CINTA KHALID III

3.3K 149 12
                                    

P/s : Hi semua! Sorry lambat update. Kalau rasa dah lupa jalan cerita boleh baca part sebelum ni✌🏻☺️ Enjoy your reading! ❤️

Ah sudah! Khalid pula yang gila bayang. Sejak Ain bagitahu rahsia yang dia rancangkan sudah terbongkar Khalid tidak duduk diam. Bermula dari hari itu juga dia sudah tidak terserempak dengan Melisa lagi.

"Aish!" Laptonya ditutup. Hilang fokus dia sekejap mengenangkan kehilangan Melisa. Melisa marah ke? Melisa kecewa ke? Takkanlah Melisa kecewa kalau gadis itu tiada hati dengannya. Tapi kenapa dia sibuk merancangkan sesuatu untuk melihat reaksi Melisa kalau dia sudah lama melupakan gadis itu.

Telefon dicapai dan nombor seseorang didail.

"Hello Megat." Megat merupakan peguam yang mengambil kes Melisa. Dia sendiri mencadangkan Megat kepada Melisa memandangkan Megat merupakan peguam yang terbaik untuk menyelesaikan kes ini.

Khalid menceritakan dari awal apa yang dihadapinya kepada Megat. Mujurlah lelaki itu tidak terlalu terkejut kerana Megat sedia tahu tentang itu. Cuma yang membuatkan dia terkejut kes Melisa telah seminggu selesai.

"Kau ada nombor dia?"

"Ada. Nanti aku share dengan kau."

"Okay, thanks bro." Talian ditamatkan segera. Tidak sampai beberapa saat selepas talian dimatikan, Megat telah menghantar nombor telefon milik Melisa.

Harini dia bertekad, untuk mendapatkan cinta Melisa walaupun dia pernah ditolak tujuh tahun dahulu. Tetapi jika sekarang Melisa tetap menolaknya, dia sudah bersedia daripada awal lagi.

✨✨✨

Setiap masa dia bersama telefonnya. Tidak pernah berenggang. Menanti panggilan daripada Melisa. Sejak dia dapat nombor telefon gadis itu dia tidak pernah putus asa membuat panggilan. Tetapi malangnya Melisa langsung tidak mengangkat panggilan darinya.

"Apa kau nak buat sekarang ni?" Fiqri menyoal.

"Entah. Aku buntu. Nasib aku nak buat macam mana." Ujarnya sedikit pasrah.

"Sudahlah. Kau cari je perempuan lain. Banyak lagi yang cantik, berpendidikan, sopan macam dia."

"Tapi tak sama macam Melisa."

Bagi Fiqri senang lah dia cakap cari perempuan lain. Ingat senang ke dia nak lupakan Melisa. Tujuh tahun dia masih menyimpan perasaan itu. Dia yakin takdir membawa Melisa kepadanya. Cuma dia terbawa- bawa dengan dendam yang pernah Melisa buat tujuh tahun dulu.

"Okay lah kalau kau dah cakap macam tu. Nampaknya tunggu aku anak 10 baru kau kahwin." Gurau Fiqri.

Khalid merenung tajam kawannya itu. Cis! Minuman dihadapannya disedut perlahan. Kalau dengan Fiqri memang tak akan jumpa jalan penyelesaiannya. Ada sahaja lelaki itu mengenakan dia dan bagi pendapat yang langsung tidak bernas.

"Selamat Datang."

Fiqri memandang pelanggan yang baru masuk ke dalam cafe adiknya. Terkejut dia melihat kehadiran gadis itu tanpa disangka.

"Khal.."

"Emm." Khalid menggumam halus.

"Khal..." Kali ini sedikit keras dia memanggil.

"Apa?!"

"Tengok tu." Jari menunjukkan kearah gadis itu.

Saat Khalid berpaling, terbuka luas matanya melihat gadis itu berhadapan dengannya.

✨✨✨

Khalid melangkah laju mengejar Melisa yang sudah jauh dihadapannya. Tidak disangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki ini. Berbaloi penantian dia selama ini untuk terus menunggu gadis itu.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now