ISHA IMAN

3K 159 16
                                    

Hi korang sorry lambat! Enjoy reading tau!

Terhenti langkah Isha apabila belakang badannya dibaling dengan batu kecil. Dia segera menoleh ke belakang.  Terdapat sekumpulan lelaki tersenyum sinis memandangnya.

"Woi gemok! Jalan tu tak boleh perlahan sikit ke. Bergegar aku rasa." Salah seorang dari mereka berkata manakala yang lain mentertawakan kata- kata kawannya itu.

"Dasar perempuan tak reti malu.  Badan gemuk. Patutlah tak ada siapa yang terpikat."

Bergenang tubir mata Isha mendengarnya. Tanpa mempedulikan kata- kata mereka, Isha berjalan kembali.

"Bergegar weyy!"

Dengan kasar, Isha mengesat air matanya yang jatuh. Sampai sahaja di medan makan, Isha duduk berseorang di hujung sudut. Air matanya yang bersisa di kesat.  Seleranya sejak tadi sudah mati.

Tiba-tiba, sehelai kain disuakan kepadanya.  Isha mendongak memandang keatas.  Seorang lelaki tersenyum kecil kepadanya.

"Membazir kalau awak menangis disebabkan diorang." Iman mengambil tempat dihadapannya.

"Ambil ni lap air mata awak tu." Sambungnya.  Dengan wajah yang masih berair, Isha mengambilnya lalu wajahnya di lap.

"Coach nampak?"

"Saya ikut awak dari tadi.  Mustahil saya tak nampak." Bulat mata Isha mendengarnya.  Coach Iman ikut dia dari tadi.

"Kenapa coach ikut saya?"

"Saje." Jawabnya selamba. Matanya melirik memandang gerai lalu memanggil gadis yang bekerja disitu.

"Ya bang order."

"Nasi ayam penyet dua dengan air limau ais dua."

Tercengang Isha mendengar lelaki itu membuat pesanan. Pergi sahaja gadis itu Isha menyoal.

"Saya tak suruh coach orderkan untuk saya. Lagipun saya dah tak ada selera."

"Awak kena makan juga.  Baru ada tenaga. Lagipun lepasni saya ada tugasan nak bagi dekat awak." Iman tersenyum sinis memandang kearah Isha.  Tak sabar rasanya dia nak beri tugasan kepada Isha. Kalini dia akan bantu Isha untuk menjadi lebih baik.

✨✨✨

"Isha!" Tak jadi Isha mahu melangkah apabila mendengar jeritan harimau jadian itu.  Peluh yang sedang menitis di dahi langsung dibiarkan. Dengan perlahan, dia memusingkan badannya kebelakang dengan senyuman kecil.

"Habiskan tugasan awak baru saya benarkan balik." Tegas dia memberi arahan. Dengan perasaan sebal, dia memandang peralatan senaman yang dia gunakan selama 3 hari itu.

Isha mendekati Iman. Wajahnya cuba dimaniskan.

"Tak boleh ke coach bagi saya cuti satu hari?"

"No! Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, no more cuti faham. Go now!" Tajam matanya memandang wajah yang berpeluh itu.

"Saya benci coach!!" Jeritnya penuh rasa geram di dada. Kakinya dihentakkan tanda protes sambil berjalan kearah tempatnya semula.

Iman memandang Isha yang sedang melakukan senaman.  Lama dia memerhati sehinggakan senyuman terbit di bibirnya tanpa sedar.

✨✨✨

Isha memandang dirinya di cermin. Dia tersenyum sendiri.  Puas dengan hasil yang diperoleh sekarang. Wajah lelaki disebelahnya dipandang.

"Macam mana, happy?" Soal dia mendapat anggukkan darinya.  Mana dia tak gembira, dalam masa 3 bulan dia mampu menurunkan berat sebanyak 25kg hasil bantuan coach Iman.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now