DUDA PUJAAN HATI III

3.1K 185 45
                                    

Keluar sahaja dari pejabat suaminya, Lisa dan Aira terus duduk di tempat mereka semula. Masam mencuka wajah Aira selepas dimarahi suaminya tetapi tidak bagi dia masih lagi berlagak tenang.

"Nak je aku taekwando Encik Mizi tu.  Biar patah tulang dia semua.  Cacat pun senang."

Sekilas Lisa menoleh dengan renungan tajam.

Tersipu-sipu Aira apabila terlepas cakap.

"Sorry, aku bukan nak doakan yang tak baik untuk suami kau tu tapi aku geram. Nampak sangat dia lebihkan bekas isteri dia. Kata dah lupakan tapi kenapa dia sibuk nak ambil tahu."

"Dah lah Aira. Aku malas nak fikir."

"Entah-entah perempuan tu sengaja nak ambil hati suami kau. Dia nak rampas balik. Dasar playboy. Mulut je kata taknak tapi sebaliknya."

"Aira..."

"Okay sorry."

Sedang dia ralit buat kerja, telefonnya berbunyi. Melihat skrin terpapar nama abah terus dia mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum abah."

"Ya Allah. Lisa gerak sekarang." Terus talia dimatikan. Mejanya dikemas.

"Kenapa ni?"

"Umi aku kena tahan hospital. Sakit dada dia datang lagi. Aku kena gerak Melaka terus ni." Beg tangannya terus dicapai.

"Habistu suami kau?"

Sekilas dia memandang pejabat suaminya.

"Tak apa lah. Kalau dia tanya aku pergi mana kau jawablah eh." Tanpa salam, dia terus melangkah keluar dari pejabat. Biarlah Mizi nak marah dia sebab keluar pejabat sesuka hati tetapi bila melibatkan keluarganya dia tidak mampu mengelak. Bila keadaan dah tenang baru lah dia bercakap dengan lelaki itu.

Aira memandang Lisa yang sudah keluar. Matanya terus tertancap kearah pintu pejabat Encik Mizi yang dibuka dari dalam.

"Alamak dia keluar." Gelabah Aira dibuatnya. Terus dia membuat kerjanya.

"Lisa mana?" Soal Mizi melihat meja isterinya yang kemas.

"Err balik."

Terus mata Mizi membulat.

"Kenapa tak inform Sue dulu?"

"Emergency Encik Mizi. Umi dia warded."

Mizi mengeluh. Dia terus berpatah balik ke pejabatnya. Telefon dan kunci kereta dicapai.

"Sue, cancelkan meeting saya dua hari ni."

"Err tapi bos..."

"Nanti saya text awak."

"Okay."

Mizi terus berlari ke parking kereta. Dia terus memandu kerumah berharap yang isterinya masih ada di sini.

✨✨✨

Suasana sepi. Lisa langsung tak menyangka yang Mizi terus pulang setelah dia pulang. Lelaki itu turut mengemas bajunya sekali untuk dibawa ke Melaka. Sisi wajah Mizi yang sedang memandu dipandang.

Ada rasa gembira dihati kerana Mizi masih prihatin bila melibatkan keluarganya.  Tetapi jauh di sudut hati dia rasa semua ini tidak akan lama.

"Apa yang aku cakap dekat office tadi tu kau terasa ke?" Dia bersuara.

Lisa menoleh tanpa kata. Mungkin masih berfikir.

"Isteri mana tak terasa kalau suami lebihkan perempuan lain." Diselitkan sindiran di ayatnya.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now