Pulang sahaja Mizi ke rumah mukanya langsung tidak dipandang. Malah kakinya menapak masuk kedalam bilik. Keluhan halus terlepas mengingatkan percakapannya.
Hampir pukul 9 malam Lisa menanti di ruang tamu setelah bersiap cantik. Dia turun lebih awal sementara menunggu suaminya. Tetapi satu jam menunggu, wajah suaminya itu langsung dia tidak nampak. Perutnya yang sudah berbunyi memang tidak boleh bawa bincang. Terus dia melangkah naik ke tingkat atas. Bilik suaminya dituju. Belum sempat dia mengetuk, Mizi sudah membuka pintu biliknya.
"Kenapa?" Soalnya dingin.
"Err a.. abang kata nak bawa saya ke sesuatu tempat." Soalnya polos memandang wajah ketat itu.
Mizi langsung tidak mengendahkan apa yang dikatakannya. Malah lelaki itu turun kebawah dengan bersinglet.
"Abang..." Lisa mengikuti suaminya ke dapur. Gelas dicapai lalu dia menuang air putih kedalamnya.
"Abang tak ada mood. Masaklah apa yang ada dekat rumah ni. Masak untuk awak seorang je. Abang dah makan petang tadi dengan kawan."
Lisa menggigit bibir mendengar kata-kata suaminya. Belum sempat lelaki itu menapak naik semula, dia memanggil.
"Abang..."
"Apa lagi."
"Tentang cerai tu, saya..."
"Saya malas nak dengar! Awak tak faham ke!"
"Abang..." Terkedu Lisa mendengar jerkahan suaminya.
"Abang dah salah faham. Saya sebenarnya tak..."
"Jangan ganggu abang. Kalau awak rasa awak dah tak tahan sangat nak keluar dari sini keluarlah." Dia terus melangkah naik meninggalkan Lisa dibelakang. Tanpa sedar birai matanya basah dengan air mata. Perlahan-lahan air matanya jatuh.
"Saya nak cakap yang saya taknak bercerai dengan abang." Tapi dia hanya mampu meluahkan di dalam hatinya.
✨✨✨
Lisa tekad. Tengahari itu juga dia mahu meleraikan semuanya. Bekal makanan dimasukkan kedalam beg kertas. Pagi tadi Mizi langsung tidak sempat menjamah sarapan yang dibuatnya. Hari ini dia mahu pergi ke pejabat.
Sampai sahaja di pejabat, dia sudah mendengar suara tengkingan Mizi.
"Lisa, kenapa datang tak cakap." Aira yang perasan kedatangannya menghampiri.
"Aku nak surprise kan suami aku."
"Tapi kau dengarkan yang dia tengah mengamuk tu."
"Tak apa aku settlekan. Nanti kita jumpa balik okay." Aira mengangguk dan membiarkan Lisa menapak ke bilik kerja Encik Mizi.
"Sue..."
"Lisa. You datang tepat pada masanya." Sue mengenggam erat tangannya. "You pujuk Encik Mizi ya, I takut tengok dia baran sangat sekarang."
"Its okay. Let me settle down this. Saya masuk dulu." Mendapat anggukan Sue, Lisa memulas tombol pintu. Baru sahaja dia ingin buka, fail melayang tepat keatas wajahnya.
"Jangan ganggu aku." Keras amarannya. Lisa mengeluh sakit kerana bucu fail itu mengena pada wajahnya.
"Abang..." Terkejut Mizi.
"Lisa. Apa Lisa buat dekat sini?"
Lisa memegang rahangnya. Berdarah. Mujurlah kecil sahaja lukanya. Berbisa juga dia dibuatnya. Tajam pula tu bucu fail suaminya
Mizi yang melihat darah terus menghampiri isterinya. Rahang isterinya yang luka dipegangnya.
"Abang kalau marahkan saya lepaskan dekat saya. Jangan lepaskan kemarahan abang tu dekat pekerja abang."
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...