Tangannya menghalang mata dari terkena sinaran cahaya matahari. Nayli memerhati keadaan sekeliling. Serta merta dia teringat akan kejadian malam tadi sebelum dia rebah.
"Nayli dah bangun." Suara Kak Mariah mengapa dengan dulang makanan ditangannya.
"Lama saya tak sedar kak?" Tubuhnya bangun lalu disandarkan di kepala katil. Gelas susu yang dihulurkan Kak Mariah disambut lalu diteguknya perlahan.
"Lama juga. Risau Haiden semalam dapat tahu kamu pengsan. Tergesa- gesa dia balik dari Melaka." Ujar Kak Mariah. Masih jelas lagi saat Haiden tiba di rumah. Lelaki itu kelihatan risau apabila melihat tubuh isterinya yang sedang terbaring lemah.
"Dia mana?"
"Kerja." Jawab Kak Mariah. Mangkuk yang berisi bubur diberikan.
"Haiden suruh akak pastikan kamu makan. Habiskan ya. Dah berapa hari kamu tak menjamah. Kesian dekat baby nanti." Kak Mariah terus bangun lalu keluar dari dalam bilik.
Jatuh bahu Nayli mengingatkan sikapnya. Kerana dia tidak mampu menerima perkara hitam itu dia sanggup menanggung dosanya terhadap suami. Walaupun Haiden sudah bertanggungjawab, meminta maaf dan menjaganya dengan baik tetapi dia masih membuat perangai lagi.
Sekilas, dia ternampak kertas yang diselitkan dibawah telefonnya.
Jaga diri. Aku mungkin kena keluar Negeri atas urusan kerja. Jangan skip makan dan jaga anak kita.
-HaidenTerkedu tiap kali Nayli membaca pesanan suaminya. Haiden tidak pernah tinggalpun pesanan setiap kali dia keluar bekerja. Lelaki itu terlalu mengambil berat terhadapnya. Serta merta jatuh gugur air matanya.
✨✨✨
Pintu rumah dipandang mereka lama. Hampir 10 minit juga mereka masih berdiri dihadapan rumah gadis itu.
"Abang dah bersedia?" Tanya si isteri. Melihat wajah suaminya dia tahu yang lelaki itu resah mengingatkan apa yang mereka pernah buat.
Lambat- lambat Khairi mengangguk lemah. Loceng rumah di tekan sekali sebelum seseorang membuka pintu dari dalam.
"Ya?"
"Ni rumah Nayli ke?"
"Ya betul. Saya Kak Mar, pembantu rumah ni. Boleh saya tahu Encik Puan ni siapa?"
"Kami ibu bapa Nayli." Tercengang Kak Mar yang mendengarnya itu.
"Err kita masuk dulu."
✨✨✨
Bingung Haiden ditempatnya. Dia baru sahaja mendapat panggilan dari Kak Mariah yang keluarga mertuanya datang. Dia sendiri tidak tahu tujuan orang tua Nayli datang ke rumahnya.
"Kak Mar jangan bagi diorang jumpa Nayli dulu. Kak Mar berbual dengan dia dulu. Nanti saya akan call Nayli sendiri." Pesan dia kepada Kak Mariah.
Apabila panggilan dimatikan dia terus menelefon si isteri. Mujurlah kalini Nayli mengangkat cepat. Selalunya dua tiga kali dia membuat panggilan baru Nayli mengangkat.
"Ya.." Lemah suara Nayli menjawab.
"Kau sihat?"
Kedengaran Nayli menggumam halus.
"Dah makan?"
"Hmmm."
"Makan Nayli. Aku tak ada dekat dengan kau. Aku risau. Tolong jaga baby kita baik- baik."
"Hmm ya."
Mengeluh Haiden setiap kali mendengar jawapan Nayli.
"Kalau tak ada apa-apa penting saya tutup dulu."
"Sekejap.."
Nayli diam.
"Ayah ibu ada dekat depan. Kalau kau rasa kuat kau keluar lah jumpa mereka. Aku tak tahu kenapa mereka datang rumah. Kalau kau..."
Tiba- tiba talian diputuskan. Tersentak Haiden dibuatnya.
✨✨✨
Mendengarkan panggilan ayah dan ibu dari mulut Haiden membuatkan dia rasa sebak.
Betul ke ayah ibu datang rumah?
Dengan langkah yang lemah, Nayli keluar dari dalam bilik. Derapan kakinya perlahan menuju ke ruang tamu. Mengingatkan balik apa yang Haiden cakap, lelaki itu tidak berbohong. Ibu dan ayah memang ada dekat depan.
Setitis demi setitis air matanya jatuh sebelum dia..
"Nayli!"
✨✨✨
Jangan lupa vote and comment. Kalau rasa puas hati baru sis update next part😉✨
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Short StoryKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...