TIADA PENGGANTI II

2.3K 164 8
                                    

Imran merenung lama wajah anaknya. Sejak beberapa hari ini fikiran dia runsing memikirkan sesuatu. Tangannya naik mengusap kepala anaknya.  Setiap hari dia didesak dengan permintaan ibu. Sofi pula langsung tidak kisah. Seolah-olah dia ikut dan menerima sahaja. Imran tahu Sofi pernah sukakan dia tetapi dia langsung tidak melayan dan menganggap wanita itu sebagai kawannya. Dia tidak mahu disebabkan hubungan ini Sofi dan dia mula renggang.

Imran memandang gambar yang terletak di tepi meja katilnya. Langsung dia tidak sangka dengan perjumpaan yang tidak dirancang ini. Kata- kata lelaki itu terimbas semula.

"Im sihat?" Soal lelaki itu. Imran sekadar mengangguk.

"Papa minta maaf dengan apa yang berlaku empat tahun lepas." Bekas bapa mertuanya mengingatkan kembali kisah yang hampir dia lupa.

"Saya dah boleh terima." Jawabnya pendek dengan senyuman nipis.

"Papa rasa bersalah sangat dengan Im. Apa yang Hana buat dekat Im..." Imran memandang wajah Harun apabila lelaki itu terdiam buat seketika. Dia pula ternanti-nanti.  Dia ingin tahu apa yang berlaku pada bekas isterinya.

"Terjadi pada Hana. Perkahwinan Hana dengan lelaki tu tak kekal lama. Dia perbodohkan Hana. Habis semua duit Hana dia ambil untuk kegunaan perempuan- perempuan lain." Terpempan Imran mendengarnya.  Sampai begitu sekali terjadi pada Hana.

"Satu malam tu, lepas Hana balik dari kerja dia, dia nampak suami dia dengan perempuan lain dekat atas katil..."

"Cukup pa." Imran tidak mampu mendengarnya. Sampai begitu sekali Hana diuji. Jujur dihatinya, Imran tak pernah berdendam dengan Hana apabila wanita itu meninggalkannya.

"Im... "

"Kalau hati Im masih kosong.  Kahwin semula dengan Hana. Anak kamu perlukan kamu berdua. Anggaplah apa yang terjadi ni dugaan dariNya. Dan apa yang berlaku ada hikmahnya."

Mengingatkan kata- kata dari bekas bapa mertuanya itu membuatkan dia tidak mampu lena. Apa yang dia fikir sekarang pun dia tidak tahu. Semuanya bercelaru.

✨✨✨

Dari jauh, Imran perasan seorang wanita bergelut dengan seorang lelaki di belakang kedai. Penasaran dia dibuatnya apabila tubuh wanita itu menjadi mangsa pukulan lelaki itu.

"Woii!"

Lelaki itu memandang tajam kearahnya.

"Kau lepaskan perempuan tu." Dia perasan lelaki itu menggenggam kuat pergelangan tangan wanita itu. Yang membuatkan dia kesian, dia mendengar esak tangis wanita itu.

"Jangan tunjuk hero lah bro. Ini antara aku dengan dia. Kalau kau taknak kena tibai sekali kau boleh blah."

Imran menyinsingkan lengan kemejanya.  Dia ingat dia mampu ke tengok wanita dikasari. Penumbuknya digenggam lalu dilayangkan diwajah lelaki itu. Jatuh terduduk lelaki itu menyebabkan wanita itu sekali terdorong jatuh ke tanah.

"Kalau kau taknak ada antara aku, kau dan polis. Kau blah dari sini." Terkocoh- kocoh lelaki itu lari.

Imran menghampiri wanita itu. Bahunya disentuh. Saat wajah itu berpaling, Imran terkedu.

"Abang... "

✨✨✨

Imran menghulurkan air yang dipesannya kepada Hana. Sejak tadi wanita itu menunduk dari memandangnya. Imran pula langsung tak sangka dia akan berjumpa dengan Hana setelah beberapa hari lepas dia berjumpa dengan papa Hana. Seketika, Imran terpegun dengan imej baru Hana. Wanita itu sudah bertudung.

