TIADA PENGGANTI III

3.3K 150 10
                                    

Imran bersandar pada kereta sambil memerhati langkah Hana menghampiri taska dimana Inara belajar. Dia yang memberi keizinan membiarkan Hana menjemput Inara. Mungkin sudah ditakdirkan  untuk Inara berjumpa dengan Hana pada tengahari itu. Seketika kemudian, anak- anak kecil mula keluar satu persatu.

Hana mencari Inara di dalam ramai- ramai anak yang sedang beratur keluar. Saat itu matanya terpandangkan anak kecil yang memakai skirt berjalan ke pagar. Inara tersenyum kecil memandang kearah Imran kerana lelaki itu berdiri tidak jauh dari mereka.

"Papa!!" Suara kecilnya menjerit memanggil Imran. Apabila Inara hampir mendekati, Hana mula memanggil.

"Inara..." Tertoleh anak kecil yang berumur empat tahun itu. Birai mata Hana basah melihat anaknya yang sudah membesar dengan sihat.

"Mama..." Berjurai air mata Hana saat panggilan itu dipanggil. Dia tidak salah dengarkan. Hanya seketika, kakinya dipeluk.

"Ni mama Nara kan?" Polos dia bertanya dengan pelukan di kaki masih tidak lepaskan. Kepalaya mendongak memandang wajahnya.

Dengan esakan halus, Hana mengangguk. Tubuhnya terus ditundukkan menyemai ketinggian Hana.

"Mama rindu Nara.  Maafkan mama sayang. Mama banyak dosa dengan Nara. Mama... tak layak jadi ibu yang terbaik untuk Nara." Tubuh kecil itu didakap terus kedalam pelukan. Pilunya hati dia saat pertama kali dapat memeluk tubuh Inara setelah lama dia meninggalkan anak kecil ini. Hana mendongak memandang bekas suaminya.

"Terima kasih." Ucapnya hanya dengan gerak mulut.

Imran mengangguk dan tersenyum nipis. Hatinya lega apabila dapat temukan Inara dengan Hana.  Impian Inara tercapai. Setiap hari dia berdoa agar Dia menemukan Hana dan Inara.

✨✨✨

Hana memandang redup anak mata bekas suaminya. Tangannya yang berada dibawah meja digenggam kuat. 

"Abang... "

"Hmm." Imran menggumam halus.  Tangannya mengusap lembut rambut Inara yang sedang tidur lena diatas pehanya.

"Abang pernah tanya hari tu sama ada Hana ikhlas atau tidak cintakan abang..."

"Jawapan Hana..."

Tenang Imran menanti kata-kata Hana.

"Pada awalnya memang Hana ikhlas.  Tetapi lepas Hana perasan abang jatuh sejak itu Hana mengaku yang Hana dah beralih arah...  Maafkan Hana."

Imran hanya tersenyum nipis. Langsung tiada reaksi. Dia sudah lama redha dengan setiap ketentuanNya terhadap keluarganya.

"Papa cakap dia pernah jumpa abang. Papa ada cakap sesuatu dengan abang.  Boleh Hana tahu jawapannya." Serba salah Hana ingin bertanya.  Seperti menagih simpati sahaja dirinya. Menjilat ludah sendiri.

"Hana nak tahu jawapan abang." Mata mereka saling merenung. Hana mengangguk.

Imran menarik nafas dalam. Wajah Inara dipandang. Dulu saat lafaz talak diucapkan, Inara ada disisinya.  Kini saat Hana inginkan jawapan darinya, Inara masih ada bersama dengannya. 

"Abang dah lama terima apa yang berlaku ni Hana. Abang dah selesa berdua dengan Nara.  Bukan abang nak ketepikan hak Hana sebagai seorang ibu, tetapi abang tak pernah halang untuk Hana berjumpa Nara setiap hari. Abang rasa Hana faham maksud abang.  Abang tak mampu. Maafkan abang."

Jatuh bahu Hana mendengarnya.

"Abang dah ada yang lain?"

"Hana yang pertama dan yang terakhir. Mana mungkin ada pengganti ditempat Hana."

Air mata yang bertakung akhirnya berjujuran jatuh. Silapnya dulu.  Kesalnya dia.

"Abang dah tak sayang Hana?"

"Terlalu sayang..."

"Tapi kenapa abang? Kenapa? Hana nak jadi isteri abang semula."

"Hana..." Wajah yang basah itu dipandang.

"Percayalah. Kalau bukan jodoh kita disini mungkin disana. Abang tak pernah nafikan perasaan abang terhadap Hana. Abang terlalu sayang tetapi abang tak sanggup nak hadapi apa yang berlaku dahulu.  Abang takut Hana akan beralih arah bila perkara itu terjadi lagi pada abang. Nara dah semakin membesar.  Abang taknak dia tahu apa yang pernah terjadi pada kita. Memang ada kemungkinan bila dah besar nanti dia bakal tahu juga tapi buat masa sekarang abang taknak dia tahu tentang mama dia pernah tinggalkan dia dulu sebab orang lain. Sebab tu abang nak kita macam ni. Kalau ada jodoh adalah.  Kalau tak ada, abang doakan Hana jumpa yang terbaik untuk diri Hana."

Teresak-esak Hana mendengarnya. 

"Maafkan Hana abang. Hana tak mampu jadi isteri yang baik."

"Hana dah jadi isteri yang baik.  Abang tak nafikan. Tetapi bila diuji sebegitu kita tak mampu nak menghalangnya."

Hana memandang wajah Inara.  Sayu hatinya. Jika dia masih bergelar isteri kepada Imran, mungkin setiap harinya akan diceriakan dengan anak kecil itu.  Maafkan mama Inara.  Mama tak mampu jadi ibu yang terbaik.  Jika papa masih jodoh mama, Inara doa yang kami akan kembali semula ya.  Mama akan sentiasa doakan untuk keluarga kita sayang.

Imran memandang wajah yang menunduk merenung kearah anaknya. Maafkan abang Hana.  Tapi ketahuilah Hana yang abang tak mampu nak gantikan tempat Hana dengan wanita lain. Hati abang hanya untuk Hana. Untuk waktu ini, abang masih tak bersedia. Jika jodoh kita masih panjang, abang akan ikat kembali Hana sebagai isteri abang yang sah. Bakal bidadari abang di Syurga nanti.

✨THE END✨

Alhamdulillah habis sudah. Apa pendapat korang ending kisah Imran dan Hana? Memang dari awal sis nak try buat macam ni. Selalunya kita bagi happy ending tapi apa salahnya kalini kita ubah sikit. Ikutkan panjang nak buat utk part akhir ni tapi disebabkan seminggu tak menulis terus idea stuck. Harap korang semua suka🤩

Buat yang tak tahu, sis dah start online class.  So ada kekangan masa nak menulis disini.  Ada masa baru boleh menaip dengan tenang. InshaaAllah next story kita bagi bulan november ni.  Doakan lah ya!❤

Dan macam biasa, jangan lupa vote and comment tau! Stiap komen korg buatkan sis semangat nak menulis!  Teruskan support😘 Jumpa di next story!  See you guys again!

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now