My Heartless Husband II

4.1K 253 25
                                    

Majlis yang berlangsung pagi tadi sungguh memenatkan badan Ayesha. Pulang je semua tetamu dia terus masuk kedalam rumah. Masuk sahaja bilik, katil terus dituju. Saat tubuh sudah terbaring diatas katil dia menghala nafas lega.

Kepala memandang ke siling bilik. Seperti dalam mimpi, dia sudah menjadi isteri kepada Imran. Tak pernah dia sangkakan langsung Imran akan menjadi suaminya. Dulu pernah lah dia berharap dan mempunyai perasaan kepada suaminya tetapi sejak kes yang dia kena marah dan herdik sebelum Imran pergi terus dia paksa hati untuk melupakan lelaki itu.

Pang! Terteleng wajah Ayesha saat wajahnya ditampar Imran.

"Imran!" Bergema suara Kamal di ruang tamu melihat perbuatan Imran.

Ayesha menunduk memandang lantai. Pipinya yang terasa pijar dipegang dengan sebelah tangannya. Air matanya yang sudah bertakung akhirnya tumpah juga.

"Im benci perempuan ni. Sebab dia keluarga kita tak macam dulu. Dan sebab dia Im dengan Dewi putus." Turun naik nafas Imran apabila amarahnya sudah memuncak.

"Im jangan nak salahkan Esha." Khadijah sudah mendapatkan Ayesha. Tangannya naik melekap pada wajah yang sudah merah itu. Serba salah dia melihat wajah yang sedang menahan tangis.

"Kalau abang Im rasa Esha ni tak guna dalam rumah ini Esha akan keluar dari sini."

"Bagus.. Keluarlah!"

"Ayesha, papa tak benarkan."

Imran menoleh memandang Kamal tanda tidak puas hati.

"Kalau papa tak benarkan perempuan ni keluar biar Im yang keluar." Terus langkah kaki itu naik ke bilik. Beberapa minit kemudian,  dia sudah turun dengan bagasinya.

"Imran..."

"Ni apa yang mama dan papa nak kan."

"Ayesha..."

"Ayesha..."

Ayesha mencelikkan matanya. Terkejut dia melihat Imran yang berada didalam biliknya. Terus dia bangun dan membetulkan sedikit tudungnya yang terselak menampakkan leher.

"Lena kau tidur. Aku panggil langsung tak dengar."

Ayesha mengemam bibir. Dia sendiri pun tidak sedar boleh terlena setelah teringatkan kisah lama. Melihat Imran yang sedang ingin membuka bajunya terus Ayesha menegur.

"Abang nak buat apa ni..." Ujarnya gugup.

"Buka bajulah. Aku nak mandi." Jawab dia selamba.

"Dekat sini?"

"Yelah. Dah ni kan bilik kita." Imran menekankan 'kita' dihujung ayatnya.

Ayesha sudah menelan liurnya. Tak boleh jadi ni. Terus dia bangun lalu melangkah ke pintu.

"Nak pergi mana?"

"Nak tolong mama."

Imran mendekati. Wajahnya mula mendekat sehingga tak ada jarak antara mereka.

"Mama pesan dekat aku tak bagi kau turun. Dia suruh kita berehat." Bisiknya halus.

"Tapi... Esha..."

Tak sempat Ayesha ingin meneruskan, Imran sudah melangkah masuk kedalam bilik air dengan selamba. Ayesha menarik nafas berat. Godaan betul apabila Imran serapat itu dengannya.

✨✨✨

Malam tadi selepas sahaja isyak Ayesha terus sahaja tidur. Terlalu letih sangat sehinggakan mama panggil turun makan malam pun dia menolak. Terdengar sahaja laungan azan subuh terus dia tersedar.  Matanya yang masih mengantuk digosoknya perlahan.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now