Ramadhan Pertama Buat Melisa II

2.7K 157 0
                                    

"Melisa bahagia dengan Fayad?" Tegur umi ketika mereka berada di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Harini ini keluarga Fayad datang ke rumahnya untuk berbuka bersama- sama.

"Melisa bahagia umi." Jawab Melisa ikhlas.

Umi tersenyum bahagia mendengarkannya. Setelah dia ikhlaskan hati dan merestui hubungan anaknya, dia tahu Fayad dapat membimbing isterinya menjadi seorang yang solehah.

"Banyak lagi nak masak?"

Laju Melisa menggeleng.

"Tinggal ikan siakap masak lemak ni umi. Yang lain dah siap." Jawab Melisa.

Dari pukul 3 petang dia berada di dapur apabila diberitahu Fayad keluarganya akan  berbuka bersama. Mujurlah Fayad banyak menolongnya. Dapatlah dia masak beberapa jenis lauk harini hasil dari dia belajar daripada umi dan Fayad.

"Siap nanti Mel hidangkan dulu. Nanti umi yang kemaskan dapur ni."

"Tak apa umi, Melisa okay nak kemas ni semua."

"Tak apa, biar umi yang buat. Mel pergi mandi lepastu solat sekali. Nanti umi siapkan yang lain." Bantah umi.

Rasa serba salah Melisa dibuatnya. Lambat- lambat dia mengangguk.

Setelah yakin ikan siakap masak lemak dimasak sempurna, Melisa mematikan api. Diturutkan arahan umi, dia naik menuju ke biliknya.

"Mel nak pergi mana?" Tegur Fayad yang baru sahaja ingin turun ke dapur.

"Nak mandi lepastu solat. You dah solat?"

Fayad menganggukkan kepalanya.

"You turun dululah. I bersihkan diri sekejap." Melisa berura- ura ingin pergi. Belum sempat dia bergerak, tangan dia dipaut suaminya lalu lelaki itu membawanya naik ke bilik.

"Bukan nak turun tadi?"

"Tak jadi." Jawab Fayad sampai sahaja dalam bilik. Tubuhnya dibaringkan mengiring sambil sebelah tangan menongkat kepalanya.

Melisa juga turut melabuhkan duduk di atas katil. Rasa penatnya hilang apabila dapat duduk sekejap.

"Harini okay? You boleh tahankan?"

Melisa mengangguk perlahan.

"I okay je. Tak haus, tak lapar. Cumanya I penat sikit dengan cuaca pun panas sekarang ni."

Fayad tersenyum kecil.

"Baguslah you okay. Nanti I bagi reward."

"Apa dia?"

"Adalah. Dah pergi mandi. Jangan sampai I ikut sekali masuk." Ujar Fayad berbaur gurauan. Mencerlung mata Melisa. Dalam bulan ramadhan pun sempat lagi suaminya membuat usikan nakal. Tak takut langsung!

"Gatal!" Tuala ditarik lalu Melisa menghilangkan diri kedalam bilik air.

❤️❤️❤️

Melisa mengikut alunan bacaan Fayad perlahan- lahan. Lidahnya masih terbelit lagi mahu menyebut apabila terlalu laju. Ada rasa terharu dalam dirinya kerana dapat menghafal beberapa surah lazim. Kata Fayad, surah itu biasanya dibaca ketika solat. Ada juga dia mendengar setiap kali mereka berjemaah, Fayad akan membaca beberapa surah itu.

"Sadaqallahulazim." Naskah al- Quran ditutup lalu diciumnya.

"Terima kasih." Ucap Melisa setiap kali mereka habis mengaji.

Fayad akan membalas ucapannya dengan mencium dahinya lama.

Melisa membuka telekung pemberian Fayad ketika majlis nikahnya lalu disangkut ditempatnya. Setelah itu, duduknya dilabuhkan disebelah lelaki itu.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now