Cinta Mula Berputik IV

4.3K 203 0
                                    

Hakimi mengeliat kecil. Badannya mengiring menghadap gadis disebelahnya. Tersenyum dia mengingatkan kenangan semalam. Dimana mereka telah menunaikan tanggungjawab suami isteri dalam erti kata sebenar.

Tangannya naik menyentuh kening Dhurrah lalu turun ke mata, ke hidung dan akhir sekali berhenti dibibir gadis itu. Hakimi mengusap lembut.

Sayangnya pada Dhurrah terlalu banyak tanpa dia sedar.

Dhurrah yang merasa tidurnya terganggu mencelikkan matanya. Seketika matanya membalas renungan si suami.

"Good morning sayang." Ujar Hakimi menarik kepala isterinya rapat lalu diciumnya.

Dhurrah tersenyum malu. Wajah suaminya dipandang dalam.

"Good morning." Balasnya dengan senyuman dibibir.

"Penat?" Terus merona merah wajah Dhurrah mendengarkan pertanyaan darinya.

Hakimi tersengih melihat wajah itu yang mula merah dengan persoalannya.

"Dah lama abang bangun?"

"Dah. Sempat lagi tenung kau.."

Mencebik Dhurrah saat mendengarkan panggilan yang digunakan suaminya.

Melihat wajah cemberut si isteri, Hakimi tersengih.

"Sorry sayang. Lepasni abang cuba biasakan ya." Hidung mancung Dhurrah dicuitnya geram. Mahu sahaja dia menggigit hidung itu.

"Dhurrah nak mandi." Dhurrah menyelak selimut. Belum sempat dia berdiri, lengannya ditahan Hakimi.

"Hmm?"

"Abang nak ikut." Tidak semena- mena tubuhnya melayang ke udara.

Dhurrah memejamkan mata rapat. Sabar sahaja dia dengan perangai nakal si suami. Terus leher Hakimi dirangkulnya erat.

❤️❤️❤️

"Mamaa!" Terus tubuh wanita itu dipeluknya erat. Hampir 3 bulan mereka tidak berjumpa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan akhirnya wabak ini dapat diputuskan dengan kerjasama rakyat Malaysia yang akur dengan arahan diberikan.

"Mama pun rindu anak mama ni." Mama melepaskan pelukan. Ada getaran ketika dia berkata. Tersenyum lega dia dapat melihat wajah anaknya.

"Mama sihat? Papa mana?"

"Mama sihat je. Papa kan kerja. Sekejap lagi dia balik lah. Ni Dhurrah mama tengok makin sihat. Bukan main tembam lagi pipi. Kalah perut dia." Usik mama. Pipi tembam Dhurrah diusap.

2 bulan lepas dia disahkan mengandung. Betapa bersyukurnya dia saat menerima berita ini. Bakal anaknya sedang membesar di rahimnya. Hakimi juga turut gembira dengan berita ini. Dia lah paling teruja sehinggakan Dhurrah sudah penat ingin melayan telatah Hakimi. Ada sahaja dia buat tidak kena dimata lelaki itu.

"Ish mama ni." Dhurrah mencebik.

"Panas ni dekat luar. Dah jom kita masuk." Dhurrah memimpin tangan mama melangkah masuk kedalam rumah.

"Abang letak baju dekat dalam bilik dulu ya." Pesan Dhurrah sebelum kembali menghadap wajah mamanya.

"Dhurrah happy?" Tanya mama.

"Alhamdulillah Dhurrah happy sangat. Abang banyak sangat support Dhurrah selama ni."

"Mama tahu. Tengok muka anak mama ni pun mama dah tahu Dhurrah gembira dengan Hakimi."

Dhurrah tersenyum kecil.

"Dhurrah masuk lah berehat dulu. Mama nak masak dulu. Penat je mama tengok muka ni. Pergi tengokkan suami kamu dalam bilik tu."

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now