My Heartless Husband

4.5K 240 24
                                    

Awal pagi Ayesha sudah turun ke dapur untuk membantu mamanya menyediakan sarapan pagi.

"Morning mama." Tubuh wanita yang menjaganya sejak dia kehilangan kedua orangtuanya didakap kedalam pelukan.

"Morning sayang." Sekilas Khadijah mencium sisi kepala anak angkatnya.

"Mama masak apa ni.  Bau sedap je?" Dari atas lagi dia sudah dapat bau tumisan yang dibuat mamanya.

"Mama ingat nak masak nasi lemak sambal sotong."

"Wahh." Teruja Ayesha mendengarnya. Melihat bahan yang masih berada dalam plastik itu di keluarkan darinya dan dibawa basuh tanpa arahan mamanya.

"Lepas tolong mama masak ni Ayesha siap cantik-cantik tau."

Ayesha yang sedang menghiris timun memandang kearah mamanya dengan kerutan di dahi.

"Kenapa?"

"Pagi ni abang Im kamu balik." Tidak semena-mena lidah Ayesha kelu.

"Ma..."

"Tak apa, mama faham. Ayesha di sini sebab mama dan papa. Bukan sebab dia. Kalau dia marah Ayesha, bagitahu mama je." Nak menangis Ayesha mendengarnya. Teringatkan janji 5 tahun lepas yang belum dia kotakan disebabkan mama dan papanya.

"Tapi dia mesti bencikan Ayesha lagi sebab perkara dulu."

"Abang Im kamu tu dah matang. Pandailah dia fikir mana yang baik mana yang buruk. Lagipun mama dulu pun tak berkenan sangat dengan si budak Dewi tu. Mama lagi berkenan kalau kamu jadi menantu mama." Sekilas Ayesha memandang wajah Khadijah tidak percaya.

"Apa mama cakap ni..."

Khadijah menghampiri Ayesha. Dia duduk berhadapan dengan anaknya itu.

"Kalau mama nak Ayesha kahwin dengan abang Im boleh?"

Laju Ayesha menggeleng. Tak nak dia kahwin dengan insan yang tak ada perasaan itu. Yang dia tahu hanya nak melepaskan marahnya dan berlagak tidak bersalah dalam semua hal. Paling senang, semua nak ikut cakap dia.

"No ma... Ayesha taknak."

"Tak apalah. Lagipun Ayesha dah sesuai kahwin. Abang Im tu pun dah terlebih umur tau. Bolehlah eeh..."

"Mama..."

"Okay kita cakap tentang ni lepasni." Khadijah sudah bangun. "Tapi mama tetap dengan keputusan mama tau."

Ayesha mengeluh perlahan. Kerja memotongnya disambung semula.

✨✨✨

Kepulangan Imran disambut dengan kegembiraan. Mencecah sahaja kaki lelaki itu kedalam rumah, tubuhnya sudah dipeluk Khadijah. Dari dapur Ayesha memandang kearah lelaki itu. Masih tidak berubah cumanya lelaki itu nampak lebih kacak dan badannya tegap.

"Rindunya Im dengan mama." Pelukan semakin dieratkan. Lima tahun tidak berjumpa. Hanya membuat panggilan telefon untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Kamal tersenyum sahaja melihat anak sulungnya dengan isteri sebegitu. Di lapangan terbang tadi sudah puas dia memeluk anaknya.

"Dah jom. Mama kamu ni masak sedap tau. Favourite kamu."

"Nasi lemak sambal sotong." Teka Imran laju.

Khadijah dan Kamal mengangguk betul. Imran terus dibawa ke meja makan. Duduknya dilabuhkan diatas kerusi. Bau masakan mama menusuk terus ke hidungnya. Rindunya dia dengan makanan Malaysia.

"Mana Ayesha sayang?" Tanya Kamal yang sudah duduk di meja makan.

Serta merta, wajah Imran berubah. Senyuman kelat terpamer mendengarkan nama itu.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now