19 | his fear

66 10 4
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

La la la la la la la~

Awuu! Awuu!

Siapa pula yang melalak kat koridor sunyi ni? Okestra ghaib ke?

Dan bila masa pula sekolah ni ada kumpulan okestra ghaib?

Hairan aku..

Aku mengambil angin untuk seketika sambil memerhatikan persekitaran koridor yang begitu sunyi sepi itu.

Ee..takutnya kat sini! Dahlah aku ni jenis yang takut hantu,tambah lagi bila sorang-sorang kat sini-

Wagh! Takowdd!!

Tenang Tao tenang..kau patut tenang.

"Aku nampak bayang-bayang kat dinding ke tu tadi? Ke orang minyak?"gumamku sambil memegang dadaku.

Nasib baik jantung aku masih berdenyut.Kalau tak,mungkin aku dah lama dah mendiang tadi..

Aduhai,inilah yang terjadi apabila perasaan takut sudah mula menguasai diri! Kalau boleh,mahu sahaja aku terjun dari tingkap yang ada di sebelahku sambil menjerit menyanyi lagu 'Into The Unknown'.

Jap,aku nak test power dulu nyanyi lagu ni.Ekhemm!

"Into The Unknown!"

Suaraku mula bergema.

"Into The Unknown!"

I see no difference right?

Aku berdehem sekali lagi.

"Into The Unknoooooooooooooooooooooowwwwwnnnnnnnnn!"

"Aaaaaaa aaaaaaaa!"

Uik? Sape yang balas tu?

Jeng jeng jeng...

"Aaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaa!"

Serious weh? Ada yang balas lagu ni.Tapi siapa?

Dahlah nyaring gila suara dia,sampai pecah gegendang telingaku dibuatnya.

"Aaaaaaa aaaaa! Aaaaaaa aaaaaa! Aaaaa aaaaaa!"

Peluh dingin sudah mula membasahi dahi.Badanku terketar-ketar.Nafasku turun naik dengan laju sekali.Anak mataku pula mula mengecil.

Aku mula membaca doa-doa yang selalu aku amalkan hasil ajaran paderi dari gereja di China dulu.Dengan harapan,'benda' yang balas suara aku tu akan terbakar dengan doa ini.

Haa,rasain loh!

"Amen!"

Eh,tak ada apa-apa pun? Ah,lantaklah!

Yang penting aku kena cari dan tengok siapakah gerangannya yang telah membalas laguku itu tadi.

Aku terus menjingkit sambil mulutku terkumat-kamit membacakan segala jenis doa yang dapat mengusir 'benda' yang masih lagi ber'Aaaaaa aaaaaa!' itu.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now