Awal-awal pagi Ayesha dah keluar rumah tanpa pengetahuan Imran. Suaminya masih lena diulit mimpi selesai subuh pagi tadi.
Kereta dipandu menuju ke sesuatu tempat. Dia mahu menenangkan perasaanya. Emosinya terganggu melihat Imran dan Lisa berdua. Membuatkan dia nak menangis lagi apabila cucur udang yang dibeli Imran semalam langsung tidak duhulurkannya. Dia hanya mampu memandang dari tingkat atas sahaja melihat keluarganya menikmati minuman petang pada hari semalam.
Kereta diparkirkan dihadapan tasik. Pada pukul 7 pagi ini terdapat beberapa orang yang melakukan aktiviti beriadah. Jadi Ayesha tidak terlalu takut kerana masih ramai orang disini. Ayesha mematikan enjin keretanya. Sebotol air putih dibawanya sekali dan kuih mush yang sempat dia singgah membeli ditepi jalan tadi.
Sedang Ayesha menghirup udara segar pada waktu pagi, dia ternampak kelibat Aqil sedang berjoging. Aqil pun perasan akan dirinya yang sedang duduk dibawah pondok.
"Kak Esha buat apa dekat sini?" Tegur Aqil sebaik sahaja mendekatinya. Jelas wajah itu tampak riak kerisauan.
"Ambil angin."
"Dekat rumah tu abang Im risau akak tak ada." Jelas Aqil yang dapat panggilan dari abangnya pagi tadi sebelum ke tasik. Kata abangnya Ayesha tiada di rumah. Risau lelaki itu mencari isterinya. Aqil pula sudah seminggu dia tak balik ke rumah kerana menetap di rumah sewa bersama kawan sekolej yang lain.
Ayesha mencebik.
"Dia tak risau pun. Aqil bila nak balik rumah?" Soal Ayesha. Ada Aqil disini dapatlah dia menghilangkan bosan.
"Minggu ni Aqil balik. Tugasan pun dah banyak selesai."
Ayesha mengangguk kepalanya. Biasalah hidup seorang pelajar. Sentiasa sibuk untuk memenuhi tugasan yang diberikan.
"Aqil jangan bagitau abang tau." Pesan Ayesha tanpa sedar Aqil sudah memberitahu abangnya keberadaan isterinya itu.
"Hmm okay." Telefon yang berada dibawah meja disimpan di dalam poket seluar. Dia baru sahaja sembunyi-sembunyi membuat pesanan kepada abangnya.
Lama juga Aqil menemani Ayesha sebelum dia ingin menyambung semula berjoging.
"Pergilah, kak Esha okay je. Nanti dah terang sikit akak baliklah." Jawab Ayesha apabila Aqil ingin melangkah pergi.
Aqil hanya tersenyum nipis. Dia terus melangkah pergi melalui belakang Ayesha.
"Good luck bang." Ujar Aqil kepada abangnya yang Ayesha langsung tidak sedar kehadiran lelaki itu. Terpaksa dia berbohong ingin menyambung berjoging balik sedangkan Imran sudah sampai di tasik ingin menjemput isterinya.
Ayesha duduk termenung kembali. Langsung Imran tiada membuat panggilan kepadanya. Nampak sangat suaminya itu tak risau langsung tentang dirinya. Saat itu, matanya ditutup dari belakang.
"Siapa ni?" Ujar Ayesha takut.
"Siapa ni..." Soalnya lagi apabila orang itu tidak menjawab.
"Tolonglah jangan buat saya macam ni. Aqil... Aqil ke tu..." Rasa nak menangis Ayesha ketika itu.
"Jangan main-mainlah." Tersentak Ayesha saat sisi kepalanya dicium. Tidak semena-mena matanya yang ditutup itu basah dengan air mata.
Imran yang tak sampai hati melihat isterinya itu melepaskan tangannya.
Ayesha terus menoleh kepalanya ke belakang.
Abang...
✨✨✨
"Abang buat apa dekat sini?" Soal Ayesha terkejut. Lantas dia menoleh kebelakang mencari kelibat Aqil. Ni mesti Aqil beritahu Imran dia berada disini kalau tidak tak adalah Imran berada dihadapannya sekarang.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Kısa HikayeKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...