DUDA PUJAAN HATI

3.8K 192 27
                                    

Pandangan mata itu penuh rasa cinta memandang si lelaki yang sedang bercakap sesuatu dengan pekerjanya. Dengan tangan menongkat dagu, wajah tegang itu dipandangnya tanpa rasa penat. Yang dia tahu, dia tak pernah puas nak menatap.

Pap!

"Tak ada kerja ke cik kak?" Tegur Aira rakan sekerjanya.  Gadis itu melabuhkan punggung di tempatnya setelah pulang dari mesyuarat.

Lisa mencebik. Fail yang tertutup tadi dibukanya semula.  Wajah Aira dipandang dengan rasa bengang. Kacau betul!

"Pelik aku tengok kau ni. Encik Mizi juga yang kau nak. Muka memang lah cukup pakej tapi... duda."

Tajam mata Lisa memandang kawannya.

"Aku suka dia bukan sebab dia duda. Tapi hati dia."

"Kau tahu apa yang ada dalam hati dia beb? Kau ni aku rasa dah gila. Kau tak nampak ke dia tu macam mana. Panas baran, ego. Kau nak jadi mangsa dia ke? Entah- entah dia cerai dengan ex-wife dia dulu sebab sikap dia tu." Ujar Aira membiat spekulasinya sendiri.

Berdecit Lisa mendengar kata-kata yang langsung tidak enak didengarnya. Sakit hati dia mendengarnya. Malas mahu membalas dia sambung kerjanya semula. Belum sempat tangan ingin menaip di papan kekunci, namanya dipanggil.

"Lisa, Encik Mizi panggil." Wajah Imran yang baru keluar dari bilik Encik Mizi dipandang. Melihat wajah keruh Imran, dia telan liur.  Ada kerja yang tak memuaskan hati lelaki itu ke?

"Tu buah hati kau dah panggil. Tunggu apa lagi." Aira disebelahnya mengejek perlahan. Wajah gadis itu dijeling sebelum dia melangkah dengan penuh debar. Tidak lupa juga buku dan pen dicapainya sekali.

"Yes Encik Mizi. Kenapa panggil saya?" Ujar Lisa dalam debar. Tangan kirinya dikepal manakala sebelah memegang buku dan pen.

"Aku tak suka kau perhatikan aku. Stop buat kerja tak berfaedah kau tu. Kalau kau rasa nak duduk dekat kerusi tu, do your work. Jangan kau ingat aku tak perasan yang selama ni kau kerap sangat ikut aku." Dengan nada yang tegang dia bersuara.

Lisa kemam bibirnya. Tidak menyangka yang Encik Mizi perasan akan kerjanya sejak dua menjak ini.

"Saya minta maaf. Saya jan... "

"Aku tak suka dengar penjelasan kau. Sambung buat kerja kau semula. Kalau aku perasan kau buat lagi, tak mustahil nama kau akan ada dekat orang atasan dan tak mustahil juga kau akan hilang kerja kau sekarang. Ingat ni!"

"Baik Encik."

"Keluar!"

Tersentak Lisa dibuatnya mendengar jeritan Encik Mizi. Keluar sahaja dari bilik lelaki itu,  semua staff memandang kearahnya. Dengan senyuman nipis, Lisa berlagak biasa seolah- olah tiada apa yang berlaku. Duduk kembali di mejanya, Lisa menunduk.

"Kau kenapa?"

"Aku..."

✨✨✨

Semenjak kes kantoi seminggu yang lepas, setiap kali terserempak dengan Encik Mizi dia akan menunduk. Wajah itu langsung dia tak pandang. Terasa, ya dia akui itu. Dia perempuan yang ada hati dan perasaan sebab itu dia mudah terasa dengan kata- kata Encik Mizi.

Lisa menuju ke perhentian bas. Sejak kelmarin dia terpaksa naik pengangkutan awam kerana keretanya mengalami kerosakan di bahagian enjin. Bukan dia tidak mahu menumpang kawan sepejabat yang lain, tetapi dia lebih selesa tidak menyusahkan orang. Belum sampai di perhentian bas, matanya disajikan dengan pertelingkahan seorang lelaki dan wanita. Mengasyikkan lagi adalah lelaki itu adalah lelaki pujaan dia.

"Kalau you tak menggatal dengan lelaki lain, I tak akan senang- senang lafazkan talak dekat you. Sebab I dah penatlah dengan lakonan you selama ni I rela lepaskan you!" Tengking Encik Mizi.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now