Masa pantas berlalu. Tidak disangka, hari ini isterinya telah melahirkan anak pertama mereka.
12 Januari 2020, akan dia ingat tarikh itu seumur hidupnya. 9 bulan lebih mereka menanti anaknya lahir. Selama 9 bulan itu, Maisarah tidak mengalami masalah yang teruk. Syukur dia dibuatnya kelahiran pertama ini dipermudahkan.
Pintu bilik isterinya dikuak. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Keluarganya sudah beransur pulang. Sharul melangkah masuk kedalam bilik wad isterinya. Tidak mahu menganggu lena si isteri dan anak, dia menapak penuh perlahan.
Sharul menuju ke katil isterinya lalu dikucup dahi Maisarah lama. Wajah itu masih penuh kepenatan setelah 2 jam bertarung sakit didalam dewan bersalin.
Wajah anaknya yang sedang lena mula menjad tatapannya. Puteri mereka. Nur Allysa Binti Mohammad Sharul. Nama itu sendiri dipilih oleh isterinya beberapa bulan yang lepas setelah mengetahui jantina anak mereka.
"Jadi anak yang baik dan solehah. Dapat menyenangkan hati ibu ayah dan juga orang disekeliling." Tubuh Allysa didukung berhati- hati dibawa masuk kedalam dakapannya.
Tanggungjawabnya sudah bertambah. Dulu hanya Maisarah dan kini, dia ada dua puteri yang perlu dijaga dan disayangi.
"Cantiknya anak ayah ni. Mata ikut ibu, hidung ikut ibu, bibir pun ikut ibu." Dikucup kedua belah pipi anaknya membuatkan dia terdengar rengekan halus Allysa.
Terbuka luas mata kecil itu menatap wajah anaknya.
"Assalamualaikum anak ayah." Dimain jarinya disekitar wajah anaknya. Allysa yang seakan kenal itu ayahnya terus tersenyum kecil. Bersinar mata Sharul melihat anaknya.
"Abang.."
Sharul menoleh kebelakang.
"Dah bangun?" Terus dia memusingkan badannya menghadap si isteri yang sudah terjaga. Isterinya mengangguk kecil. Tangannya menggamit mahu mendukung si kecil.
"Dah lama Mai terjaga?" Dengan berhati- hati Maisarah membawa anaknya masuk kedalam dakapan.
"Baru je. Terdengar abang berbual dengan anak kita." Sharul tersenyum mendengarnya. Bibirnya dilabuhkan didahi isterinya lagi. Dia sangat- sangat bersyukur dengan anugerah ini.
"Terima kasih sayang."
✨✨✨
Majlis aqiqah anaknya berjalan dengan lancar. Keluarga dan kawan- kawannya yang hadir menambahkan kemeriahan majlis itu.
"Kak Mai, Allysa nangis." Ujar sepupu suaminya memberitahu.
"Kat mana dia?"
"Ada dengan abang Syamil." Kelu Maisarah mendengar nama itu. Macam mana Allysa boleh ada dengan Syamil.
"Okay terima kasih Ika." Terus Maisarah mencari kelibat Syamil. Dia mahu ajak suaminya tetapi Sharul sedang bersolat diatas. Kalau dibiarkan anaknya lama, takut demam pula si kecil itu akibat menangis terlalu lama.
Ditepisnya perasaan yang datang, Maisarah melangkah mengampiri Syamil yang beradadi beranda rumah.
"Err Mil."
Lelaki itu menoleh saat dia memanggil nama itu.
"Dia cari ibu ayah dia tadi, tapi korang pula tak ada. Aku je lah yang ada kat situ tadi terus aku ambil dia diamkan dari nangis." Maisarah terus mengambil anaknya daripada Syamil.
"Thank you Syamil. Mai nak naik dulu." Terus Maisarah berura- ura pergi dari situ. Tidak mahu dia berada disitu terlalu lama, timbul fitnah pula nanti.
"Mai.."
Namanya dipanggil. Maisarah menoleh memandang wajah itu.
"Aku minta maaf sebab..."
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Short StoryKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...