Aira berlari masuk kedalam rumah selepas diejek oleh abangnya. Terus pintu rumahnya ditutup dan dikunci.
"Aira janganlah macam ni." Pujuk Airil.
"Tak nak kawan abang!" Jerit Aira. Pipinya yang masih ada lelehan air matanya dikesat kasar.
Airil mengggaru lehernya. Macam mana lah dia mahu memujuk cucu jiran neneknya ini.
"Okay abang janji abang tak ketawa Aira lagi. Lagipun abang buka sengaja pun nak ketawa Aira." Tiba- tiba Airil teringatkan ketika Aira jatuh dihadapannya terus dia tergelak.
"Opss." Terus dia tutup mulut menahan gelak.
"Tengok tu. Abang ketawakan Aira lagi." Cemberut wajah Aira.
"Yelah abang tak gelakkan lagi." Janji Airil.
Pintu terbuka sedikit. Muncul separuh wajah Aira. Tersengih Airil melihat wajah basah itu dengan mata yang merah.
"Janji?" Tangannya dikeluarkan dari pintu lalu menghulurkan jari kelingkingnya untuk ditautkan.
"Janji."
✨✨✨
"Aira, tolong nenek hantar puding jagung ni dekat rumah Nek Mah."
"Okay nenek." Laju Aira menyambut huluran mangkuk dari tangan neneknya. Tak sabar rasanya dia mahu berjumpa dengan abang Airil.
Selipar dari pintu dapur disarungkan. Dengan berhati- hati dia membawa mangkuk itu. Tidak mahu dia jadi macam semalam, tersandung depan Abang Airil. Malu muka dia.
Aira memandang halaman rumah Nek Mah. Aik kenapa kosong? Mungkin keluarga Uncle Khai pergi bandar rasanya.
"Assalamualaikum Nek Mah." Pintu diketuk menggunakan sebelah tangannya.
Pintu dikuak dari dalam.
"Eh Aira. Kenapa Aira datang rumah nenek ni?"
"Ni nenek bagi." Dihulurkan mangkuk pudung itu.
Aira menjengahkan kepalanya kedalam. Sunyi je.
"Cari siapa? Airil ke?"
"Ahah nenek. Mana abang?" Tanya Aira.
"Airil dah balik pagi tadi."
"Balik? Balik mana nenek?"
"KL, Aira."
Aira terdiam. Airil dah balik. Kenapa dia tak tahu?
"Emm, Aira balik dulu nenek. Nanti umi dengan nenek bebel pula kalau Aira balik lambat."
"Sekejap Aira. Nenek nak ambil barang sekejap."
Aira mengangguk. Jauh disudut hatinya dia sedih kerana Airil pergi tanpa sempat dia mengucapkan selamat tinggal. Bukan selalu dia dapat berjumpa dengan lelaki itu.
"Nah. Airil pesan bagi dekat Aira. Aira buka dekat rumah ya."
"Okay nenek. Aira balik dulu."
Sewaktu Aira berjalan balik ke rumah, kotak kecil yang berbalut itu dipandangnya. Ditenung tulisan itu lama.
'Untuk adik abang.'
✨✨✨
Vote and comment untuk next update😚❤️
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Cerita PendekKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...