28 | love doctor session

61 8 3
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

Aku hanya terus berlalu pergi sehinggalah tanganku ditarik oleh seseorang.Aku pantas menoleh lalu memandang Tao sedang menggenggam lenganku dengan kuat.

"Apa pegang-pegang ni?"aku menepis tangannya.

"Saya nak cakap something kat awak."

Aku memandang Tao sambil menjengketkan sebelah keningku.

"Apa dia?"tanyaku.

"Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih tau sebab awak dah tolong saya tadi."

Tao menundukkan kepalanya sambil kedua belah tangan diletakkan di belakang pinggang.

"Dan kalau bolehlah...saya nak bawa awak pergi makan aiskrim..nak tak?"

Aku terdiam.

Mamat jambu ni nak bawa aku pergi makan aiskrim? Biar betul?

"Errm...kalau awak tak nak,tak apalah-"

"Eh,nak lah!"

Tao memandangku sambil tersenyum riang.

"Kita pergi lepas habis sekolah okay?"

Aku hanya mengangguk sambil mengukirkan senyuman riangku.

Kami berdua terus berlalu pergi mengikut haluan masing-masing.

🌹🌹🌹

"Mana dia ni?"

Aku mengerling ke arah jam tanganku sambil menyilangkan tangan pada dada dengan penuh risau.Suasana di luar pintu pagar SHS itu sesak dengan ramai pelajar yang berjalan pulang menuju ke rumah masing-masing.

Tambahan pula,hari ni hari Jumaat so memang sesaklah.

Tapi masalahnya,si Zi Tao ni belum lagi datang sampailah sekarang.

Apa kejadahnya dia buat kat dalam sekolah tu? Berak batu ke?

Aku hanya terus menunggu dan menunggu sehinggalah aku ditegur oleh seseorang.

"Jennie?"

Aku menoleh lalu memandang Jisoo sedang membawa fail poketnya.

"Eh,Jisoo! Kau buat apa kat sini?"

"Aku tunggu Chanyeol."

"Chanyeol? Bukan dia dah balik ke tadi?"

"Aku tanya Sehun tadi.Sehun cakap dia belum balik."

Aku melopongkan sedikit mulutku sambil mengangguk.

"Kau tunggu siapa?"Jisoo bertanya lagi.

"Aku tunggu Tao."

"Tao?"

Kami berdua saling berpandangan.Tiba-tiba Jisoo menyeringai.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now