Menangis Melisa di bahu Fayad mengingatkan berita gembira itu. Langsung tak dijangka rezeki mereka secepat ini. Rezeki di bulan Ramadhan. MashaaAllah. Alhamdulillah.
Fayad merangkul pinggang isterinya merapat. Dia tahu Melisa tidak menjangkakan langsung dirinya sedang membawa zuriat mereka.
"Thank you sayang." Ucap Fayad penuh syahdu. Ubun- ubun kepala isterinya dicium.
Melisa tersenyum dengan matanya yang berair.
"You nak makan apa harini? Ada mengidam apa- apa tak? I masakkan harini."
Laju Melisa mengangguk.
"I teirngin nak makan ikan bakar."
"Okay nanti I masak."
"Taknak." Laju Melisa menggeleng.
"Habistu?"
"I nak umi masak. Kita pergi rumah umi nak?" Ajak Melisa.
Lambat- lambat Fayad mengangguk bersetuju. Mujurlah rumahnya dengan umi tidak terlalu jauh. Hanya mengambil masa 30 minit sahaja kesana.
"Kita balik rumah dulu lepastu I call umi okay."
Melisa mengangguk. Tak sabar dia mahu merasa ikan bakar air tangan daripada umi.
❤️❤️❤️
Melisa menyalam tangan umi setibanya mereka sampai di rumah keluarga Fayad. Matanya melirik kearah gadis di sebelah umi.
"Ni umi kenalkan a..."
"Eh Aira ada sekali." Ujar Fayad setelah menutup pintu kereta. Bahu isterinya dirangkul.
Melisa berasa tidak selesa melihat gadis bernama Aira itu tersenyum manis memandang Fayad.
"Jom Mel masuk." Tangan umi menggamitnya lalu dia mengikut langkah umi dan meninggalkan Fayad dan Aira berdua.
"Aira tu anak angkat yang umi pernah cerita tu ke?" Tanya Melisa apabila mereka berada di dapur.
"Ya, dia bermalam disini harini sebab esok nak bergerak ke Melaka ada meeting." Ujar umi.
Melisa menganggukkan kepalanya. Kepalanya ditoleh ke ruang tamu. Jelas dia melihat Fayad yang sedang berbual dengan Aira. Tidak kurang juga gadis itu duduk rapat disebelah Fayad.
"Mel."
"Hah ya umi." Tersentak Melisa. Terus dia bangun dan menghampiri umi yang memanggil.
"Sedapnya umi." Bau masakan umi menaikkan keinginannya. Tidak sabar mahu menjamah. Terus dia lupakan apa yang dia nampak sebentar tadi.
Hampir sahaja waktu berbuka, Melisa turun ke ruangan makan. Baru sahaja dia mahu duduk di sebelah Fayad, tempatnya diambil.
Tersentak Fayad melihat telatah Aira yang mengambil tempat isterinya. Belum sempat dia bangun, umi sudah bersuara.
"Mel duduk sini sebelah umi."
Tanpa kata Melisa duduk disebelah umi berhadapan dengan Aira. Matanya melirik kearah gadis itu yang langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Jauh di sudut hatinya dia terkilan dengan sikap Fayad yang tidak berusaha menyuruh Aira menukar tempat duduk.
Azan maghrib mula kedengaran. Fayad terus membaca doa berbuka puasa dan doa sebelum makan.
Penuh berselera Melisa menjamah ikan bakar masakan umi. Bertambah- tambah nasi dia makan. Belum sempat dia mengambil ikan yang terakhir, ada satu tangan sudah mengambil ikan itu.
Tersentak semua di meja makan ketika itu termasuklah umi.
"Sorry, Aira teringin pula nak rasa ikan bakar ni tengok Melisa makan berselera sangat." Ujar Aira tanpa perasaan. Tangannya sudah mencuit isi ikan lalu dioleskan sambal sebelum masuk kedalam mulutnya.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Short StoryKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...