Aira membasuh tangannya selepas membersihkan pinggan dan mangkuk. Suaminya sudah lama masuk kedalam bilik selesai sahaja membasuh periuk belanga di dapur.
"Aira." Tegur umi.
"Ya umi." Aira mengelap tangannya di tuala lalu menghampiri umi. Tangannya digenggam.
"Rehatlah. Umi rasa Aira kena pujuk Airil tu. Umi macam dapat agak dia dah ingat keluarga kita."
"Err okay umi." Aira mengangguk. Dia juga jadi serba salah. Sewaktu mereka menunaikan solat asar berjemaah didalam biliknya, suaminya tidak sengaja melihat bingkai gambar yang terletak di meja belajarnya.
"Pujuk tau. Ambil hati Airil. Aira kan dah lama tunggu saat ini."
"Okay umi." Aira mengangguk bersemangat. Sebelum masuk kedalam bilik, tangan umi disalam dan dicium kedua belah pipinya.
Tombol pintu dipulas perlahan. Aira menjengah masuk kedalam bilik. Kosong. Agaknya suaminya berada dalam bilik air.
Berhati- hati dia masuk. Baru beberapa langkah, terasa pinggangnya dipeluk. Terkejut Aira. Hampir sahaja dia melatah.
"Err awak." Aira jadi hilang kata. Sejak dia bernikah, panggilannya terhadap Airil sudah bertukar menjadi 'awak'. Takut juga kalau dia panggil 'abang' , Airil pula tak selesa.
"Dah lama rancang semua ni?" Aira terdiam. Airil dah tahu lah ni. Aira melepaskan tangan yang melingkar kemas di pinggannya. Tubuhnya dibawa menghadap Airil.
"Abang dah tahu?" Tanya Aira takut- takut.
"Macam mana abang tak tahu kalau gelang yang abang pernah bagi dulu ada dekat atas meja Aira." Ujar Airil. Sungguh dia tidak sangka Aira masih menyimpan gelang pemberiannya dahulu. Ketika dia mahu memberikan gelang itu, mama dan papa terburu- buru ingin pulang ke Johor sehingga dia tidak sempat memberikan sendiri kepada Aira. Jadi dia terpaksa meminta Nek Mah memberikan sendiri kepada Aira.
"Abang terkejut?"
"Terkejut sangat." Airil menarik tangan Aira dibawa ke katil. Mereka duduk dan saling berhadapan antara satu sama lain.
Airil beryukur sangat. Dia bersujud syukur saat kebenaran terbongkar. Kenapalah dia boleh tak perasan sewaktu akad nikah mereka pagi tadi.
"Abang ingat Aira tak tunggu abang." Fikir Airil. Kalau Aira dah ada orang lain tanpa sempat dia bertemu kembali memang bukan rezeki dia lah. Tetapi Allah aturkan sebaliknya, Aira sudah menjadi isterinya disisi agama.
"Aira yang ingat abang tak tunggu Aira. Yelah, abangkan kacak, berduit, mesti semua perempuan dekat luar sana terpikat."
"Abang kacak ke?"
"Ish mengada. Tak pun." Aira mencebik. Abang memang kacak pun. Kalau tak macam mana lah Aira boleh terpikat.
"Aira dulu dengan sekarang tak banyak berubah. Suka menyakat." Ditarik hidung si isteri sehingga Aira mengadu sakit.
"Abang ni!" Kali ini tangan Aira tidak kurang hebatnya juga. Dia membalas balik dengan mencubit kedua belah pipi Aira.
"Sakit Aira."
"Padan muka. Rosak tahu hidung kita. Penat tau Aira buat."
Tergelak Airil mendengarkan kenyataan si isteri. Buat hidung konon. Mampu ke cik adik.
Airil bersyukur kerana dia mampu melihat senyuman isterinya kembali.
✨✨✨
"Abang, janganlah pergi." Aira mencebikkan bibirnya. Matanya sudah bergenang.
"Janganlah macam ni. Abang tak sampai hati nak tinggalkan sayang."
"Memang! Aira taknak abang pergi." Aira mula memprotes.
Disebabkan peperiksaan akhirnya dua hari lagi, dia terpaksa pulang ke Shah Alam dengan lebih awal. Sudahlah kertas peperiksaan berjalan seminggu itu. Seminggu lah dia berjauhan dengan Airil.
"Abang janji lepas habis je paper Aira khamis ni, abang terus ambil. Abang nak teman tak boleh sebab abang pun kena jaga exam dekat campus tu."
Aira mencebik lagi. Langsung dia tak boleh terima kenyataan yang dia bakal berpisah dengan buah hatinya ini.
"Dah salam. Angkat beg ni masuk dalam rumah dulu." Airil membantu Aira mengangkat begnya masuk dihadapan pintu rumah sewa Aira. Tak elok pula kalau dia masuk dalam rumah perempuan.
Aira terus mengangkat begnya dan dibawa naik ke biliknya. Sementara Airil dia menunggu didalam kereta.
Tidak sampai 5 minit, Aira turun kembali dan masuk kedalam kereta.
"Dah, abang nak balik Johor dulu. Nanti sampai lambat malam pula."
"Abang." Matanya sudah bergenang. Baru 2 minggu kahwin dah kena tinggal.
Airil mengeluh. Alahai isteri.
"Cengeng betul isteri Muhammad Airil ni. Dulu tak ada lah teruk macam ni."
"Abang.." Bertambah serak suara Aira.
Airil sudah tergelak didalam hati.
"Dah jangan sedih sangat. Abang belum balik pun. Isteri abang ni alahai." Terus dibawa Aira masuk kedalam pelukannya. Tepi kepala yang dilindung tudung isterinya dicium lama. Apabila tangisan Aira hilang, dia melepaskan pelukan. Sesekali dia berbisik lembut memujuk.
"Lepas sayang habis exam abang ambil terus dekat campus. Jangan sedih sangat. Abang doakan isteri abang berjaya dan dipermudahkan menjawab. Habis exam nanti abang bagi reward."
"Okay." Jawab Aira senada.
"Aira okay kan? Macam mana lah abang nak lepaskan ni."
"Tak apa lah, Aira dah okay." Aira terus menolak tangan Airil lembut.
"Betul ni?"
"Ya."
Kalau begitu jawapan Aira, Airil menarik nafas lega.
"Sini." Airil menggamit isterinya. Seluruh wajah Aira diciumnya. Biarlah dia lepaskan rindu seminggu ini.
Sebelum Airil pulang, Aira memeluk kembali tubuh suaminya lama sehingga dia rasa puas.
✨✨✨
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Short StoryKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...