33 | his concern

47 5 1
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

"Oppa tak nak kamu rapat dengan budak tu!"

"Kenapa?"aku tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh abangku.

Jongdae oppa memandangku dengan tajam.

"Kenapa?"ulangku dengan suara yang meninggi.

"Jennie suka dengan budak tu?"

"Jennie dengan dia just kawan je..kitorang tak buat apa-apa pun."

Aku mengeluh.

"Tolonglah,oppa..Jennie tak nak oppa jadi terlalu paranoid.16 tahun Jennie hidup dengan oppa,Jennie tak pernah bahagia.."

Dalam ruangan kereta yang begitu sunyi itu,terasa bayu yang membuatkan hatiku kian sayu dan menyendu.

"Oppa selalu kawal Jennie..walaupun Jennie setakat pergi ke taman di depan rumah kita pun,oppa selalu temankan Jennie.Macam-macam oppa buat sampai Jennie rasa hidup Jennie dah terkongkong."

Jongdae oppa memandangku dengan pandangan yang amat tersentak.

"Jennie-"

"Cukup,oppa! Jennie dah serik dengan sifat oppa yang over-protective ni!"bentakku.

"Jadi larilah! Lari!"balas Jongdae oppa dengan kasar.

Aku terkejut memandangnya dengan mata yang membulat besar.Tiba-tiba sahaja air mataku bergenang membasahi pipi.

Deruan nafas oppa semakin kuat kedengaran dengan dengusan kasar yang membuatkan amarahnya kian membuak.Kedua belah tangannya semakin menggenggam erat stereng kereta.

"Jennie tau tak kenapa oppa buat semua ni?"

Aku terdiam sambil mengesat air mataku.

"Kenapa? Bagitaulah! Sebab oppa memang kena anxiety kan? Sebab oppa memang paranoid kan? Sebab oppa ada penyakit PTSD kan?"

Oppa terdiam lalu melontarkan pandangan setajam pisaunya yang membuatkan aku takut.Seolah-olah ada aura kejahatan yang telah menyelubunginya.

Oppa terus memberhentikan kereta dan mendengus kasar.Dia sudah tidak dapat menahan lagi rasa amarahnya terhadapku.

Dan,akhirnya..

PANGG!!!

Satu tamparan kuat hinggap pada pipi kananku sehingga berbekas.

"Kurang ajar punya budak! Macam mana kau tau yang aku ada penyakit!"

Aku terdiam seribu bahasa.Tubuhku kaku.Lidahku bagaikan terpenggal sehingga aku tidak mampu berkata apa-apa.

"Macam mana kau tau!"bentak oppa.

Mulutku tergerak sedikit.Adakalanya ternganga kecil dan besar.Air mata semakin deras membasahi wajahku.Kesan tamparan pada pipi semakin pedih dirasakan.

"CAKAPLAH BISU!"esak tangis kedengaran daripada abang sulungku.

Hatiku begitu rapuh.Aku tidak dapat menerima bentakkan yang begitu kasar daripada si abang yang selama ini telah mengongkong hidupku.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now