PERTEMUAN SEMULA II

6K 276 10
                                    

"Papa bagi?" Tak semena- mena dahinya berkerut melihatkan pemberian dari Khai.

"Cakap papa, cikgu taknak." Dipulangkan semula sejambak bunga ros yang dihiasi coklat dikelilingnya. Masih ingat lagi Khai dengan coklat kegemarannya.

"Alah cikgu, ambillah. Haziq penat lah bawa ni. Tahu tak semua kawan Haziq pandang bila Haziq bawa bunga ni. Malulah cikgu." Mengomel anak kecil itu. Tergelak Hayra dibuatnya. Macam mana lah Khai fikir sampai sanggup buat anak dia jadi orang ketiga. Tapi.. Isteri dia tak marah ke?

"Mama Haziq tahu?" Soal Hayra. Risau juga dia kalau dia digelar perampas suami orang.

"Tak." Laju Haziq menjawab. Makin bertambah runsing Hayra dibuatnya. Takut dia jika isteri Khai datang menyerang dia.

"Haziq pergi dulu cikgu. Bye!" Laju dia berlari meninggalkan cikgu Hayra. Papa kata, kalau muka cikgu dah berkerut dan gaya macam nak tanya banyak soalan, papa suruh lari. Elak dari menjawab soalan maut cikgu.

Hayra mengeluh mengenangkan kisah lama.

Khai.. Awak yang buang saya dan sekarang awak kutip sisa awak.

✨✨✨

Minuman panas itu disisip perlahan. Lega akhirnya kerja dia sudah siap. Bertambah susah bila dia menjadi ketua projek untuk kali itu.

"Iced latte satu." Satu suara menarik perhatiannya. Terus Hayra menoleh kearah meja kaunter. Terbuntang matanya saat melihat Khai yang juga berada di kafe yang sama.

"Hai Sweetie." Tegur dia. Sudah diagak, pasti semua ini sudah dirancang. Dari awal lagi Khai mengekorinya.

"Lama dah ikut saya?"

"Tak." Jawab dia bersahaja lalu bersandar pada kerusi seolah- olah seperti tiada apa yang pernah berlaku.

Geram Hayra melihat Khai. Terus beg tangannya dicapai dan berura- ura ingin pergi. Belum sempat dia melangkah, lengannya dipegang.

"Don't touch me." Tajam mata Hayra membalas renungan Khai.

"Okay sorry, aku tak ganggu kau. Duduklah dulu, air kau pun belum habis lagi."

"Saya penat. Saya nak balik." Terus Hayra pergi. Langkahnya laju.

"Hayra please. Tolonglah dengar apa yang aku nak cakap ni dulu." Laju Khai mengejar langkah Hayra yang ingin keluar dari kafe.

"2 minit. Cakaplah apa yang awak nak cakap tu."

Khai tersenyum lega. Cukuplah Hayra bagi peluang untuk dia bersuara. Untuk dia mengaku silapnya yang lepas.

"Aku tahu kau marah dengan apa yang aku buat dulu. But aku tak ada pilihan Hayra. Waktu tu aku fikir masa hadapan aku. Aku nak berjaya. Aku nak mama papa bangga dengan aku. Dan aku nak kau pun happy tengok aku berjaya.

Silap aku putuskan hubungan masa aku nak berlepas ke sana. Aku tahu kau kecewa dengan apa yang aku buat dulu. Dan aku pun kecewa dengan diri aku sendiri sebab buat keputusan macam tu. Ada banyak lagi cara lain selain putus tapi aku tahu kenapa Hayra.. Aku sayang kau, macam- macam boleh berlaku kalau aku pergi sana. Aku taknak kau menunggu..."

Hayra menggenggam erat tangannya. Sungguh, kalau boleh dia taknak Khai mengungkit kisah itu lagi.

"Kau sendiri nak tengok aku berjaya dan yes, aku dah dapat semua tu. Aku dah dapat apa yang aku nak. Cuma satu je aku belum dapat Hayra.."

"Apa dia?"

"Hati kau. Boleh aku miliki hati kau semula."

Kelu lidah Hayra. Pantas kepalanya digelengkan.

"Kenapa? Aku tahu kau pun masih sayangkan aku. Aku nampak semua tu."

"Maaf saya tak boleh. Saya tak boleh bagi peluang ni awak. Kalau saya bagi pun, saya tak boleh nak berkongsi kasih sayang saya." Terus Hayra pergi tanpa sempat lelaki itu menjawab.

"Berkongsi kasih sayang? " Tergelak Khai. Awak dah salah anggap ni sayang.

✨✨✨

"Haziq fahamkan apa yang daddy cakap?"

"Faham." Laju anaknya mengangguk.

"Okay good boy. Nanti daddy bagi Haziq mummy okay." Bulat mata Haziq mendengar janji Khai.

"Betul ni daddy? Tak tipu Haziq?"

Khai mengangguk mengiyakan. Itu janjinya pada Haziq. Sejak umur empat tahun lagi Haziq tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya disebabkan kemalangan yang menimpa abang kandungnya 3 tahun yang lepas. Kemalangan itu telah meragut nyawa mama dan papa Haziq. Selepas itu, Khai mengambil tanggungjawab menjaga Haziq seperti anak sendiri. Mujurlah anak kecil itu masih lagi tidak selalu bertanya tentang ibu bapanya.

"Okay now salam daddy. Daddy dah lambat ni ada meeting. You masuk sekolah cepat, nanti kena denda. Nak?"

Menggeleng Haziq. Tak mahu dia kena denda. Malu! Nanti semua kawan ketawakan. Laju tangannya menyalam tangan Khai.

"Bye daddy. I love you." Pintu kereta dibuka lalu turun dengan berhati- hati.

✨✨✨

"Cikgu! Cikgu!" Laju Haziq mengejar guru kelasnya.

"Ya Haziq, kenapa?" Hayra menunduk menyamai ketinggian Haziq.

"Nah, daddy bagi." Dihulurnya kotak yang berbalut rapi.

"Apa ni?"

"Tak tahu. Daddy suruh baca. Daddy kata nanti cuba check balik nama Haziq dalam buku kehadiran dengan nama papa dalam kotak ni." Satu persatu Haziq berkata mengingatkan kembali perkara yang daddynya pesan.

"Err okay." Teragak- agak Hayra mengangguk. Melihat anggukan cikgu Hayra, Haziq terus kembali ke tempat duduknya kembali.

Apa kena mengena dengan buku kehadiran pula ni? Fikir Hayra semasa dia dalam perjalanan ke bilik guru.

Buku kehadiran dibuka. Nama Haziq dicari.

"Muhammad Haziq Bin Khairuddin. So apa yang dia cuba maksudkan ni?"
Hayra masih lagi terfikir.

"Khai.. Khairul Iman. Khairuddin?" Terkejut Hayra. Khai dengan Khairuddin bukan orang yang sama. Jadi, Haziq bukan anak kandung Khai?

✨✨✨

Jangan lupa vote and comment♥️💋

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now