42 | save her

41 6 0
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

Jennie...Jennie...kenapa kau jadi macam ni? Aku tak percaya orang yang dilanggar itu ialah kau,aku tak percaya orang yang berlumuran dengan darah itu ialah kau.Sungguh..aku tak percaya!

Tubuhku kaku.Seluruh sendiku menggeletar.Aku tidak berdaya melihat tubuh kau terbaring di atas jalan raya,Jennie.

Dalam kekalutan itu,aku hanya mampu berdiri dan melontarkan pandangan kosong ke arah kau yang sudah didukung oleh Chanyeol,Jennie.

Lihatlah,Jennie.Betapa bodohnya aku tercegat dan mendiamkan diri sedangkan aku sepatutnya menyelamatkan kau Jennie.Kaulah orang yang paling aku sayang.Tapi aku tak sanggup..aku bodoh! Aku sangat bodoh!

"Tao! Tunggu apa lagi di sana tu? Cepatlah!"laung Chanyeol dengan kasar.

Kelihatan darah daripada tubuh Jennie sudah mula membasahi pakaian Chanyeol.Sehun dan Jungkook berusaha sedaya upaya untuk memberikan bantuan awal kepadanya.

Sementara itu,aku hanya kelu.Aku tidak mampu berkata apa-apa melainkan menyaksikan kejadian yang serupa seperti sebuah mimpi buruk.

"HOI,BODOH! KAU TAK NAK BANTU KESAYANGAN KAU KE?!"bentak Chanyeol dengan kasar.

Aku merasakan seluruh tubuhku dingin.Tiba-tiba sahaja kepalaku merasa sakit.

Dengan serta-merta,pandanganku mula berubah gelap.Aku mula terhuyung-hayang dan akhirnya pitam di tepi jalanan besar itu.

"TAO!"

Suasana menjadi kecoh semula.

~~~~~

Aku membuka mata dengan perlahan.Aku dapati diriku kini berada di sebuah katil pesakit di hospital.Tiub glukosa ditusuk pada kulit tanganku.

Aku bangun perlahan-lahan lalu memandang suasana di sekeliling.Aku langsung tidak mengingati apa yang berlaku sepanjang hari ini.Semua ini bagaikan mimpi.

Kotak rantai yang ku beli terletak kemas di atas meja lampu yang disusun bersebelahan dengan katilku.Aku mencapai kotak itu lalu menyimpannya ke dalam poket seluar jeans milikku.

Nasib baiklah aku tak kena tukar baju.

Aku mencabut tiub glukosa sehingga darah mengalir keluar dengan banyak.Aku segera mengelap pada kain seluar lalu memakai kasut dan melangkah keluar dari bilikku.

Namun,aku merasa kepalaku masih pening dan pandanganku sedikit kabur.Tetapi aku tidak mengendahkan semua itu dan terus berjalan sehinggalah aku terjumpa mana-mana jururawat atau doktor yang bertugas.

Tiba-tiba sahaja,satu suara menyapaku.

"Zi Tao?"

Aku menoleh lalu melihat Jongdae yang memegang sapu tangannya.Namun,pandanganku tertumpu pada kedua kelopak matanya yang sembap dan basah.

Aku sedikit terkejut namun aku berjaya menenangkan diri.

"Jongdae...kau tak apa-apa ke?"aku memberanikan diri untuk bertanya kepadanya.

Jongdae hanya menggeleng sambil mengoyakkan senyuman yang nipis.

"Tak.."

Aku terdiam seketika apabila aku mula berasa janggal.

"Ermm.."aku menggumam."Di mana Jennie?"

Jongdae segera mengesat air matanya lalu menudingkan jari pada papan tanda 'Unit Kecemasan' yang membawa ke arah kiri itu.

"Ikut je papan tanda tu.Kau akan nampak ramai orang kat sana termasuklah Chanyeol dengan Sehun."

Aku hanya mengangguk seraya mengucapkan terima kasih kepada abang Jennie itu lalu berjalan menuju ke situ.

"Kalau diorang tanya aku ke mana,cakap je aku pergi ambil angin sekejap,"kata Jongdae yang masih belum berganjak dari situ.

Aku berpaling lalu mengangguk.Kemudian,aku melangkah semula menuju ke unit kecemasan apabila Chanyeol mendapatkan aku lalu mendakap erat tubuhku.

"Kau dah kenapa?"gumamku perlahan.

Kedengaran suara esak tangis daripada Chanyeol sambil tangannya menumbuk belakang tubuhku.

"Jennie...Jennie..."

Kata-kata Chanyeol membuatkan aku semakin gelisah.

"Kenapa Jennie?"

"Doktor cakap dia ada harapan 15% lagi untuk hidup.Impak pelanggaran pada lori itu telah membuatkan pendarahan dalam kepala dia dah makin teruk...Tao..kau kena buat sesuatu Tao.."

"Aku kena buat apa?"

"Derma darah Tao! Derma darah!"Chanyeol menggoncangkan tubuhku.

"Darah aku AB lah bengong!"aku memukul kepala Chanyeol walaupun keadaan tubuhku masih lemah.

Chanyeol mengusap kepalanya yang dipukul dengan kuat lalu memandangku dengan pandangan yang penuh teragak-agak.

"Ermm...ya tak ye juga.Jennie kan darah B,kau darah AB,aku darah A..Sehun! Dia kan darah O,dia boleh derma dekat semua darah."

"Biar aku yang derma darah untuk dia,"Jongdae yang baru sahaja masuk menerpa ke arah kami berdua.

Aku dan Chanyeol memandang Jongdae lalu saling berpandangan.

"Biarlah aku yang sukarela untuk dermakan darah kepada dia.Darah kami sama.Lagipun aku kan abang kepada Jennie."

Aku dan Chanyeol terdiam.

"Aku lakukan semua ini sebab aku sangat sayangkan dia.Dia adik aku dan dia patut hidup,"Jongdae mengakhiri kata-katanya dengan penuh tegas.

Kata-katanya membuatkan bulu roma kami naik.

"Macam mana?"tanya Jongdae kepada Chanyeol sambil menjengketkan keningnya.

"Okay..aku akan bagitau,"Chanyeol tersengih lalu berlari semula menuju ke arah seorang doktor yang berdiri di situ.

Jongdae memandangku dengan penuh senyuman.

"Encik Kim Jongdae!"

Jongdae terus berjalan menuju ke arah doktor itu dan sempat melambai ke arahku.Aku hanya melambai perlahan sahaja sambil memerhatikan mereka bertiga sibuk berbincang tentang hal yang kedengaran agak mustahak.

Aku harap Jennie akan selamat..

Maafkan aku,Jennie..

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now