Habis semua buku dan kertas kerjanya jatuh berselerakan. Syamil kusut. Jiwanya sakit mendengarkan berita itu.
"Kau tipu aku Maisarah! Ahhhhhhh!" Syamil jatuh terduduk. Kehilangan insan tersayang membuatkan dia jadi begini.
"Mil." Pintunya dikuak dari luar. Seorang gadis masuk menghampiri.
"Mil, awak tak boleh macam ni." Bahunya disentuh.
"Lepaslah. Kau buat apa dekat sini. Tak tahu malu masuk bilik lelaki." Ujarnya tanpa menghiraukan pertolongan Ayu. Malah ditepis tangan gadis itu.
"Mil baru balik rumah keluarga Mil ke?"
"Kau tak payah sibuk urusan aku lah. Pergi keluar!" Ditengkingnya si gadis itu.
Ayu yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan terus melangkah keluar dari dalam bilik lelaki itu.
"Mengamuk lagi?" Tegur seseorang dihadapan pintu bilik Syamil.
Ayu mengangguk. Wajah ibunya dipandang. Ayu dan Syamil sudah lama berkawan sejak mereka belajar di Jepun. Semua masalah Syamil dia tahu dari mulut lelaki itu. Kisah pertunangan lelaki itu juga dia turut tahu. Tanpa sedar, sepanjang hubungan kawan terjalin, dia mula memendam perasaan terhadap lelaki itu biarpun ketika itu Syamil masih tunangan orang.
"Dia baru balik rumah keluarga dia lah tu." Ujar ibu kepada Ayu. Dulu, ketika mula dia sampai disini bersama Syamil, lelaki itu pergi kerumah keluarganya tetapi Syamil dibuang pula keluarganya disebabkan dia melarikan diri di hari pernikahan mereka. Tiada arah tuju, Ayu mengajak lelaki itu duduk dengan keluarganya memandangkan ibu dan ayahnya juga turut tidak kesah selagi mereka menjaga batas pergaulan.
Ayu tersenyum kelat. Ibu mengusap bahunya.
"Tak apa lah, jangan makan hati sangat dengan kata- kata Mil tu. Ibu tahu dia tak maksudkan pun."
"Okay ibu."
✨✨✨
Ayu duduk di sofa sambik menikmati kek batik buatan ibunya pada tengah malam ini. Kerana dia tidak boleh tidur sejak pukul 11 malam tadi, dia terus turun ke ruang tamu untuk menonon televisyen.
"Ayu.."
Namamya dipanggil dan dia cukup kenal dengan suara serak- serak basah itu.
Ayu mendiamkan diri. Kali ini dia mahu merajuk. Siapa yang tak terasa hati dengan apa yang dia cakap tadi. Dia cuma mahu mengambil tahu sahaja disebabkan mereka sudah terlalu akrab sejak dulu lagi.
"Ayu.."
Syamil duduk disisinya. Wajah itu mengamati wajahnya membuatkan Ayu rasa tidak selesa.
"Ayu janganlah macam ni." Dia memanggil lagi. Ayu masih diam. Biarlah, dia sengaja pun nak mogok bercakap dengan Syamil.
Syamil yang geram melihatkan respon Ayu terus mengambil pinggan dari tanggan gadis itu.
"Ish nak lah. Ayu nak makan lah." Protes Ayu apabila kek batik yang masih berbaki itu dimakan oleh Syamil.
"Baguslah tu makan malam macam ni. Kek pula tu. Manis tahu tak."
Mengetap bibir Ayu dibuatnya. Habistu dia makan tadi boleh pula.
"Ish malaslah nak layan Mil. Nak tidur." Terus Ayu bangun.
"Eh tunggulah." Tangannya Ayu dipegang.
"Tak malu ke duduk berdua macam ni malam- malam." Sedas dia bagi.
Berdecit Syamil mendengarnya. Dia faham sangat dengan apa yang gadis itu cuba sampaikan.
Ayu terus membiarkan Syamil sendirian. Dia terus naik ke bilik.
✨✨✨
"Awal bangun Mil, ada apa- apa ke pagi ni?" Tegur ibu yang sedang duduk di kerusi meja makan. Disebelahnya ada anak perempuaannya yang sedang mensisip minuman panas buatan ibu.
"Mil nak pergi jogging dengan anak kesayangan ibu tu." Muncungnya menunjuk kepada Ayu.
Ayu yang melihatnya memandang pelik. Dia tak ada pun memberitahu Syamil sebelum ni. Saat mata lelaki itu bertentangan dengannya, terus dia diberikan sebuah kenyitan.
Ayu menjeling menyampah melihatnya. Terus diletakkan cawan dimeja lalu keluar dari rumah.
"Pergilah pujuk Ayu tu. Dia terasa hati lagi lah tu dengan Mil semalam."
Jadi serba salah Syamil dibuatnya. Bukan dia sengaja pun.
"Sorry ibu. Mil janji Mil bawa anak ibu balik dengan senyuman okay." Janjinya. Syamil terus berlari mengejar Ayu yang sudah siap memakai kasutnya.
✨✨✨
Hi korang! Semua sihat? Okay tak tu 4 hari dah kena quarantine. Jgn risau, kita pun sme je okiess! Waktu cuti ni bnyk bnda boleh buat, so tak ada istilah bosan. Dia jadi bosan bila korang makan tido je. Cuma buat something yang lain😉
So here we go, thank you sbb sudi tunggu sis update😚 Kalau ada kesalahan, tegur ya. Sis tak sempat check. Terus update je hihihi. tunggu next part plk. Inshaa Allah malam ni atau esok pagi sis update okii❤️
Btw, suggestkan cerita melayu yg best dkt komen, sis nk baca.
Jgn lupa vote and comment❤️
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...