"Mil nak kahwin." Ujar Syamil dihadapan keluarganya.
"Kahwin?" Tanya mama yang kurang pasti.
Syamil mengangguk.
"Dengan siapa?"
"Anak ibu. Ayu." Jawab Syamil. Selepas sahaja masalah mereka selesai, Ayu meluahkan perasaannya pada malam itu.
"Ayu rindu Mil. Ayu nak kita macam dulu." Luah gadis itu. Syamil dapat mengesan yang Ayu seperti sedang menahan tangisan.
Syamil menarik nafasnya dalam. Patut ke dia bercakap begini.
"Ayu.. Mil pun rindukan Ayu. Sumpah, Mil tahu Mil buta selama ni. Mil tak nampak apa yang ada depan mata Mil. Mil minta maaf sebab buat hubungan kita jadi renggang macam ni."
"Tak Mil. Ayu yang bersalah. Terlalu ikutkan marah Ayu sampai Ayu cakap macam tu dekat Mil. Patutnya Ayu tolong Mil lupakan dia tapi Ayu makin besarkan masalah ni."
Syamil menarik nafas lega. Tiada persengketaan antara mereka lagi.
"Ayu.."
"Mil.."
Masing- masing terdiam.
"Ladies first." Syamil memberi laluan kepada Ayu untuk berkata. Dia tahu gadis itu banyak sangat mahu meluahkan kepadanya.
"Apa yang Ayu cakap ni dah lama Ayu terfikir. Tapi kalau Mil tak selesa Mil cakap ya. Ayu cuma nak jawapan."
"Apa ni Ayu? Jangan buat Mil takut."
"Mil sendiri tahu Ayu sukakan Mil dari zaman kita belajar lagi. Cuma... boleh tak kalau Ayu nak tahu perasaan Mil terhadap Ayu.."
"Ayu.."
"It's okay kalau Mil tak ada perasaan. Mil just jujur sahaja dengan Ayu. Ayu terima apa- apa pun jawapannya."
Syamil memejamkan matanya. Beratnya dia mahu berkata. Perasaan itu ada. Tetapi dia tidak tahu dan sejak bila mulai mekar dihatinya.
"Sorry, Mil tak boleh jawab sekarang."
Mama dan papa tersenyum mendengarnya lalu memandang antara satu sama lain. Sharul yang berada disebelah menepuk bahunya.
"Tahniah bro. Lepasni dapatlah aku merasa nasi minyak kau pula."
"Bila nak hantar rombongannya?"
"Esok boleh? Lagipun Mil nak surprise kan ibu. Semalam tak sempat ambil dia dekat airport." Jawab Syamil.
"Lajunya." Papa mencelah.
Seisi keluarga ketawa mendengarnya.
"Umur dah tua pa. Tak boleh biar lama- lama." Shahrul pula mengusik adiknya.
Menjeling tajam Syamil dibuatnya. Tadah sahaja telinga mendengar usikan keluarganya.
✨✨✨
Telinga yang terasa ditiup disentuh. Meremang pula dia dibuatnya. Sudahlah dia kali pertama bermalam disini.
"Bah!"
"Mil!"
Mengucap panjang Ayu dengan usikan Syamil.
"Sorry sayang." Syamil mengambil tempat disebelah isterinya. Sengaja dia rapatkan jarak antara mereka. Wajah yang sudah menjadi miliknya itu ditenung. Lawanya bidadari dia.
"Kenapa tenung Ayu macam tu?" Tangannya melekap ke wajah si suami. Tenung macam nak makan kita.
"Saja. Lawa sangat isteri Mil ni."
Ayu mencebik mendengarkan pujian Syamil.
Sudah seminggu mereka bernikah. Siang tadi berlangsung majlis menyambut menantu di pihak suaminya.
"Penat?" Soal Syamil prihatin. Wajah isterinya diusap sayang. Semakin hari semakin bertambah sayangnya.
Ayu mengangguk kecil. Hari ini boleh dikatakan ramai saudara- mara dan rakan suaminya yang hadir. Mama kata majlis kali ini buat besar- besaran sebab Syamil anak terakhirnya.
"Meh sini urut." Syamil terus pergi kebelakang isterinya lalu mengerut disekitar bahu danl leher isterinya.
"Mil tak penat?"
"Bolehlah." Jawab Syamil sambil tangannya lincah mengurut.
"Thank you Mil." Tangan yang sedang mengurut dilehernya dipegang lalu dibawa turun ke pinggangnya untuk dipeluk. Sengaja mahu bermanja.
"Untuk?"
Syamil mengeratkan pelukan. Kepala isterinya disandarkan di dadanya.
"Sebab sudi jadikan Ayu isteri Mil."
Syamil tersengih mendengarnya. Dikucup manja pipi isterinya.
"Ayu nak tahu sesuatu tak?"
"Apa?"
"Mil tak tahu sejak bila perasaan tu ada. Apa yang Mil rasa bila kita mula menjauh, bermasam muka, Mil dah mula rindukan Ayu." Dicuit pucuk hidung isterinya.
"Lepas Mil keluar je dari rumah ibu, Mil tak tenteram. Asyik teringatkan Ayu je. Sampai satu tahap tu Mil perhatikan Ayu dari jauh."
"Tahu."
"Ayu nampak?"
"Nampak lah. Ayu selalu perasan motor Mil lalu depan rumah. Ada satu haritu Ayu terdengar ibu call Mil. Dia risau kalau anak lelaki dia ni terkantoi." Ayu tersengih.
"Seriuslah sayang?" Membulat mata Syamil.
Ayu mengangguk dan tersengih.
"Habistu kenapa Ayu tak datang dekat Mil. Sengaja nak uji Mil kan."
"Padan muka. Siapa suruh tak nampak kita dulu." Ujar Ayu tersenyum mengejek.
"Bukan Mil tak nampak Ayu. Cuma Mil tak pasti dengan perasaan Mil."
"Ego sangat. Last- last dia yang kalah. Tahu- tahu ada dekat rumah ibu hantar rombongan." Teringat Ayu saat keluarga Syamil menghantar rombongan. Dia dengan tak percaya dengan keputusan Syamil terus bersetuju sahaja.
Syamil melepaskan pelukan. Dibawa tubuh isterinya menghadapnya.
"Mil nak Ayu sentiasa ada dengan Mil walau macam mana pun. Mil jatuh ke, Mil bangun ke. Mil nak Ayu ada. Mil nak luahkan apa yang Mil rasa dekat Ayu. Boleh?"
"Selama ni Ayu memang tempat luahan Mil kan. Jangan risau. Ayu akan ada dengan Mil. Tapi kalau Mil buat hal macam dulu lagi, memang tiada maaflah bagimu."
"Ish sampai hati cakap dekat Mil macam tu."
"Gurau." Ayu tersengih. Tangannya dilekap dipipi suaminya.
"Ayu cintakan Mil." Ujarnya hanya dengan gerakan mulut.
Syamil tersengih. Alahai isteri. Dibawa tubuh itu masuk kedalam pelukannya. Doanya, semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke syurgaNya.
✨TAMAT✨
Thank you yang sudi baca😘 Jangan lupa vote and comment untuk next cerita.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Proză scurtăKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...