Aku membuntangkan mata sambil menggetap geram bibirku.
"Bengonglah kalau aku nak left dari group tu..nanti korang panggil aku pengkhianat pula karang."
"Pfft!"kata Tao secara tiba-tiba.
Kami berempat terus mengalihkan pandangan ke arah Tao dengan jelingan yang tajam.
"Kau pahal?"tanyaku dengan acah-acah minah gangster.
Haa tengok..baru kau rasa macam mana sis Jennie ni terus jadi bro Jennie,eh silap..Kak Yong Jennie..haa..panggil aku Kak Yong Jennie,haa tepok!
"T-tak ada..hehe,"Tao tersengih.
Eh,boleh pula dia gelak time aku marah ni!
"Weh,Tao! Boleh aku minta nombor henpon kau lepas ni? Aku nak masukkan kau kat dalam group Whatsapp kelas kita"tanya Sehun.
"Oh,boleh! Boleh!"kata Tao.
"Lepas kelas lah,boleh?"kata Sehun.
"Okay,"kata Tao yang masih lagi dalam mood cerianya.
Aku hanya mencebik lalu mengambil buku teks Kimia itu dan memulakan eksperimen bersama kawan-kawan aku yang lain.
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...