Ayu❤️Farhan II

3.5K 158 5
                                    

Sejak kes malam tadi, Farhan pula menjauhkan diri dari dia. Ayu pulang yang tak senang duduk. Kalau tak ada sahaja setiap hari lelaki itu datang dan mengusik dirinya untuk memujuk.

Ayu turun ke dapur. Dilihatnya mama sedang menyiapkan makanan tengahari mereka.

"Mama masak apa harini?" Tegur Ayu. Lengannya sudah disinsing hingga ke siku.

"Sambal tumis udang masak petai." Ujar mama yang baru sahaja nak keluarkan udang dari dalam peti ais.

Mengingatkan menu itu dia tahu itu permintaan daripada Farhan.

"Abang request eh ma?"

Laju mama mengangguk mengiyakan.

"Ayu nak masakkan."

"Hah?"

"Ayu nak masakkan lauk tengahari ni. Mama duduk depan je harini."

"Eh betul ke ni? Taknak mama tolong?"

"Tak apa ma. Ayu boleh tolong. Apa kata mama layan papa."

"Hish budak ni. Pelik mama. Kalau ada apa- apa panggil mama."

"Okay boss."

Ayu terus memandang udang yang perlu dibersihkan. Kalini dia ada misi hendak di selesaikan.

❤️❤️❤️

"Abang.."

"Hmm." Farhan yang baru habis membaca bukunya melirik kearah Ayu. Kening dijungkit sebelah.

"Kenapa?" Tanya dia melihat Ayu diam sahaja.

"Jom lunch." Ajak Ayu. Tidak sabar mahu melihat reaksi Farhan apabila makan masakannya.

"Abang dah kenyang." Jawab Farhan.

"Kenyang?" Pelik Ayu. Sejak bila Farhan makan.

Farhan yang melihat reaksi Ayus sembunyi senyum. Bukan dia tidak tahu Ayu yang masak makanan tengahari mereka. Itu pun sebab dia nampak mama sedang duduk membaca majalahnya di ruangan atas.

"Tadi kan abang keluar so abang singgah makan sekali." Farhan memberi alasan sedangkan dia tidak keluar kemana- mana pun. Hanya duduk di dalam bilik menghabiskan masa  membaca buku motivasi yang baru dibelinya beberapa hari lepas.

"Ouh okay." Ayu membalas pasrah. Jauh disudut hatinya dia kecewa apabila dapat tahu yang Farhan tidak mahu makan masakannya.

Belum sempat dia tutup pintu, Farhan bersuara.

"Masak apa?" Laju Ayu membuka pintu seluasnya.

"Sambal tumis udang masak petai." Jawab Ayu. Dia berharap sangat yang Farhan akan turun bersamanya.

"Okay." Mendengarkan jawapan Farhan dia terkelu lagi.

"Okay." Pintu terus ditutup.

Suasana di meja makan tak seriuh selalu. Mama dan papa saling berpandangan. Airin memandang pelik kearah kakak iparnya yang sedari tadi hanya menguis nasi sahaja.

"Kak Ayu fikir apa tu?"

"Tak ada apa." Pantas Ayu menggeleng apabila dia sudah jauh mengelamun.

"Ayu dah kenyang." Pinggan terus dibawa ke dapur.

"Bila masa Kak Ayu makan tiba- tiba dah kenyang." Pelik Airin. Mama hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

❤️❤️❤️

"Pergi makan." Keras suara itu bersuara.

Ayu diam. Seleranya langsung dah mati.

"Pergi makan abang cakap."

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now