Cinta Mula Berputik ver #lockdown

4.2K 178 4
                                    

Berkahwin atas pilihan keluarga. Siapa yang mahukan melainkan lelaki dan perempuan masing- masing mempunyai perasaan antara satu sama lain. Mungkin mereka sudah kenal sejak kecil dan apabila besar ibu bapa mereka menyatukan dua hati itu.

Tetapi tidak dia. Dia dikahwin paksa untuk menjaga nama baik suami dan keluarga. Dia dibawa untuk menyelesaikan masalah si suami.

Dhurrah buntu. Hidupnya sangat membosankan. Hari- harinya hanya terperap di rumah. Si suami yang mempunyai jawatan besar diluar sibuk mencari duit sehingga tidak tahu jalan pulang ke rumah.

"Hello ma." Dhurrah mengangkat panggilan telefon mamanya. Kali terakhir dia berjumpa dengan wanita itu dua minggu lepas. Dia ada meminta izin suaminya untuk pulang kerumah keluarganya tetapi dia dihalang disebabkan dia isteri lelaki itu.

"Dhurrah sihat?"

"Sihat. Mama papa sihat? Bila nak datang rumah Dhurrah? Dhurrah rindu." Anak tunggal sepertinya masakan tidak merindui mama dan papa. Dari kecil dia berkepit dengan mama papa sehinggakan keputusan untuk berkahwin ini pun dia tidak lera. Bukan dia tidak bersedia menjadi isteri orang tetapi dia tidak sedia meninggalkan mama dan papa.

"Mama sihat. Papa sihat tapi macam biasalah dia busy kerja."

"Hmmm."

"Dhurrah okay ke tu?" Tanya mama yang dengar suara anaknya mula berubah.

"Dhurrah okay. Cuma Dhurrah bosan duduk rumah. Hakimi pula busy kerja."

"Biasalah tu. Mama masa muda- muda pun macam Dhurrah juga kena tinggal dengan papa. Tapi tak apalah, dia cari duit untuk Dhurrah kan. Dhurrah kena faham dia."

Mama lain! Dia lain! Dhurrah membentak didalam hati.

"Hmm okay mama."

Dhurrah memandang kearah pintu rumah yang ingin dibuka. Jam di dinding dilihatnya. 5 petang. Tidak pernah suaminya pulang awal.

"Ma, Kimi dah balik. Dhurrah call mama nanti ya."

"Okay jaga diri sayang."

"You too ma. Assalamualaikum." Talian dimatikan tanpa sempat mama menjawab salamnya.

Dhurrah berlagak biasa saat pintu sudah terbuka luas. Hakimi masuk dengan muka serabutnya. Bukan hari ini tetapi berhari- hari. Tetapi kira okay lagi lelaki itu pulang awal. Kalau tidak selepas pukul 10 malam lelaki itu pulang.

Dhurrah memandang skrin televisyen tanpa menghiraukan si suami. Dia buat- buat fokus menonton cerita yang langsung tidak menarik minatnya itu.

"Aku lapar."

"Hah?" Terus kepala Dhurrah memandang kearah lelaki itu. Dengan baju kemejanya sudah terkeluar. Tali leher sudah separuh longgar.

"Aku nak makan. Kau tak dengar ke?"

"Hah iya dengar." Alat kawalan jauh dicapai lalu dimatikan siaran televisyen. Dhurrah melintasi suaminya lalu menuju ke dapur. Rumah suaminya ini tidak terlalu besar. Sekadar apartment yang mempuyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 bilik dobi, dapur, ruang makan dan ruang tamu. Cukuplah memuatkan dia dan suaminya.

Hari ini Dhurrah masak simple dan sikit sahaja. Dia nak elak pembaziran. Selalunya Hakimi balik lewat dan tidak menjamah makanannya. Beruntungnya dia harini sebab suaminya merasa masakannya yang dia boleh kira pakai jari sahaja.

Hakimi sudah menunggu di meja makan. Dhurrah meletakkan satu senduk nasi diatas pinggannya.

"Lagi."

"Hah?" Dhurrah blur. Betul ke ni?

Berbalas renungan tajam si suami terus Dhurrah meletakkan dua senduk nasi kedalamnya. Pelik dia. Berselera pula laki dia.

"Aku nak dua ayam."

Dhurrah mengambil dua ketul ayam sambal lalu diletakkan kedalam pinggannya. Setelah itu, air sirap bandung yang dibancuhnya dituang kedalam gelas suaminya.

"Tak makan?" Soal Hakimi apabila dia ingin melangkah pergi ke ruang tamu semula.

"Saya dah makan."

"Hmm okay."

❤️❤️❤️

Dhurrah menangis teresak- esak kerana tidak dapat balik ke Kuala Lumpur. Mama kata keadaan disana sudah semakin terus dengan kes Covid-19 yang sedang melanda negara kita.

Hampir satu jam dia bercakap dengan mama tanpa henti dan mama tidak kurang juga memujuk dia.

Bagai dihempap batu diatas kepalanya saat Perdana Menteri mengutuskan untuk Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac.

Jadi dia terpaksa duduk rumah sahaja tanpa keluar pergi mana- mana. Hakimi juga bakal duduk rumah berdua bersamanya juga?

"Kau dah dengar perutusan PM?" Suara Hakimi menyapa menyentakkannya dari lamunan panjang.

"Dah." Jawab Dhurrah.

"Okay."

Itu sahaja jawapan dia?

Hakimi kedapur untuk minum segelas air putih. Dia kembali semula dengan dua gelas tetapi gelas yang lagi satu terisi air oren didalamnya.

"Nah." Hulurnya. Dhurrah mencapai huluran si suami. Lain benar perangai suaminya semenjak ini. Dulu yang kurang bercakap kini sudah mula menegurnya.

Hakimi mencapai remote diatas pehanya lalu menukar kepada siaran bolanya.

Tersentak Dhurrah apabila lelaki itu menyentuh pehanya. Langsung tidak bagitahu mahu mengambil alat kawalan itu. Boleh sahaja dia memberitahunya dan dia sendiri memberikan kepada lelaki itu.

"Esok kau listkan dekat aku bahan masak yang dah habis dengan barang- barang lain. Nanti aku pergi beli."

"Hmm." Dia tahu keadaan diluar sudah semakin panic apabila orang ramai mula berpusu- pusu di supermarket untuk membeli makanan harian mereka.

"Awak tak kerja?"

"Tak. Tapi aku singgah pejabat sekejap ambil file penting lepastu aku pergi supermarket." Dhurrah terangguk- angguk mendengarnya. Baguslah Hakimi tak kerja. Sekurang- kurangnya lelaki itu balik awal dan ada menemaninya dirumah.

❤️❤️❤️

Enjoy guys! Stay safe and stay healthy! 😘

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now