CINTA KHALID

3.5K 142 4
                                    

Rambut dirapikan sekemas mungkin. Setelah yakin dengan penampilannya, dia menapak menghampiri gadis itu.

"Mel." Nama gadis itu dipanggil. Mujurlah sekitar kawasan ini sangat lenggang.

"Ouh awak Khalid. Buat apa dekat sini?" Gadis yang bernama Melisa itu menolah memandang kearahnya.

Tersenyum sendirian Khalid apabila dapat menatap wajah itu secara berhadapan.

"Nah untuk awak." Sekuntum bunga ros dihulurkan kepada gadis itu.

Hampa, Melisa langsung tidak menyambut huluran bunga ros itu.

"Untuk saya? Simpan je lah Khalid. Membazir awak belikan bunga ni untuk saya."

Khalid terkedu tanpa kata. Belum meluahkan lagi dia sudah ditolak.

"Tapi..."

"Khalid, saya tahu apa tujuan awak sampai bawa awak ke sini tapi jawapan saya tidak. Saya tak pernah suka awak dan tak akan pernah terfikir saya nak ada hubungan dengan awak. Lihatlah awak sekarang ni..." Melisa memandang sinis lelaki dihadapannya itu dari bawah sehingga keatas.

"..memang bukan taste saya. Sorry Khalid, kalau awak pergi dekat mana- mana perempuan pun mungkin mereka akan fikir seribu kali sebelum jadikan awak pasangan diorang." Dihujung ayatnya ada senyuman sinis.

Bunga ros yang dipegang Khalid itu diambilnya dan dibawa ke hidung.

"Bunga ni uwerkk! Langsung bukan minat saya." Terus dicampakkan kepada Khalid sebelum dia ingin melangkah pergi.

"Mel.."

Langkah Melisa terhenti.

"Terima kasih, saya doakan awak jumpa pasangan yang baik. Dan...." Jeda, Khalid tidak tahu sama ada dia patut cakap atau tidak.

".. Saya harap awak tak jilat balik ludah awak."

Ternampak senyuman sinis gadis itu menghentakkan seluruh hati Khalid.

✨✨✨

7 tahun kemudian,

Pintu yang terkuak dari luar dipandang. Lelaki itu masuk dengan wajah yang tegang.

Fiqri bangun dari kerusinya. Meja kerja lelaki itu dihampirinya.

"Kau dari mana?"

"Bawah."

"Kes baru lagi?"

Lelaki itu sekadar mengangguk. Fail kerjanya dibuka.

"Emm okay." Tak jadi Fiqri mahu menganggu. Terus dia patah balik ke tempat kerjanya.

"Fiq.."

Fiqri menoleh kembali. Kening sebelahnya dinaikkan.

"Perempuan tu? Dia okay ke?"

Berkerut dahi Fiqri. Dia melihat keadaan sekeliling. Line clear. Terus dia menarik kerusi yang berhampiran meja kawannya itu lalu ditarik dan dibawa ke tempat lelaki itu.

"Damia? Kenapa pula tiba- tiba kau cakap tentang Damia?"

"Err dia okay tak?"

"Okaylah. Dah sepupu aku mesti lah okay. Kenapa kau ni?"

Khalid mengeluh. Failnya ditutup.

"Masalah apa lagi ni?" Fiqri tidak duduk diam. Dia menanti mahu mengorek rahsia.

"Aku nak kenal dengan dia."

"Hah?" Terbeliak mata Fiqri.

"Err kau serius?" Tanya Fiqri meminta kepastian. Jarang dia melihat kawannya sebegini rupa.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now