15 Tahun Kemudian
"Okay class dismissed." Airil menutup bukunya.
"Thank you sir." Serentak pelajarnya keluar dari kelas.
Airil menghela nafas lega. Seminggu kelas dia penuh. Hari ini sahaja kelas dia daripada pukul 9:00 pagi. Mujurlah esok hari Sabtu.
Skrin laptopnya dipandang. Ditatapnya penuh rasa rindu. Wajah yang dia rindukan.
Airil terus menutup laptopnya dan berkemas. Dia perlu pulang awal harini kerana ahli keluarganya akan berkumpul untuk makan malam bersama.
Kereta diparking di garaj kereta. Beg kerjanya dicapai lalu dibawa keluar bersama masuk kedalam rumah. Kasut dibuka dan salam diberi.
"Eh bila nenek sampai?" Airil terus mendekati Nek Mah.
"Baru je Airil. Airil baru balik U?"
Airil mengangguk.
"Airil busy sikit nek. Ada banyak kelas nak kena ganti. Final diorang dah nak dekat. Kena kejar sylibus." Ujar Airil.
Nek Mah mengangguk faham.
"Jangan kerja keras sangat. Fikir juga tentang diri." Pesan Nek Mah memberi nasihat.
"Fikir tentang diri? Apa maksud nenek?" Berkerut dahi Airil memahami maksud tersirat neneknya.
Mama yang berada disebelah sudah tersenyum kecil. Sudah tentu mama tahu maksud nenek.
"Maksud nenek, awak tu dah besar. Dah boleh ada isteri, ada anak. Tak nak ke?"
Airil menggaru lehernya tidak gatal. Dulu dia ada terfikirkan tentang itu tetapi selepas dia ada kerjaya yang tetap, dia jadi kurang berfikir tentang perkahwinan.
"Nantilah nek cakap pasal ni. Airil nak bersihkan diri dulu." Airil tersenyum nipis terus melangkah naik ke biliknya.
Mama yang berada disebelah Nek Mah menggeleng perlahan.
"Macam tu lah cucu mak. Kita cakap tentang kahwin je mesti dia nak lari." Ujar mama.
"Sebenarnya mak ada calon untuk Airil."
"Calon?"
✨✨✨
Seisi keluarganya menikmati makan malam yang disediakan nenek dan mama.
Masing- masing makan penuh berselera. Siap menambah lagi adik- adik Airil.
"Lepasni nenek duduk je lah dengan kami. Boleh masak sedap- sedap macam ni." Ujar Nurin mengajak neneknya duduk bersama.
"Habistu nenek punya rumah dekat kampung tu siapa nak jaga?"
"Jiran nenek kan ada." Laju Nurin menjawab.
"Tu lah tak balik kampung. Kamu tak tahu Nek Pah dah meninggal."
Terus tersedak Airil. Terus gelasnya diambil dan diteguk rakus airnya sehingga habis.
"Along okay tak ni?" Tanya papa pelik. Dia perasan sejak dari mula makan malam tadi, anak sulungnya langsung tidak berbunyi.
"Okay pa."
"Bila Nek Pah meninggal nek?"
"Dah 2 tahun."
"Habistu keluarga dia yang lain?" Nurin bertanya lagi. Banyak dia mahu tahu tentang jiran sebelah rumah neneknya.
"Masing- masing dah duduk rumah sendiri. Rumah Nek Pah tu pun dah kosong. Anak diorang datang pun tak selalu. Datang pun nak kemas rumah."
"Ouh." Nurin mengangguk. Baru dia tahu sebenarnya keadaan keluarga itu selepas ketiadaan Nek Pah.
"Keluarga Aira, nenek? Dah lama Nurin tak dengar tentang diorang."
Nek Mah terdiam saat nama Aira disebut. Matanya melirik memandang cucu sulungnya. Airil menunduk sambil tangan menguis nasinya.
"Keluarga Aira okay. Dia duduk dekat sini juga. Tapi nenek tak ingat rumah diorang sekeluarga dekat daerah mana."
"Yeke?" Bulat mata Nurin mendengarnya.
Nek Mah mengangguk.
"Mesti Aira tu dah besarkan. Lawa. Kurus. Tinggi. Kan Along?" Nurin mencuit Airil.
"Hah? Apa?"
"Ish Along ni. Angah kata Aira tu mesti lawa, tinggi, kurus kan sekarang. Masa kecik dulu pun dia dah memang comel."
"Err ahah." Airil sekadar mengangguk mengiyakan dan tersenyum nipis.
Mama dan Nek Mah memandang antara satu sama lain. Masing- masing sedang berfikir sesuatu.
✨✨✨
Vote and comment😚❤️ Kalau ada typo, tegur ya. Tak sempat nak check✌🏻
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...