Sakit hati dan matanya melihat pertengkaran antara Wina dan tunangnya. Pagi tadi, Wina menelefonnya ajak menemani berjumpa dengan Malik. Tetapi dia disuruh didalam kereta hanya menunggu sahaja urusan mereka selesai. Adha mengepal penumbuknya, jika jarak antara dia dan Malik dekat mahu sahaja dia melayangkan sebuah penumbuk ke muka itu.
Selama ini dia terima jika Malik mampu menjaga sahabatnya itu jadi dia dengan hati yang separuh rela dia serahkan Wina kepada Malik. Tetapi sangkaannya meleset apabila dia mendapati Malik curang terhadap Wina. Sudahlah majlis kahwin mereka hanya 2 minggu sahaja lagi.
Tak sanggup Adha melihat Wina diperlakukan sebegitu. Malik langsung tidak tahu malu. Menengking Wina di khalayak ramai seolah- olah Wina yang bersalah dalam hal ini sedangkan lelaki itu sendiri yang tak setia.
"Rupanya mamat ni pun ada sekali." Saat dia tiba situ, Malik tersenyum sinis melihatnya. Wina berdiri dibelakangnya. Seboleh- boleh Adha tahankan diri dari menumbuk wajah itu.
"Sebab kau aku dengan Wina jadi macam ni." Tuduhnya dengan tundingan jari ke mukanya. Adha tergelak sinis. Disebabkan dia.
"Sebab aku? Kau ada bukti. Yang kau tu dah tunang pun masih bawa perempuan ke hulu ke hilir sampai masuk bilik hotel kau tak sedar? Masih salah aku?" Jelas matanya terbuntang apabila rahsianya terbongkar. Silap orang jika Malik mahu bermain api. Selama ini dia perhatikan sahaja perangai lelaki itu. Tidak sampai hati dia mahu beritahu Wina kerana dia tahu gadis itu akan kecewa. Tetapi bila sudaj jadi begini, Adha tak mampu nak menyimpan lagi.
Wina terkejut dengan pengakuan Adha. Sungguh dia tidak sangka Malik buat perkara sebegitu.
"Aku serahkan Wina dekat kau untuk jaga dia. Bukan kau pergunakan dia macam ni. Kau memang dasar lelaki tak dikenang untung!" Terus wajah Malik menjadi mangsa tumbukannya. Puas hati Adha melihat tubuh itu jatuh tersungkur kebawah.
"Ini last warning aku. Aku nak kau putuskan pertunangan ni da jangan dekat dengan Wina lagi. Sekali lagi aku nampak muka kau jangan sampai muka kau tu pecah." Terus tangan Wina ditarik. Dibawanya masuk kedalam kereta.
Wina yang masih lagi terkejut itu hanya menunduk memandang bawah. Dia mahu selesaikan cara baik tetapi dia tidak sangka Malik sanggup buat dia begitu. Laju air matanya turun disebabkan perbuatan lelaki itu.
"Jangan menangis Wina. Tak ada gunanya kau menangis sebab jantan tak guna tu." Ujar Adha menyandarkan tubuhnya di kerusi. Dia pulang ke sini ingin melihat wajah ceria Wina. Tidak sangka pula dia melihat drama tak berbayar ini. Yang syoknya dia juga terlibat semata- mata mempertahankan gadis dia.
Gadis Dia? Ya, sejak dulu lagi dia ada simpan perasaan pada Wina. Tetapi Wina anggap dia sekadar kawan. Jadi hanya angan- angan sahaja lah untuk dia dapatkan gadis itu. Setahun yang lepas, Wina ada mengatakan dia mahu bertunang dengan seorang lelaki. Kenalan mereka juga ketika dia universiti dahulu. Ketika itu hancur seluruh jiwanya. Majlis pertunangan Wina dia langsung tidak menghadari atas alasan dia ada kerja yang perlu diselesaikan. Tetapi kini, dia bertekad untuk dapatkan haknya semula. Hanya Wina sahaja yang mampu mengisi kekosongan dihatinya.
"Apa saya nak cakap dengan mama papa. Saya... takut mereka marahkan saya."
"Kenapa mama dan papa nak marahkan kau sedangkan itu bukan disebabkan kau. Kalau kau risau aku tolong kau cakap dengan mereka."
Wajah yang basah itu menoleh kearahnya.
"Boleh ke?"
"Demi kau aku sanggup tolong." Ayat yang penuh makna itu cukup dia seorang sahaja yang faham. Selama ini dia tidak pernah berkira mahu menolong gadis itu. Dia buat kerana ikhlas. Dia buat kerana dia sayangkan gadis itu.
