37 | weekend

45 7 35
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

"Hak adus,sakit gila kesan tampar kat pipi aku ni!"

Aku memicit bahagian pipiku yang merah beberapa kali sambil diperhatikan oleh Chanyeol yang sedang menikmati kopi Dalgonanya.

"Siapa juga yang tampar kau,budak?"tanya Chanyeol.

"Mama aku."

"Pfft!"

Sekali lagi Chanyeol tersembur kat muka aku.

Boleh tak dalam satu hari ni,kau jangan sembur air langsung kat muka aku?

Aku hanya menggulingkan mataku sambil menyedut jus oren yang masih sejuk dan berais itu.Sambil kami berdua sibuk meminum air dan melayan telefon masing-masing,Taehyung datang menerjah kami berdua.

"Woi!"Taehyung menepuk meja kami.

"Eh woi bodoh kau!"Chanyeol termelatah sehingga menyebabkan air minumannya hampir tumpah.

Nasib baik mamat tu pandai sambut air dia.Kalau tak,naya lah satu kafe ni kalau kopi Dalgona yang mahal dan rare ni tumpah begitu je.

Chanyeol memandang Taehyung dengan pandangan yang menggeramkan sambil menggetus geram.Matanya membulat besar apabila Taehyung hanya tersengih.

"Kau pahal datang kat sini ni?"tanyaku apabila Taehyung sudah mendapatkan tempat duduk.

"Aku nak tanya pasal team basketball kita."

Chanyeol mendengar dengan penuh perhatian dan minat.Mentang-mentanglah dia kapten pasukan ni.

Aku pula? Hmm,jadi tukang angkat air je sejak muka aku terkena bola Chanyeol haritu.Bukan apa tapi aku dah naik trauma sebab bola tu selalu je sumpah aku.

Bola:Kalau Chanyeol yang baling aku,aku akan pastikan yang aku akan mendarat betul-betul kat muka Tao,biar padan muka dia..MUAHAHAHAH!

Kesian aku kan? Tapi tak apa,aku tetap main juga walaupun muka aku selalu jadi mangsa balingan bola si Chanyeol tu.

"Kenapa dengan team kita,Tae?"

"Aku dengar team kita hampir kena disqualified."

"Disqualified?"aku dan Chanyeol menjerit serentak.

Taehyung mengangguk.Kata-kata Taehyung itu membuatkan kami terkedu.

"Eh,korang janganlah paranoid sangat.Team kita masih lagi ikut tournament tu."

Kami menghela nafas lega.Nasib baik.Kalau tak,sia-sia je peranan aku jadi tukang angkat air nanti.

"Team perempuan macam mana?"tanya Chanyeol.

"Team perempuan okay.Diorang dapat first place untuk kelayakan tu."

"Diorang kan hebat,"kataku.

"Bercakap pasal perempuan,aku rasa Tao patut do somethinglah."

"Something?"aku bertanya kembali.

"Macam mana dengan percubaan kedua kau untuk confess dia?"tanya Chanyeol sambil mengangkat sebelah keningnya berulang kali.

"Confess apa ni?"Taehyung hairan.

"Eh,tak adalah! Chanyeol ni dah demam kot!"

"Tipu!"Chanyeol tersengih.

"Eh,betul lah!"kataku.

"Eh,jangan nak ngok ngek kat sana,Ji Tao.Aku dah kenal kau lama dah."

"Aku baru tiga bulan tau belajar kat sini."

"Siapa yang korang gempar-gemburkan ni?"Taehyung masih hairan.

Chanyeol tersengih melihatku sambil memeluk tubuhnya.Pandangan mata yang begitu sinis ditumpukan ke arahku sehingga membuatkan aku mengalah.

Aku menggulingkan mata berulang kali sambil mendengus kasar.Kemudian,aku merentap keluar telefon dari poket lalu menekan ruang mesej aku bersama Jennie semalam.

"Nah,"aku menunjukkan semua perbualanku bersama gadis itu kepada Taehyung.

Taehyung dengan wajah datarnya semakin lama semakin membulat mata apabila membaca satu-persatu mesej kami.Sampaikan lelaki itu sanggup mengambil telefonku untuk membaca sendiri kesemua mesej itu.

"K-kau b-bawa Jennie couple?"

Aku dengan senyuman yakinku terus mengangguk.Aku lihat ekspresi wajah Taehyung terus berubah.Taehyung kelihatan menahan ketawanya sambil memberikan telefonku semula.

"Apasal?"tanyaku.

"Yakinnya kau..kau tak tau ke yang si Jennie tu tomboi?"

"Aku taulah..yang penting dia tu bukan pengkid.Tapi dia bluetick aku pula."

"Jadi kau nak confess lagi?"tanya Chanyeol yang masih menghirup kopinya.

"Mestilah! Aku betul-betul nak tau apa balasan dia..sebab aku dah naik malas dah nak tunggu ni."

Aku menyilangkan tangan pada meja lalu meletakkan daguku di atasnya.Tidak sampai sejam kami berbual,Wendy tiba-tiba muncul bersama telefonnya.

"Wei!"Wendy menepuk bahuku dengan kuat.

"Wei! Wei! Mak kau hijau!"aku termelatah.

Eh,jap..bila masa aku melatah ni? JENNIE!!!!

"Nampaknya kau dah kena jangkit dari aku,"kata Chanyeol sambil tersenyum sinis.

"Jilake,"gumamku lalu memandang Wendy semula."Ha ye? Kau nak apa?"

Dah macam mak nyah pula suara aku.Puih.

"Aku nak bagitau kau yang season 12 PUBG dah nak mula dah..k tu je,bai!"Wendy terus berlalu pergi sambil khusyuk bermain PUBG.

Tiba-tiba,

BUKK!

"Adoi!"Wendy memegang dahinya yang berlanggar dengan dinding.

Padan muka kau,Seungwan.Tulah sape suroh main PUBG sambil jalan,kan dah kena slain dengan dinding.Haih,rare betul perempuan macam kau ni.

Aku berpaling lalu memandang Taehyung yang bergegas pergi.

"Eh,kau tak nak duduk sini sekejap?"tanya Chanyeol kepada Taehyung.

"Aku ada urusan yang patut aku setelkan.Kucing aku dah nak beranak dah so aku yang kena jadi bidan dia nanti,"mata Taehyung tertancap pada kopi Dalgona milik Chanyeol.

"Apa?"tanya Chanyeol yang menyedari perlakuan Taehyung.

"Boleh aku minum?"

Chanyeol menggetus geram lalu memberikan air itu kepada Taehyung.

"Tengkiu,pak cik Yoda!"maka lelaki itu terus meminum minuman si Cendol dengan penuh rakus.

Chanyeol hanya menepuk dahinya lalu memerhatikan Taehyung yang terus keluar dari kafe itu.Aku pula hanya menghabiskan minumanku yang tinggal sedikit sahaja lagi.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now