"Lepaslah Mil. Orang tengok lah." Sangkanya Syamil tidak akan mengacaunya selepas sebulan pertengkaran dirumah keluarga mertuanya. Tetapi dia silap kerana lelaki itu munculkan diri ditempat kerjanya. Bergelut dia mahu dilepaskan dari genggaman tangan lelaki itu.
"Tolonglah Mil." Sekali lagi dia merayu. Tidak selesa dia dengan pandangan orang ramai termasuk dengan pekerja di tempat kerjanya.
"Biarlah orang tahu kau ni aku punya. Tunang aku." Dengan riak penuh bangga dia berkata.
"Bekas tunang!" Dengan geram, terlepas juga pegangan tangan lelaki itu seiring dengan suaranya yang agak kuat.
"Awak yang mungkir janji Mil. Awak yang larikan diri dari majlis kita. Apa lagi awak nak. Saya dah bahagia lah Mil. Jangan kacau saya lagi."
"Aku tak bahagia selagi lelaki tak guna tu rampas hak aku."
"Awak yang tinggalkan saya untuk dia. Bukan salah suami saya. Salah awak."
Syamil mengetap rahangnya.
"Tolonglah Mil. Malu sikit dengan budak office saya. Jodoh saya bukan dengan awak. Ada lagi banyak perempuan dekat luar sana boleh jadi pengganti saya." Seusai berkata, Maisarah terus melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Tangannya dipandang lama sebelum dia terfikir ingin ke farmasi untuk mencari ubat.
✨✨✨
"Macam mana boleh berbalut ni Mai." Tangan yang berbalut ditarik mama.
"Mai jatuh ma. Jangan risau lah." Segera ditarik tangannya kembali takut mama mula berfikir bukan- bukan.
Mama merenung Maisarah tajam. Hati tuanya tahu yang anak menantunya ini sedang menyembunyikan sesuatu darinya.
"Cakap Mai. Syamil yang buat Mai macam ni kan?"
Kelu lidah Maisarah mendengar kata mamanya.
"Betulkan?" Dia menanti jawapan Maisarah.
Lambat- lambat Maisarah mengangguk takut.
"Kenapa nak berahsia dengan mama? Mai nak kena lagi ke macam ni? Mai suka dia ugut Mai balik pada dia? Mai suka dia balik pada Mai?" Bertalu- talu soalan mama. Pantas Maisarah menggeleng. Dia tidak suka semua itu.
"Habistu kenapa nak rahsiakan dari mama. Memang Syamil tu anak mama tapi apa yang dia dah buat pada keluarga kita, pada Mai... mama tak boleh nak lupakan. Faham kan apa mama cakap ni? Mai keutamaan kami. Jaga diri baik- baik. Ni tangan ni, jangan lupa bagitahu Sharul. Mesti dia risau juga tu."
"Sorry mama. Mai tak berniat pun nak rahsiakan. Mai takut kalau Syamil cuba nak buat sesuatu."
Mama tersenyum nipis. Ditarik menantunya masuk kedalam pelukan.
"Jangan risau. Kami semua ada. Mai tak salah pun."
✨✨✨
Disentuh berhati- hati lengan isterinya yang mula kebiruan.
"Sakit sangat ke?" Wajah Maisarah ditatap. Terkilan dia kerana tidak berada disisi isterinya ketika itu.
"Tadi masa lepas kena cengkam tu sakit lah juga. Sekarang ni kurang sikit." Jawab Maisarah. Melihat wajah suaminya dia tahu yang lelaki itu berasa bersalah.
"Esok tak payah kerja lah."
"Mana boleh macam tu abang. Dekat office banyak kerja tu. Siapa lagi nak siapkan kalau bukan Mai." Ujarnya memohon lelaki itu memahami dengan tugasnya.
"Kalau macam tu Mai berhenti je. Abang boleh tanggung Mai. Abang taknak Syamil cari lagi Mai dekat tempat kerja."
"Mai bukan taknak berhenti tapi Mai tak suka duduk rumah. Mai cepat bosan."
Berkerut dahi Sharul mendengarnya.
"Mama kan ada. Mai ada teman bual."
"Bukan macam tu abang.."
"Habistu, macam mana? Mai suka lah Syamil kacau Mai, macam tu?" Berubah terus reaksi wajah Maisarah mendengarnya. Abang dah salah faham ni!
"Abang.." Disentuh pipi suaminya. Apa perlu dia buat ni.
"Kalau Mai masih ada hati dengan Syamil, abang nak buat apa lagi kan. Abang kena terima lah." Tangan isterinya yang melekap dilepaskan.
Sharul bangun dari duduknya.
Alamak, suaminya dah berjauh hati.
Maisarah terus bangun mengejar langkah suaminya yang sudah berada dihadapan pintu bilik.
"Abang.." Terus dia merangkul tubuh suaminya dari belakang.
"Abang marah Mai ke?" Tanyanya dengan mukanya melekap dibelakang badan suaminya.
"Dah Mai tak sayang abang. Abang bagi pendapat pun Mai tak nak terima." Ujarnya berjauh hati.
Sah suaminya merajuk dengannya. Terus pelukan dilepaskan dan dibawa badan lelaki itu menghadapnya.
"Mai sayang abang. Abanglah hero Mai dunia akhirat. Abang selamatkan Mai, abang jaga maruah Mai dan keluarga, kenapa abang terfikir yang Mai tak sayang abang?" Tangan suaminya digenggam dan dibawa dibibir. Dicium tangan itu lama. Matanya redup memandang wajah suaminya.
"Sebab Mai.."
Terus ditutup mulut. Tak suka suaminya cakap merepek.
"Mai terima cadangan abang bila..."
Dibawa tangannya melekap di perut. Sharul pelik dengan kelakuan isterinya. Tidak semena- mena dia terfikir yang Maisarah..
Mengandung.
"... Bila baby ni dah besar."
Bulat mata Sharul mendengarnya. Jadi dia tak salah anggap lah ni. Memag betullah Maisarah mengandung. Isterinya sedang mengandung zuriatnya.
"Mai tak tipu abang ke ni?"
"Kenapa Mai nak tipu. Ni kan ayah baby."
Panas tubir mata Sharul. Terus air matanya jatuh turun. Tidak sangka seawal ini rezeki buat mereka.
"Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah, abang gembira sangat. Terima kasih sayang." Dikucup dahi isterinya lama. Sebak perasaannya saat dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
✨✨✨
Terima kasih sudi baca😍 Jangan lupa vote, comment and share cerita ni dkt kwn wattpad korg. Suruh diorg baca sekali😜
Apa pndapt untuk part ni. Next part, last untuk ku relakan hati. Stay tuned😘
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Storie breviKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...