Kotak baldu merah ditangannya direnung. Sungguh dia buntu memikirkan jawapan yang bakal dia berikan. Jika tidak terima dia takut mengecewakan hati wanita itu. Jika dia menerima dia risau akan ada hati yang kecewa.
"Kak Ayu.." Muncul wajah Airin disebalik pintu biliknya.
"Kak Ayu fikir apa tu?" Tanya Airin apabila Ayu membenarkannya masuk.
"Tak ada apa." Jawab Ayu. Kotak baldu merah di simpan di dalam laci meja ditepi katil.
Airin menghala nafas berat. Dia tahu kak Ayu sukar nak membuat keputusan.
"Kak Ayu buat istikharah ya. InshaaAllah kami semua terima apa sahaja keputusan akak." Tangan Ayu digenggam erat. Walaupun Ayu tidak mengadu tetapi Airin tahu yang Ayu perlukan seseorang untuk dia luahkan.
"Terima kasih Airin."
"Sama- sama akak."
Ayu menunaikan solat istikharah di setiap malam. Di setiap jawapan itu lah muncul wajah lelaki itu.
"Ya Allah, terima kasih terima anak mama. Mama yakin sangat yang Ayu tak akan kecewakan mama." Tubuhnya didakap erat sungguh ketika itu. Begitu ceria dan gembira wajah mama ketika itu. Tidak kurang juga di wajah papa dan Airin.
Sebulan selepas dia memberikan jawapan, Ayu sah menjadi milik lelaki itu. Tanpa cinta, tanpa kasih dan tanpa sayang terhadap lelaki yang dia sudah anggap sebagai abangnya sendiri.
❤️❤️❤️
"Kak Ayu termenungkan apa tu?" Tanya Airin yang muncul tanpa dia sedar.
Entah kenapa dia teringat kenangan beberapa bulan lepas. Kenangan yang menyatukan dua hati tanpa perasaan cinta.
"Tak ada apa lah." Ayu menggeleng. Dia terus menutup majalah yang berada di pehanya lalu diletakkan diatas katil. Dia terus bangun untuk turun ke bawah.
"Kak Ayu tahukan abang nak balik minggu ni." Mati langkah Ayu.
"Hah?"
"Abang Farhan balik minggu ni. Mama kata dia dah selesai kerja dekat sana." Tambah Airin nampak ceria.
Farhan akan balik? Jadinya dia akan bertemu empat mata dengan lelaki itu tidak lama lagi.
"Emmm.." Ayu sekadar menggumam halus.
Pelik Airin melihat kakak iparnya itu tiada sebarang respon apabila dia memberitahu tentang kepulangan suaminya. Tidak rindukah dia?
❤️❤️❤️
Dadanya yang berdetak laju dipegang. Kenapa debar semacam ni.
"Kau boleh Ayu." Yakinnya.
Ayu memandang penampilannya di cermin. Dia mencari sedikit kekuatan sebelum keluar dari dalam bilik.
"Ayu.. Sini." Seru mama.
Saat itu matanya bertembung dengan mata Farhan. Cepat- cepat dia melarikan pandangan.
"Tak salam suami ke Ayu?" Tegur papa.
Ayu dalam dilema mendengar arahan ayah mertuanya.
"Salam." Dengan polosnya dia bersuara saat berhadapan dengan Farhan. Lama tangannya menghulur sebelum hulurannya disambut. Dicium belakang tapak tangan suaminya sebelum ingin duduk kembali. Belum sempat dia ingin menarik, tubuhnya sudah ditarik dahulu duduk disebelah lelaki itu.
Terkedu Ayu dibuatnya.
"Ayu sihat?" Tanya dia.
Lambat- lambat Ayu mengangguk.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Short StoryKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...