"Mama.."
"Mama!"
"Mama bangun!"
Tersedar Nayli dari lena yang terasa lama. Mata dia mencari suara lembut yang memanggil.
"Mama.."
Dia mencari lagi dan muncul seorang anak kecil lelaki.
"Mama.. " Ya dia pasti suara ini dari anak kecil ini.
"Mama janganlah sedih. Saya ada dengan mama. Kesian papa, mama. Papa tak salah. Mama tahu kan Allah turunkan sesuatu ujian tu sebab dia sayang. Sebab dia nak kita ingat kepada dia. Jadi janganlah sedih lagi." Lembut suara anak kecil itu memujuknya membuatkan dia sebak. Tubir matanya mula bergenang. Tangannya mahu dibawa memegang wajah comel itu tetapi terasa berat. Sedangkan dia mahu mengelap air matanya yang lebat jatuh pun dia tidak mampu.
"Bangunlah mama. Kuat demi saya. Papa, atok, nenek dah tunggu mama." Terus anak kecil itu menghilang tanpa sempat dia bersuara.
"Haiden!" Serta merta Nayli tersedar. Air matanya jatuh. Dia mimpi. Dia mimpi seorang budak lelaki. Terus tangannya jatuh pada perut yang dikandungnya.
"Awak ke yang pesan macam tu sayang?" Nayli sebak mengingatkan mimpi tadi. Anak kecil itu datang untuk menasihatnya agar jangan terus terbawa dengan kisah yang sudah lepas.
"Nayli." Haiden muncul dengan wajah yang cemas. Terkejut dia yang berada di dalam bilik air apabila mendengar Nayli menjerit memanggil namanya. Tubuh isterinya didekati. Jelas wajah Nayli berpeluh- peluh. Tangannya naik mengelap peluk yang merinik di wajah isterinya.
"Kau okay?"
"Ibu ayah mana? Saya nak jumpa mereka. Saya nak minta maaf."
"Ibu ayah ada dekat rumah kita. Kau rehat ya. Kau tak sihat lagi. Aku panggilkan doktor sekejap." Haiden menenangkan isterinya. Tubuh Nayli dibaringkan semula. Belum sempat dia keluar dari bilik wad, tangannya dipegang kemas.
"Kenapa?"
"Saya lapar. Nak makan nasi."
Haiden tersenyum mendengarnya. Syukur Alhamdulillah. Lega dia dibuatnya apabila melihat Nayli ingin makan. Selalunya sejak Nayli mengandung, gadis itu kurang makan nasi dan selalu mengelak makan apabila dia menyediakannya.
"Okay nanti aku bawakan."
✨✨✨
"Ibu ayah!" Tubuh orang tuanya diterpa. Kuat Nayli memeluk ibu dan ayahnya. Akhirnya, hilang juga beban rindu dia terhadap mereka.
"Ibu ayah, Nayli minta ampun. Nayli minta ampun dengan ibu ayah. Maafkan Nayli." Tersedu- sedan dia menangis di bahu Khairi. Rohaya dari belakang mengusap lembut belakang badan anaknya.
"Kami dah maafkan Nayli. Dan ibu tahu Nayli tak seteruk itu. Nayli terperangkap." Bertambah gugur air mata Nayli mengingatkan kisah silam itu. Ya, sampai bila- bila dia tidak mampu melupakan kisah hitam itu.
"Ayah tahu Nayli tak seteruk itu. Nayli anak ibu ayah yang baik." Khairi kesal pernah membuang Nayli dari dalam hidupnya. Lihatlah sekarang dia menjilat ludahnya kembali.
"Pakcik makcik." Mereka sama- sama menoleh kearah suara garau itu. Nayli memandang Haiden yang menghampiri ayah lalu tangannya ayah disalam dan dikucup lama.
"Saya minta maaf sebab saya pakcik bencikan Nayli. Saya..."
"Ayah tahu Haiden tak salah. Haiden pun terperangkapkan jadi tak ada siapa- siapa yang salah dalam hal ini. Ayah yang patutnya disalahkan sebab tak dengar dari kedua belah pihak. Dan jangan panggil pakcik makcik lagi. Ayah dan ibu tak nak dengar panggilan tu. Boleh?"
Haiden tergelak sebelum mengangguk. Dia menarik nafas lega. Akhirnya tiada salah faham antara mereka. Setiap doa yang dia minta di setiap solatnya Allah dah bagi jawapan. Cuma satu je lagi yang dia inginkan sekarang, balasan cinta dari si isteri.
"Jaga anak ayah baik- baik. Walaupun ayah baru je kenal kamu ayah tahu Haiden boleh jaga Nayli macam kami jaga dia."
Haiden terus memandang Nayli yang dipeluk ibu. Mereka berbalas pandangan. Nayli tahu yang dirinya sarat dengan cinta terhadap gadis itu sejak dahulu lagi.
"InshaaAllah ayah, Haiden akan jaga amanah ayah ibu."
✨✨✨
Jeng Jeng Jeng.... Ikutkan story ni nak buat cerita panjang tauuu tapi cm takut time nk buat tu idea tersekat pula so kita buat lah short story je dluuu.
Next part kita update bila sis puas hati kalau korang vote and comment. Mybe next part yg terakhir kot. Stay tuned! ❤️
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Kısa HikayeKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...