DUDA PUJAAN HATI II

2.9K 199 45
                                    

Lisa memandang ruangan bilik yang serba mewah itu. Langsung tak terjangkau diakal fikirannya yang dia akan berada di banglo mewah milik Encik Mizi. Pintu yang terbuka mengalih perhatiannya. Wajah tegang suaminya dipandang. Lelaki itu terus mencapai tuala lalu masuk kedalam tandas. Sejak mereka bernikah pagi tadi, langsung tiada senyuman manis diwajah itu. Yang ada senyuman palsu yang dilemparkan kepada tetamu-tetamu yang hadir.

Jarinya menguis-nguis cadar katil. Beberapa hari ini dia masih berfikir apa alasan Encik Mizi menikahinya. Takkan hanya sebab dia sudah diperkenalkan kepada Linda? Atau suaminya mahu bekas isterinya cemburu yang dia sudah ada pengganti? Buntunya dia mencari jawapan. Sedar-sedar Encik Mizi sudah keluar dengan rambutnya yang masih basah. Mahu menegur dia takut. Dibiarkan ruang bilik itu sepi tanpa suara.

"Kau tidurlah. Aku tak akan minta hak aku." Terkejut Lisa mendengarnya. Hak. Serta merta mukanya berona merah. Terus dia berbaring ditempatnya. Selimut ditarik separas dada.

Melihat Encik Mizi mengambil bantal disebelahnya, dia mula rasa curiga.

"Encik Mizi nak pergi mana?" Soalnya apabila melihat suaminya sudah berada dihadapan pintu bilik.

"Aku tak selesa. Aku tidur bilik tamu." Jeda. Tiada kata yang mampu dia balas. Begini ke kisah hidup dia selepas berkahwin.

✨✨✨

"Aku tak suka milo." Dia menolak dengan suara yang tegang. Terkebil-kebil Lisa memandang suaminya.

"Kalau bukan milo Encik Mizi suka apa?" Dia berura-ura kedapur semula. Mujurlah dia tidak bancuh minumannya, jadi bolehlah dia habiskan milo itu. Tak adalah dituduh dia membazir pula. Tapi pelik, kalau Encik Mizi tak suka milo kenapa ada sebekas milo dirumah ini.

Cawan baru diambil. Baru dia mahu masukkan gula, lelaki itu bersuara.

"Aku pergi dulu." Tercengang. Cawan yang sudah terisi gula dipandang. Hanya seketika, keluhan dilepaskan. Baru dua hari menjadi isteri lelaki itu, tetapi dia langsung tak rasa ada bahagia dalam perkahwinannya ini. Sedarlah Lisa, kau dipaksa.

Milo yang sudah hampir sejuk itu dihirupnya. Selesai sahaja mencuci cawan, dia segera ke tempat kerjanya.

Sampai di tempat kerja, terkejut dia mendengar suara tengkingan seseorang. Mengecil mata dia melihat dua orang pekerja yang sedang dimarahi suaminya. Habis bersepah fail di lantai.

"Kenapa dengan suami kau tu? Badmood betul." Baru sahaja letakkan beg diatas meja kerja, Aira menegur. Wajah suaminya yang berada didalam biliknya dipandang. Dia menggeleng sebagai jawapan kepada pertanyaan Aira.

"Lisa..."

"Hmm.."

"Kau bahagia?"

Kelu dia dibuatnya. Dia tiada jawapan untuk itu. Mereka baru berkahwin dua hari. Dia tak dapat nak mengagak masa hadapan hubungannya. Memang ini yang dia inginkan tetapi bukan dengan cara begini. Jika dia mencintai dia nak dia pun rasa dicintai.

✨✨✨

Sebulan berlalu, dia langsung tak dapat rasa kemanisan dalam hubungan ini. Hampir semua tanggungjawab dia lakukan tetapi langsung dia tak dapat nak cari keikhlasan suaminya menikahinya.

"Encik Mizi." Malam itu, Encik Mizi sedang berehat sambil menonton filem ditayangkan. Dia mengambil peluang itu dengan mengajak berbincang. Teh tarik yang dibancuhnya tadi diletakkan dihadapan lelaki itu.

