Dhurrah melihat kembali senarai barang yang dihantar kepada suaminya.
"Alamak macam mana ni." Berpusing dia satu rumah disebabkan terlupa satu barang yang penting untuk dibeli.
"Whatsapp je lah."
Dhurrah menghantar pesanan ringkas itu. Tetapi satu tick whatsapp suaminya. Dia mula buntu. Takkan lah dia nak beli sendiri. Sebelum ni dia ada simpanan tapi waktu macam inilah dia nak habis.
Call je lah. Fikirnya. Itu pun kalau dia berani untuk berkata dengan Hakimi.
"Call Dhurrah. Habistu takkan lah kau nak biarkan je." Okay dia call. Dia mengikut firasat kata hatinya. Dhurrah terus mencari nama suaminya di log panggilan sebelum membuat panggilan.
"Hello." Tidak sampai beberapa saat dia menjawab. Aik laju pula.
"Awak.." Suaranya meleret. Patut ke dia cakap. Malunya.
"Hmm apa?"
"Awak dekat mana?" Dhurrah mengertap bibir. Buat hal lah kau ni Dhurrah!
"Aku otw pergi supermarket. Kenapa? Ada nak kirim lagi?"
Lama diam Dhurrah sebelum dia menjawab.
"Ada. Saya nak minta tolong beli.." Dia jeda.
"Tolong aoa Dhurrah? Aku nak drive ni."
"Alah tolong beli.." Aduhai Dhurrah kenapa berat sangat mulut kau ni. "
"Tolong apa?!"
"Beli pad."
Hakimi diam.
Dhurrah memejamkan matanya rapat. Malunya dia. Sebulan dia berkahwin dengan Hakimi ini kali pertama dia meminta lelaki itu membelikan barang peribadinya.
"Lagi?"
"Tak ada dah." Terus Dhurrah matikan talian. Telefonnya dicampakkam ketepi. Tangannya naik menyentuh dadanya yang bernafas laju.
Apa nak jadi, jadilah.
❤️❤️❤️
Hakimi mengeluarkan satu persatu barang sementara Dhurrah menyusun di rak dapur dan didalam peti sejuk.
Selesai sahaja mengemas bahagian dapur, Hakimi mengeluarkan sesuatu.
"Nah."
Bulat mata Dhurrah melihat jenama Kotex itu. Terus dia merampas dan berlari masuk kedalam bilik.
Hakimi tersengih. Entah kenapa dia mula rasa kelainan antara mereka. Dia menapak menuju ke bilik Dhurrah. Pintu bilik itu diketuknya.
"Barang kau yang lain aku letak dekat meja." Ujar Hakimi sebelum dia melangkah masuk ke biliknya untuk membersihkan diri.
Dhurrah membuka pintunya. Kepalanya dijengulkan keluar. Line clear. Terus dia menapak keluar ke ruang tamu. Barang yang dibeli Hakimi pantas diambil untuk dibawa kedalam bilik.
Baru dia nak menoleh ke belakang, Hakimi sudah berada di belakangnya. Terkejut Dhurrah. Sejak bila lelaki itu ada disitu pun dia tidak pasti.
"Malam ni kau masak Mee Hailam boleh?"
Teragak- agak Dhurrah ingin mengangguk mendengarkan permintaan suaminya. Bukan dia tidak pandai memasak tetapi dia pelik dengan sikap suaminya yang mula berubah.
"Boleh Aisyah Dhurrah?" Matanya menikam anak mata Dhurrah.
"Er boleh boleh." Laju Dhurrah mengangguk sebelum masuk kedalam bilik.
❤️❤️❤️
Hakimi makan masakannya dengan penuh berselera. Mummy ada kata yang Mee Hailam ini salah satu kegemaran lelaki itu jadi tidak mustahil Hakimi hampir menghabiskan semua masakannya malam ini.
"Apa rancangan kau untuk esok?"
"Kemas rumah, cuci tandas, basuh baju, masak." Ujar Dhurrah setakat yang dia fikir. Macam biasa itu lah rutin hariannya semasa Hakimi sibuk bekerja.
Hakimi terangguk- angguk. Kuah sup dihirupnya licin. Terkejut Dhurrah. Sampai begitu sekali minat suaminya terhadap Mee Hailam.
"Awak cuti sepanjang tempoh PKP ni?"
Hakimi mengangguk.
"Tapi aku still kena update and join meeting dari rumah." Jawabnya dengan senyuman dibibir.
Dhurrah suka dengan kelainan suaminya. Suaminya yang dulu pendiam dan sibuk dengan kerjanya kini sudah mula bercakap. Melihat senyuman lelaki itu pun dia sudah gembira. Jikalau tidak hanya wajah yang masam dan penat pulang dari kerja sehinggakan sejak itu dia malu takut untuk menegur.
Dhurrah mula mengemas meja makan selesai sahaja makan. Sementara Hakimi duduk di sofa menonton rancangan kegemarannya.
"Dhurrah." Panggil Hakimi apabila melihat isterinya berura- ura ingin masuk kedalam biliknya.
"Ya?"
"Kau taknak tengok movie sekali?"
"Tak apa, saya nak masuk bilik dulu." Ujar Dhurrah sebelum melangkah masuk kedalam biliknya.
❤️❤️❤️
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
ContoKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...