ADHA WINA III

3.1K 165 20
                                    

Mata mereka saling menatap antara satu sama lain. Adha terseyum gembira dan lega manakala Wina tersenyum malu. Sejurus Adha duduk dihadapannya, tangan lelaki itu diambilnya dan dicium penuh hormat. Dihadapannya kini adalah syurganya. Imam yang akan memimpini setiap langkahnya.

"Sudahlah tu pengantin. Nak renung lebih- lebih sambung malam nanti." Tegur satu suara yang pastinya dari kalangan saudara mara mereka.

Adha tersengih. Wina pula bertambah merah wajahnya ditegur sebegitu. Kini Adha pula mencium kepalanya dengan mulutnya membaca sepotong doa.

"Thank you sayang sebab sudi terima Ad." Bisiknya penuh romantis.

Wina tersenyum mengangguk dan jari jemarinya ditautkan dengan jari suaminya.

Selepas itu, sesi bergambar bersama keluarga dimulai sebelum mereka menjamu selera makanan yang telah disediakan.

"Penat?" Soal Adha selepas seluruh ahli keluarga dan saudara keluar. Wajah Wina yang cantik manis dengan pakaian perkahwinan berwarna putih ditatap.

"Sikit." Jawab Wina.

Tangan Adha naik mengelap peluh di wajah isterinya menggunakan tisu.

"Sikit je lagi..." Ajunya. Adha mengenggam erat tangan Wina. Selepas beberapa minit, jurugambar mereka masuk untuk mengambil foto mereke berdua.

Adha merapatkan kedudukan antara mereka. Pinggang isterinya dipeluk dari belakang.

"I love you sayang."

✨✨✨

Wina memandang belakang badan suaminya. Mereka baru sahaja menunaikan solat fardu isyak berjemaah. Entah kenapa dia terasa sebak saat diimamkan Adha.

Adha memusingkan badannya kebelakang. Terkejut dia melihat birai mata isterinya basah.

"Kenapa ni?" Tangan isterinya dicapai lalu digenggamnya.

"Saya sebak sebab dah jadi isteri Ad. Tak sangka selama ni jodoh saya dengan Ad." Luah gadis itu.

Adha tersenyum mendengarnya. Tubuh itu ditarik masuk kedalam pelukannya. Sisi kepala isterinya dicium.

"Itu kan semua rahsia Allah. Aku pun gembira sebab selama ni aku berkawan dengan jodoh aku sendiri." Tersenyum Wina mendengarnya.

"Ad tak kisah kahwin dengan Wina..."

Pelukan dilepaskan. Hujung hidung isterinya dicubit geram. Bukan sekali Wina berkata begitu. Kerap juga gadis itu bertanya seakan dia tidak tahu perasaan dia terhadap gadis itu. Mengadu sakit isterinya. Hidungnya digosok- gosok.

"Kau sendiri tahu perasaan aku dekat kau. Kenapa aku perlu menyesal. Dulu je lah aku menyesal sebab biarkan kau berkawan dengan Maliq. Kalau dia tak dengan kau, mungkin dah lama aku masuk meminang."

"Terima kasih tau."

"Sama- sama sayang..." Balas Adha dengan senyuman yang tidak lekang. Macam mana dia nak berhenti senyum kalau bidadarinya ada dihadapannya.

"Ad..." Meleret suara Wina.

Adha mengangkat kening dengan mata masih menatap wajah itu.

"Kalau nak buat satu permintaan boleh?"

Tanpa bicara Adha mengangguk.

"Boleh tak saya nak Ad tukar panggilan kau aku tu. Lagipun saya..." Wina menggaru lehernya tidak gatal. Takut pula nak meneruskan kata- katanya.

"Lagipun saya tak nak lah mama papa dengar awak bahasakan aku kau depan saya. Nanti apa pula mereka cakap. Lepastu dari sekarang lah kita kena tukar, nanti kalau dah ada anak macam mana..."

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now