"Minumlah." Gelas itu didekatkan kepada Hana. Hana mengangkat kepalanya. Gelas itu dipandang sebelum dia menghirup perlahan.

"Hana sihat?" Lama mereka diam sebelum Imran memulakan bicara. Hana mengangguk memberi jawapan. Imran perasan yang badan Hana sedikit susut dari dulu.

"Siapa lelaki tu?" Ajunya apabila Hana masih diam.

"Bekas suami Hana." Ujarnya perlahan.

Imran mengangguk kecil. Bekas suami Hana. Lelaki itu rupanya yang mempergunakan Hana selama ini. Suasana kembali sunyi. Langsung tiada suara antara mereka melainkan lagu yang terpasang di restoren itu.

Hana memandang Imran. Hatinya merintih dengan sikapnya dahulu. Kalaulah dia ikhlas dan menerima apa yang Imran ada dahulu, mesti semua ini tak akan berlaku dan dia tidak akan sanggup mencurangi lelaki dihadapannya ini.

"Inara sihat abang?" Tidak semena-mena Hana bertanya tentang anak mereka yang dulunya dia langsung tidak menerima kehadiran anak kecil iti disebabkan kerjanya.

"Alhamdulillah sihat. Sama cantik macam mama dia." Sempat juga Imran menyelit ingin memuji Hana.

Hana mengetap bibirnya. Birai matanya yang bertakung ditahan. Terkilannya dia kerana meninggalkan Inara.

"Mesti Nara dah ada mama baru yang jagakan dia sekarang kan." Terasa berat mulutnya ingin berkata begitu. Bibirnya dikemam. Mustahil empat tahun ini tiada apa yang berlaku.  Mesti Imran sudah berkahwin dengan wanita yang jauh lebih baik dari dia.

Imran tersenyum nipis mendengarnya.

"Tak ada siapa yang layak gantikan tempat Hana selain Hana." Sejurus ayat itu diluahkan, Hana terus memandang tepat kearahnya. Saat itu air mata wanita itu jatuh.

"Sejak Hana pergi, hati abang ni dah tertutup untuk cintakan orang lain. Dan abang tak berharap sekalipun untuk cari pengganti Hana untuk anak kita."

"Abang... " Hana merintih mendengarnya. Maafkan Hana abang.

"Abang ingat dengan lepaskan Hana abang dapat tengok Hana bahagia. Tapi abang silap. Hana bahagia ke dengan lelaki tu?"

Hana menggeleng laju dengan esakannya.

"Cukup duit dia bagi makan minum Hana? Cukup duit dia nak puaskan kehendak dan keinginan Hana? Dia berikan semua tu dekat Hana macam mana abang berikan pada Hana walaupun duit dalam dompet abang hanya tinggal sepuluh ringgit?..."

"...Jawab Hana."

Hana menggeleng lagi. Awal hubungan sahaja semua itu berlaku, selepas mereka berkahwin hampir semua duit Hana digunakan lelaki itu.

"Abang tak banyak duit Hana. Tapi Hana sanggup ajak abang kahwin. Tapi bila abang usaha nak berikan kemewahan kebahagian pada Hana dengan hasil yang abang ada, Hana mencari yang lain. Boleh abang tanya Hana sesuatu... "

Hana diam. Dengan mata yang basah, dia merenung dalam anak mata bekas suaminya.

"Ikhlas ke Hana cintakan abang selama ini?"

✨✨✨

Thank you semua!🤩 Cabaran juga buat story ni sbb cuba nak bermain emosi. Hrp korg suka lah ya😉 Next update tak pasti lagi ya sebab sibuk sikit nak pergi hantar adik masuk kolej. Kalau sempat jumaat atau sabtu ya.

Kalini nak request 100 votes boleh😉 Jgn lupa vote and comment😘

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now