Hampir seminggu juga dia memujuk Ayu, kalini pujukannya berhasil apabila dia membawa gadis itu makan bersamanya di sebuah kafe.
Syamil dan Ayu berjalan masuk kedalam sebuah kafe. Mereka mula dan membuat pesanan dan mula bercerita.
"Kalau Mil tak bawa ke sini sampai bila- bila lah Ayu tu merajuk je." Sindir Syamil.
Ayu yang mendengarnya menjeling. Tak ikhlas lah tu pujuk.
Melihatkan wajah cemberut Ayu terus dia tersengih.
"Mil gurau je lah."
Mereka menanti makanan. Syamil menoleh kekiri, saat itu dia baru terfikir yang dia sangat berhampiran dengan seseorang. Terus dia bangun dari duduk. Saat itu makanan yang dipesan sampai.
"Mil nak pergi mana ni?" Tanya Ayu pelik melihatkan lelaki itu seperti mencari sesuatu diluar sana.
"Kejap ya, nanti Mil datang balik."
Terus Syamil berlalu keluar dari kafe.
Ayu yang tidak tahu apa- apa hanya memandang pelik dan menunggu sahaja lelaki itu kembali.
✨✨✨
Terkejut ibu melihat wajah anak perempuannya yang masuk kedalam rumah dengan keadaan muram. Paling membuatkan dia terkejut apabila gadis itu pulang bersendirian.
"Ayu.." Tegurnya.
Ayu memandang kearahnya tanpa sepatah kata.
"Kenapa balik sorang? Mil mana?"
Ayu mengangkat kedua belah bahu bagi menjawab pertanyaan ibunya. Terus dia melangkah naik kebilik.
'Kejap baik, kejap gaduh. Pelik.' Gumam ibu melihat tingkah anak- anaknya.
✨✨✨
Syamil semakin buntu melihatkan Ayu semakin menjauh dengannya. Silapnya hari itu ingin mengambil hati ayu di restoren tetapi lain pula yang jadi.
Perjumpaan dia dengan Maisarah di hadapan tempat kerja gadis itu membuatkan dia tahu yang Maisarah tidak memilihnya lagi. Malah, gadis itu sudah terlebih bahagia disamping abangnya.
Syamil mengertap bibirnya. Geram dengan sikap dirinya. Dia terlalu buta.
Ayu ada dengannya dan kenapa dia masih teringat akan kisah silamnya.'Apa kau nak buat ni Syamil? Sah- sah dia tak termakan dengan pujukan kau dah lagi.' Buntu Syamil. Dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik Ayu.
'Pujuk Syamil.'
Tangannya digenggam. Pintu bilik Ayu diketuk. Berulang kali dia mengetuk tetapi tiada sahutan.
"Eh Mil, buat apa tu dekat bilik Ayu?" Tanya ibu yang berjalan menghampirinya.
"Ayu keluar ke ibu? Mil panggil dia tak menyahut?" Tanya dia. Kalau Ayu keluar dia pergi mana? Dengan siapa?
"Ayu keluar dengan Naim."
"Naim?"
"Ya Naim. Bujang sebelah rumah tu."
Membulat Syamil mendengar nama itu. Setahu dia Naim dah ada kekasih tetapi kenapa dia keluar bersama Ayu. Ayu sendiri tahu yang Syamil tidak berapa minat dengan sikap Naim tetapi gadis itu masih mahu bergaul dengan lelaki itu.
"Okay ibu. Mil pun nak keluar sekejap."
"Pergi mana?"
"Jumpa kawan." Tangan ibu disalam sebelum dia meninggalkan mak angkatnya itu.
✨✨✨
"Kenapa keluar dengan Naim tak bagitahu Mil?" Tajam mata Syamil merenung Ayu.
Ayu berlagak biasa. Syamil boleh berjumpa bekas teman wanitanya dan dia sendiri boleh jumpa sesiapa lelaki yang dia ingin berjumpa.
"Mil bercakap dengan Ayu ni." Katanya lebih tegas daripada tadi.
"Apa?"
Membulat mata Syamil mendengarnya. Selama ini gadis itu tidak pernah berkata kuat dihadapan dia.
"Selama ni Mil fikir ke apa yang Ayu rasa. Mil ambil kisah ke tentang perasaan Ayu. Apa yang Mil tahu perempuan tu je sampai Ayu ada depan mata Mil pun Mil masih cari dia. Sedarlah Mil. Dia ada family sendiri. Apa yang Mil buat sekarang ni tak akan membuahkan hasil langsung sebab dia tak nak dekat Mil. Sedarlah yang Mil sendiri lepaskan dia!" Lepas Ayu. Puas dia membuatkan lelaki itu terkedu. Biar Syamil tahu yang dia pun ada perasaan terhadap lelaki itu.
"Kalau Mil rasa nak terkejar- kejarkan dia lagi pergilah. Ayu doakan usaha Mil tu berjaya." Ayu terus berjalan melepasi Syamil. Tidak kuasa dia mahu berlama- lama dengan lelaki itu lagi.
"Ayu..."
✨✨✨
Ibu meletakkan segelas air dihadapan anak lelakinya. Terkejut dia mendengar berita yang disampaikan Syamil tadi.
"Betul ke Syamil dah taknak duduk sini?"
Semalam dia sendiri dah buat keputusan. Tidurnya langsung tak lena. Kalau dia terus duduk disini, Ayu semakin membencinya.
"Bukan macam tu ibu. Syamil cuma nak ruang dan masa je. Dan Mil tahu Ayu pun sama. Sekarang ni tengok muka Mil pun tak nak. Lagipun ibu kalau ikutkan Mil dengan Ayu ni tak elok duduk sebumbung. Kami langsung tak ada pertalian darah. So sebab tu Mil mula terfikir nak cari rumah sewa dan duduk disana."
Ibu mengeluh halus. Rumit betul masalah anak- anaknya ini.
"Memang betul tu apa yang Mil cakap. Ibu pun tak boleh nak buat apa lagi. Tapi ibu harap kamu berdua janganlah bergaduh lama sangat ya." Pesan ibu.
Syamil mengangguk mendengar.
"Bila Syamil nak pergi?"
"Lepasni."
"Hati- hati. Jangan lupakan ibu pula. Kalau ada masa datanglah tengok ibu."
"Jangan risau ibu. Mil tak akan lupakan ibu. Bila Mil ada masa je Mil lawat ibu ya." Ujar Syamil menyedapkan hati tua itu. Selepas mama dan papa, ibu yang berada disisinya saat jatuh dan bangun.
Tanpa sedar, ada seseorang yang mencuri dengar dari tingkat atas.
✨✨✨
Semalam merajuk sebab tu malas nak update☹️😚 Kalau ada typo or apa² ke, bagitau tau. Tak sempat nak check.
Next part, tunggu ya. Sis tak janji😉😜
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Cerita PendekKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...