CINTA KHALID II

2.5K 148 6
                                    

Khalid ingat pertemuan di firma merupakan pertemuan yang terakhir. Tidak disangka dia masih boleh terserempak dengan gadis itu. Tidak mahu nampak terlalu ketara memikirkan yang dia masih mengingati gadis itu, dia berlagak biasa.

"Khal, is that you?" Tegur dia.

Mati langkah Khalid. Sangkanya tidak ditegur tetapi lain pula yang jadinya.

"Err siapa ya you?"

Jelas sedikit hampa di wajah gadis itu seolah- olah dirinya tidak ingat.

"I Mel. Melisa."

Khalid berpura seperti berfikir. Cuba mengingati nama Melisa yang disebut walhal memang dia tahu dan ingat. Tetapi kerana tidak mahu ada kaitan antara dia dan gadis itu, dia terpaksa berbohong.

"Sorry miss. Saya memang tak kenal. Mungkin kita pernah terserempak tapi saya memang tak cam muka awak." Dengan lembut Khalid berkata.

Terlihat senyuman kecil di bibir Melisa.

"Yes, maybe I yang salah. I cuma.. I cari kawan lama I sebab... Erm nevermind. Sorry ganggu you."

Khalid memerhati gerak geri gadis itu pergi. Tidak sampai beberapa tapak, nama Melisa dipanggil.

"Yes?"

"Sorry firma saya tak dapat ambil kes awak. Ni.." Khalid menghulurkan sekeping kad peguam kawannya itu kepada Melisa.

".. Mungkin dia boleh bantu awak selesaikan this case."

Ada segaris senyuman di wajah gadis itu.

"Thank you so much. I pun hampir runsing juga nak cari lawyer untuk kes ni. Ikutkan my family punya company ada lawyer sendiri but I tak percaya sangat sebab takut dia bersubahat dengan I punya ex boyfriend. By the way it's okay, I faham mesti korang pun ada kes yang kena settlekan juga. Ni pun dah cukup bagi I."

Khalid ikut tersenyum.

"Semoga kemenangan berpihak pada you."

✨✨✨

Sejak pertemuan beberapa minggu lepas dengan seorang lelaki peguam, Melisa tidak duduk diam. Dia yakin sangat orang itu adalah orang yang dia kenal tujuh tahun lepas.

"Khal, itu awak kan." Berharapnya. Tetapi malang lelaki itu langsung tidak memperkenalkan dirinya. Sejak beberapa hari ini, dia sering terserempak dengan peguam itu di mahkamah.

Sejak pertemuan mereka, Melisa tidak duduk diam. Ada sahaja rancangannya mahu bersua empat mata dengan lelaki itu. Jauh di sudut hati, dia mahu Khalid semula. Dia mahu memulakan hubungan bersama Khalid tetapi dia risau jika Khalid menganggap dia seperti menjilat ludahnya sendiri. Dia yang melepaskan Khalid dan mungkin peluang untuk dapatkan Khalid itu berpotensi sangat kurang. Kadang jika dia memberikan senyuman, hanya wajah tegang sahaja lelaki itu tayang.

"Umi, Sheqa nak tu." Anak kecil yang sedang merayu kepada ibunya untuk membelikannya gula menarik perhatian Melisa. Tersenyum dia melihat telatah budak perempuan yang bernama Sheqa.

"Tak boleh sayang. Nanti papa Khal marah."

"Alah umi." Budak perempuan itu sedikit memberontak.

Melisa masuk kedalam kedai lalu membelikan beberapa batang gula lolipop.

"Nah sayang." Melisa tunduk menyamai ketinggian budak perempuan itu.

Sheqa yang teragak- agak untuk mengambil memandang wajah umi.

"Untuk Sheqa ke?" Polos dia bertanya.

Melisa mengangguk.

"Tapi jangan makan selalu. Tak baik untuk gigi. Sheqa kecil lagi so nak ke gigi rosak?"

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now