"Hmm." Dia menggumam kasar.

"Saya nak bincang tentang kita." Sekilas dia menoleh dengan renungan tajam sebelum kembali pada kaca televisyen.

"Cakaplah."

"Saya nak bercerai. Saya rasa perkahwinan ini tak boleh nak pergi jauh bila kita buat haluan masing-masing. Saya tak mampu nak teruskan." Entah kenapa dia rasa birai matanya sudah berat setelah mengungkapkan perkataan yang sungguh 'sakit' itu. Lagipun, dia masih tak jumpa alasan suaminya itu.

"Apa kau cakap ni?"

"Encik Mizi tak cintakan saya. Lebih baik Encik Mizi ceraikan saya. Saya..."

"Kau masuk bilik kau sekarang!"

Terkejut Lisa dengan jerkahan suaminya.

"Masuk bilik kau sekarang!"

Saat itu air matanya jatuh. Dia hanya inginkan perpisahan. Mengapa suaminya langsung tak boleh nak tunaikan sedangkan hati lelaki itu bukan milik dia. Dengan langkah yang berat, Lisa menapak masuk kedalam biliknya.

Di ruang tamu, Mizi memandang isterinya yang sedang menahan tangis naik ke bilik. Tubuhnya disandarkan diatas kerusi. Rambutnya dikusutkan rimas dengan masalah yang datang.

✨✨✨

Sakit matanya melihat adegan pasangan itu. Kata sudah melupakan tetapi mengapa masih berpeluk.

"Lisa.. "

"Jom balik Aira. Aku tak ada mood nak shopping." Aira yang serba salah terus mengikut langkah kawannya.

Kerana tiada jalan lain, dia terpaksa lalu juga dihadapan pasangan itu. Sedaya upaya Lisa mengawal riak mukanya. Belum sempat dia melepasi, mata itu bertembung dengan matanya. Jelas riak terkejut yang terpamer.

Segera Mizi melepaskan pegangan tangan Linda. Wajah tenang isterinya dipandang.

"Hi, wife Mizi." Lisa kemam bibir saat mendengar perkataan yang keluar dimulut wanita itu.

"You rasa apa alasan Mizi kahwin dengan you eh? Untuk puaskan nafsu dia ke?"

"Linda!"

"Dasar perempuan perampas. Laki aku juga nak ambil." Tanpa sedar, tangan bekas isteri Mizi menunjal kepalanya. Tersentak Lisa.

"Hey you perempuan, jaga sikit tangan you!" Aira mula bersuara. Sakit hatinya melihat Lisa yang masih tampak tenang setelah ditunjal wanita itu.

"Watch your mouth!"

"Me? Excuse me. You tu yang patut jaga mulut you. Suka hati je cakap kawan I perampas."

"Yes memang dia perampas. Dia rampas suami I!"

Lisa menarik nafas dalam. Orang sekeliling mula memandang kearah mereka.

"Ish kau ni!" Tidak semena-mena Aira menolak tubuh Linda sehingga jatuh. Terus Lisa menarik tubuh kawannya itu. Dia takut jika dibiarkan, masalah lain pula timbul.

"Auch you..." Dia mengadu sakit kepada Mizi. Suaminya terus menunduk menolong. Terbit senyuman sinis dibibir Linda ditujukan kearahnya.

"Korang berdua jumpa I dekat office esok." Amaran keras Mizi sebelum dia membawa Linda pergi.

Lisa terus memaut tiang berdekatan dengannya. Matanya dipejamkan rapat.

"Lisa aku minta maaf."

"It's okay." Dia menggeleng dengan wajah yang sudah basah dengan air mata. Ini jalan yang dia pilih. Ini jalan yang dia inginkan dulu. Dan ini juga ujian yang dia terpaksa hadap untuk hubungannya.

✨✨✨

Thank you korg yg bagi comment dekat part lepas! Semangat betul sis baca😍 Btw sorry ya sis tak sempat nak edit kesalahan yg ada. Nanti free sis edit balik okies :)

Jangan lupa vote & comment tau!❤

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now