"CUKUP!!!"
Semua pelajar memandang ke arah pengetua Seoul High School,Tuan Shim yang kelihatan amat marah sambil mencekak pinggangnya.
"Anak-anak zaman sekarang ni kuat gaduh je!"
"Apahal si tua muka gravel ni datang pulok?"batin Tao dalam hati.
Semua pelajar mula gerun apabila melihat riak wajah Tuan Shim yang kelihatan agak serius kecuali Sehun yang masih mengunyah keropoknya.
"Oh Sehun,sudah-sudahlah makan tu,"Tuan Shim memberi amaran.
Sehun dengan tahap gelabahnya yang datang secara tiba-tiba terus membuang paket keropok ikan yang sudah habis ke dalam tong sampah.
Nasib baik dah habis.Kalau tak,sayang keropok budak Sehun tu.
"Huang Zi Tao dan Kim Jongin!"
Tao dan Kai terus memandang Tuan Shim dengan wajah yang super-cuak.Mata mereka masing-masing terbeliak.
Tao dan Kai saling berpandangan sesama sendiri lalu mengherot wajah mereka kerana terlalu takut akan kata-kata Tuan Shim itu.
"Buat apa berdrama lagi tu? Marilah ke sini!"kata Tuan Shim sambil membuat isyarat kepada mereka untuk datang.
Dengan perlahan-lahan,dua orang lelaki yang berlainan kaum itu terus berdiri dan berjalan perlahan menuju ke arah Tuan Shim apabila pengetua itu terus menghentakkan kakinya dengan kuat.
"Jalanlah cepat! Kamu berdua ni bapok ke?"
"AHAAHHAHAHAH!"
Bunyi gelak tawa yang pecah daripada setiap pelajar memenuhi suasana yang sedikit hening itu.Dengan serta-merta,wajah Tao dan Kai bertukar menjadi merah bagai tomato.
"Mari ikut saya ke pejabat sekarang,"Tuan Shim terus membawa dua orang lelaki itu menuju ke pejabatnya.
Sementara itu,Sehun dan Jungkook pula terus membawa Chanyeol yang hampir pitam ke bilik rawatan.Jennie pula dipanggil oleh Taehyung menuju ke bilik kaunseling.
~~~~~
-𝑻𝒂𝒐'𝒔-Di mana pula pengetua ni nak bawa aku lepasni?
"Baju kau bau taik weh!"bisik Kai kepadaku.
Aku segera memijak kaki lelaki itu sehingga dia menjerit sekuat hati.
"WADUIII!!!"
Tuan Shim(tau nama dia dari Sehun) memandang kami berdua dengan pandangan maut setajam pisau samurai.
"Siapa yang menjerit tu?"tanyanya dengan suara yang mendatar.
Kami berdua saling menuding jari dengan menyalahkan diri di antara sesama sendiri.
"Dia yang buat,cikgu!"kata Kai sambil menudingkan jarinya ke arahku.
"Tak,dia yang buat!"
"Jangan nak bohong sana,Huang Zi Tao."
Mataku membulat.Aku memandang Kai yang tersenyum sinis ke arahku.Aku menggetap kasar bibirku lalu menampar punggung lelaki itu.
"Gay ke?"pekik Kai dalam nada suara perlahan.
Aku hanya menahan ketawaku lalu berjalan mendahului Kai mengekori Tuan Shim masuk ke dalam bilik pejabatnya.Tanpa ku sedari,aroma tahi yang tersebar menyebabkan beberapa orang yang berselisih dengan kami segera menutup hidung.Ada juga yang segera berlari ke tandas dan terus muntah.
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...