-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-
Musim sejuk menjelang.Salji-salji mula turun menghiasi jalanan di tepi rumahku.Saat-saat inilah yang aku nantikan untuk berseronok bersama rakan-rakanku yang lain.
Aku harap oppa akan benarkan aku sekali lagi.
"Oppa!"laungku dari tingkap bilik.
"Apa?"suara oppa bergema dari dapur.
"Jennie nak keluar boleh?"
Krik..krik..krik..krik..
"Keluar je lah.Pergilah dating dengan si Ji Tao tu."
"Zi Tao lah!"aku membetulkan kata-kata abangku.
"Yalah,Ji Tao,"kata oppa dengan malas.
Ya ampun,abang aku ni.
Aku terus berjalan keluar sambil mencapai jaket tebal dan skaf lalu melilitnya pada leher.Kemudian,aku berjalan menuju ke pintu apabila oppa tiba-tiba menghalangku pada pintu.
"Oppa!"aku merengek.
"Sebelum keluar,Jennie kena bawa makanan ni dulu,"oppa menghulurkan sepeket plastik yang penuh dengan coklat dan marshmello.
"Kenapa pula?"tanyaku.
"Supaya jimat duit dan Jennie pun tak sakit."
Aku tersenyum kambing lalu menundukkan kepalaku sebagai tanda terima kasih.
"Dah,pergilah keluar.Syuh! Syuh!"
Oppa halau pula kita..
Aku melambai ke arah oppa lalu menapak keluar dari perkarangan rumah sambil tangan memegang paket makanan itu.
"Alangkah indahnya! Akhirnya dapat bermain salji bersama teman-teman~"
"Weh,Jennie!"
Aku segera berpaling lalu melihat Sehun,Jungkook dan Chanyeol sedang sibuk bermain perang melontar salji di kawasan dataran yang lapang itu.
"Eh,korang main tak ajak aku lah!"
Aku segera berlari lalu mengepalkan salji itu dan melontarnya ke arah tiga orang lelaki itu.
Kami berempat terus tergelak sambil pandangan mataku terus mencari di mana keberadaan Tao.
"Kau bawa makanan ke ni?"kata Chanyeol sebaik sahaja dia melihat ke arah paket makanan itu.
"Ha'ah..tapi kan-"
"Mesti kau nak bagi makanan tu kat aku kan?"pintas Jungkook sambil menjongketkan alisnya.
"Eish,bukanlah!"
"Habis tu?"tanya Sehun.
"Korang ada nampak Tao tak?"
Masing-masing terdiam.
"Weh,aku tanya ni..korang ada nampak Tao tak?"
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...