Pelik Ezad dengan dirinya sendiri. Hampir setiap malam dia mimpikan gadis itu. Entah kenapa sejak Elly mula rapat dengannya, dia suka. Seperti hidupnya yang sudah lama kosong diserikan dengan kedatangan Elly.
Tapi Elly pelajarnya. Tak akan lah dia ada perasaan itu terhadap gadis itu. Tangannya dilekapkan di dadanya.
"Ah kau terlalu memikir sangat ni Zad." Laju- laju Ezad menggeleng membuang bayanagan gadis itu.
Baru sahaja dia nak masuk ke bilik air untuk mengambil wudhu, telefonnya berdering. Berkerut pelipisnya melihat nama gadis itu tertera di skrin pada jam 2 pagi.
"Hello Elly."
"Hello Sir. Saya... Saya..." Nafasnya tercungap- cungap ketika bercakap.
"Kenapa ni Elly..."
"Rumah sewa kami masuk perompak. Sekarang ni saya dekat hospital."
Terkejut Ezad dibuatnya. "Awak tunggu sana. Saya datang." Tak tunggu lama, Ezad terus bersiap ke hospital.
Sampai sahaja di hospital, Ezad terus ke unit kecemasan. Kelibat Elly dicari sehingga dia nampak gadis itu sedang duduk tidak jauh darinya bersama dengan Iza.
"Elly, awak okay?" Soalnya tampak risau.
Elly menoleh dengan kedatangan Ezad lalu menganggukkan kepalanya.
"Iza?"
"Saya tak ada apa sir. Lagipun saya balik rumah keluarga saya petang semalam." Ujar Iza.
Mata Ezad terus dikalihkan ke wajah Elly. Jelas wajah itu nampak pucat. Lengan Elly yang berbalut itu dipegangnya.
"Teruk ke?" Soalnya.
"Saya okay. Cuma tadi terhiris sikit dengan pisau masa lawan dengan perompak tu." Terang Elly. Mujurlah masa itu ada jiran yang mendengar jeritannya. Kalau tidak dia tidak tahu apa yang bakal terjadi kepadanya selepas itu.
"Perompak tu macam mana?"
"Jiran saya dah bawa ke balai."
Entah kenapa di sudut hati Ezad dia rasa kasihan dengan gadis itu. Dia risau jika kejadian seperti itu berlaku lagi. Sudahlah Iza jarang berada di rumah sewa mereka disebabkan selalu pulang ke rumah keluaganya yang hanya tidak jauh dari tempat mereka belajar. Elly pula keluaganya jauh di Johor. Jadi terpaksalah dia menetap di rumah sewa.
"Awak tidur rumah saya malam ni." Tenang Ezad membuat keputusan.
Wajah Elly dan Iza jelas terkejut mendengarnya.
"Tak apa sir. Iza nak bawa saya pergi rumah keluarga dia." Elly menolak pelawaan lelaki itu. Wajah Iza dipandangnya minta kepastian.
Mendengar Elly bercakap begitu, Ezad terus memandang wajah Iza meminta dia tidak membawa pulang Elly ke rumahnya. Iza yang rasa serba salah mengangguk kecil tanpa Elly sedar.
"Err sorry Elly... Sebenarnya family aku ada dekat rumah abang aku. Aku pun bermalam dekat sana."
"Kenapa kau baru nak cakap?" Jelas wajah Elly berubah. Entah apa yang dirancang Iza dan Ezad.
"Sebab aku..." Kata- kata Iza dipotong Ezad.
"Kalau tak ada apa- apa kita balik. Awak perlu rehat Elly." Elly mengetap bibirnya. Tidak tahu sama ada mahu mengikut atau tidak.
"Jom Elly. Thank you Iza. Esok pagi saya send location rumah saya. Awak boleh melawat Elly."
"Thank you sir. InshaaAllah saya datang." Setelah itu, Iza meminta diri untuk pergi memandangkan hari sudah lewat.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...