✨✨✨
Dari jauh Adha memerhati dua keluarga itu berbincang. Sejam yang lepas dia sudah ceritakan semua yang berlaku. Jelas riak terkejut dan kecewa di wajah kedua orangtua Wina. Sudahlah Wina merupakan satu- satunya anak mereka.
"Kau memang buat aku hilang sabar!" Tidak semena- mena wajah Malik dilayangkan pelempang oleh ayahnya sendiri.
Seisi rumah tergamam melihat kejadian itu.
"Sabar Li. Benda boleh bincang." Kamal, papa kepada Wina mengenangkan Azli, ayah kepada Malik.
"Aku tak sangka kau sanggup buat perkara terkutuk macam tu. Kalau aku tak tahu sampai bila- bila kau akan buat teruskan kegiatan kau sampai kau kahwin kan. Betul tak?" Bergema satu rumah dengan jeritan Azli. Jelas terpancar kekecewaan di wajahnya. Dia telah memberikan pendidikan yang cukup buat anak lelaki itu tetapi tidak sangka hanya sia- sia sahaja.
"Mal minta maaf." Perlahan suara itu memohon kemaafan.
Puan Sarah dan Mariya hanya diam sahaja. Tidak berani untuk mencampuri.
"Bukan dengan aku kau patut minta maaf. Dengan tu..." Tangannya ditundingkan kearah Wina, Kamal dan Sarah.
"Keluarga Wina..."
"Pakcik, makcik... Mal minta maaf. Mal rosakkan kepercayaan pakcik makcik."
Kamal dan Sarah nampak tenang sahaja. Jauh di sudut hati mereka terlalu kecewa tetapi ini semua takdir yang telah tertulis untuk mereka sekeluarga. Lagipun biarlah dia melepaskan Malik dari jadi menantunya sebelum hal- hal yang lain berlaku selepas perkahwinan mereka.
"Wina..." Renungannya jatuh kepada bekas tunangnya.
"Saya minta maaf. Saya janji lepasni saya tak akan munculkan diri depan Wina."
Pendek sahaja kata maaf lelaki itu. Wina langsung tidak memberi sebarang reaksi. Hatinya dia sudah hancur. Melihatkan wajah itu pun dia tak sanggup inikan pula ingin bersuara.
"Sarah, Kamal.. Saya minta maaf atas perbuatan anak saya. Mungkin bukan jodoh kita nak berbesan. Segala kos perkahwinan ni kami akan tanggung ruginya. Maafkan kami sebab buat keluarga awak berdua dapat malu." Ujar Mariya meminta maaf. Sarah dan Kamal mengangguk menerima. Selepas itu dia menghantar kepulangan keluarga itu.
"Habistu macam mana abang? Takkan kita nak biarkan majlis ni macam tu sahaja?" Aju Sarah. Sudahlah persiapan sudah dibuat hampir 80%
"Kan Mariya dah cakap dia akan tanggung semuanya. Biarlah mereka uruskan."
"Ikutkan hati saya nak teruskan juga abang." Jelas kekecewaan di wajahnya tidak dapat melihat anaknya berkahwin.
"Dengan siapa?" Kamal menyoal.
"Adha." Jelas tergamam seisi rumah mendengar cadangan Sarah. Adha yang terkejut itu memandang tidak percaya. Wajah Sarah dan Kamal dipandang silih berganti. Sekilas pandangannya yang beralih kearah Wina yang masih berdiam. Langsung tak terusik dengan kata- kata mamanya.
"Wina terima." Tanpa meminta persetujuan Wina bersuara. Dia bangun dan mendapatkan Sarah dan Kamal. Tangan orangtuanya digenggam.
"Wina tak nak mama dan papa menanggung malu." Ujarnya sedikit sebak. Jika difikirkan hanya Adha sahaja yang mampu menggantikan tempat pengantin lelaki.
"Adha macam mana?" Mereka menoleh memandang Adha.
Adha mengemam bibirnya. Lambat- lambat dia mengangguk setuju. Peluang yang diberi ini dia tidak akan dilepaskan. Dia akan gunakan sebaik- baiknya. Cepat atau lambat Wina akan jadi miliknya. Dan impiannya bakal berakhir.
✨✨✨
New story!☺
Nak tunggu capai target votes dekat story yg lepas nampak gayanya dah berhabuk cerita ni. So sis decide update jelah memandangkan dh nak capai target tu. Kalau korang nak next part, cukupkan 50 votes lagi boleh? 😊 Bukan apa, views ramai tapi votesnya tak ada Apa salahnya korg tekan votes skli. Nnti sis pun ikut bersemangat nak update😜 Hihihi tak marah pun🤗
Story baru ni idea terlintas je. Maaf kalau ada kekurangan. Kalau ada kesalahan minta korg tegur ya. Sis tak sempat nak edit balik. Nanti kita edit semula. Thank you!❤
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
ContoKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...