ADHA WINA II

2.5K 154 18
                                    

Beberapa hari kemudian, sebelum majlis pernikahan mereka Adha mengajak Wina membeli cincin. Walaupun berteman dia seolah- olah sendirian. Sepertinya hanya jasad Wina sahaja disitu, jiwanya berada di tempat lain. Sedikit kecewa Adha dibuatnya. Wina seakan- akan tidak dapat menerima semua yang berlaku. Atau mungkin gadis itu tidak mampu melupakan Malik.

Makan tengahari mereka terasa janggal. Wina yang dia kenal selama ini terlalu riuh rendah dengan suaranya. Sepatah bercakap, berjela- jela gadis itu menjawab. Dan Wina yang itu seperti bukan Wina yang sekarang dihadapannya.

"Wina okay?" Tegurnya.

Wina yang seperti sudah jauh mengelamun turut tersedar. Makanan yang dia pesan tadi dia tidak perasan bila dihantar. Wajah Adha dipandang. Dia tersenyum nipis. Rasa bersalah kerana membiarkan Adha.

"Sorry Ad. Saya cuma..."

"Tak apa. Aku faham." Adha laju memotong. Dia tidak mahu Wina terus memikirkan kisah yang sudah lepas. Jika dia biarkan, dia juga turut rasa sakitnya. Perasaan itu dibuang jauh- jauh, Adha terus menikmati makanan tengaharinya.

Sementara Wina yang berasa bersalah itu tidak sanggup melihat wajah kelat Adha. Salah dia kerana tidak melayan kerana dibayangi benda yang sudah lepas. Selama ini, Wina sedar yang Adha sudah lama menaruh harapan padanya tetapi dia sudah menganggap lelaki itu sebagai kawannya. Orang kata kalau antara lelaki dan perempuan berkawan baik, mesti ada salah seorang yang jatuh cinta. Langsung dia tidak sangka Adha ada perasaan itu terhadap dia. Disebabkan itu, dia terima Malik sebagai kekasihnya kerana dia hanya mahu Adha sebagai kawannya yang rapat. Tetapi bila perkara sebegini berlaku, Wina tahu dia tidak mampu menolak takdir. Adha memang sudah diciptakan untuknya. Dan dia perlu belajar untuk menerima.

Selepas makan, Adha menghantarnya pulang. Sepanjang perjalanan mereka hanya senyap melayan perasaan. Wina mahu menegur tetapi dia risau tidak kena pada waktunya. Dia nak minta maaf kerana sikapnya acuh tidak acuh sahaja semasa mereka keluar tadi.

Berhenti sahaja kereta di hadapan rumah, Wina tidak keluar. Wajahnya menoleh kearah Adha. Adha yang terpinga- pinga mengangkat kening sebelahnya.

"Saya nak minta maaf sebab tak layan Adha sangat harini. Sejak saya setuju cadangan mama haritu, saya rasa janggal. Saya rasa macam kita ni dah mula ada gap. Saya..."

"Kau tak terima aku ke?"

"Tak. Saya ikhlas terima Adha. Lagipun saya tak nak kecewakan mama dan papa. Dan saya taknak disebabkan ini kita mula menjauh. Hampir setiap hari saya fikir, saya ni sesuai ke untuk Ad. Saya risau kalau Ad tak boleh terima kekurangan yang ada pada diri saya."

Terpejam rapat mata Adha mendengarnya. Kalaulah Wina tahu sejak dulu lagi dia ikhlas terima gadis itu. Dia setia menunggu.

"Kita dah lama kawan Wina. Aku kenal apa yang kau suka, apa yang kau tak suka. Kau masih meragui aku ke? Kalau kau tak boleh nak teruskan sebab kau risaukan persahabatan kita, aku faham. Kau boleh bagitahu jawapan tu sekarang."

Laju Wina menggeleng.

"Habistu kenapa kau cakap macam tu?"

"Saya rasa bersalah sebab tak pernah faham isi hati Ad. Saya tahu selama kita berkawan Ad ada simpan perasaan dekat saya. Cuma saya yang menidakkan. Saya ingat..." Terkejut Adha mendengarnya. Jadi Wina dah tahu tentang perasaanya terhadap gadis itu.

"Saya ingat Ad anggap saya sekadar kawan tapi rupa- rupanya saya silap. Maaf sebab buat Ad menunggu terlalu lama. Saya masuk dulu. Jumpa hari pernikahan kita." Tak sempat membalas, Wina dah keluar. Dia perasan wajah Wina merona merah.

Adha memegang dadanya. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Serta merta senyumannya terukir. Jadi tak payahlah dia susah nak meluahkan kepada gadis itu.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now