Isha menundukkan wajahnya dari direnung Iman. Tidak selesa dia dibuatnya apabila lelaki itu tidak lepas dari memandangnya.
"Cantik." Ujar dia.
"Hah?"
"Awak cantik."
"Emm coach ni mengarut." Isha mencebik. Lelaki semua sama. Nampak perempuan semua cantik.
Iman mengeluh halus. Sudah acap kali dia pesan pada Isha supaya tidak memanggilnya dengan panggilan itu.
"Lagi sekali saya dengar awak panggil saya coach, saya cium awak." Terbuntang mata Isha mendengarnya. Gila ke apa!
"Berani ke?" Isha mencabar.
Iman menoleh ke kiri dan kanan. Line clear! Dia tersenyum sinis dengan wajah ingin mula mendekat. Dia melihat wajah Isha sudah tidak keruan.
"Iman!"
Iman tersengih.
"Pandai pun. Kalau saya dengar lagi awak panggil coach. Tunggu nasib awak bila kita dah kahwin nanti."
"Siapa nak kahwin dengan awak." Isha mencebik dengan kepala digelengkan.
"Habistu nak jadi anak dara sampai tua?"
"Hello! Saya ni laku tau. Kalau tak budak- budak bola tu tak habis nak mengacau saya."
"So awak suka?"
Isha diam. Minumannya disisip perlahan.
"Awak suka lah kan." Berang Iman dengan sikap Isha yang satu ini.
"Mentang-mentang dah kurus awak suka lah diorang kacau awak. Kalau tahu jadi macam ni saya tak bantu awak."
"Awak mengungkit pula?" Tajam mata Isha memandang Iman.
"Mana ada..." Bersahaja Iman menjawab. Telefonnya dikeluarkan.
"Ya! Kalau awak tak ikhlas kenapa awak tolong saya." Kerusi ditolak ke belakang. Isha berjalan pergi meninggalkan Iman yang masih terpinga- pinga di belakang.
✨✨✨
Sejambak bunga yang dipenuhi coklat dihulurkan. Tidak betah Iman dibuatnya melihat wajah masam Isha sejak seminggu yang lepas. Bukan dia tidak memujuk, tetapi Isha yang keraskan hatinya.
"Saya tak makan coklat. Lagipun coach saya cakap tak elok makan coklat banyak-banyak." Jawab dia tanpa memandang padanya.
Iman terkedu seketika. Mula dia teringat ketika waktu latihan dulu. Dia melarang keras jika Isha masih suka makan makanan tidak berkhasiat itu. Tapi untuk kali ini tak apa rasanya.
"Tapi perempuan kan suka makan coklat?" Iman melabuhkan duduk dihadapan Isha. Apabila dia ingin memandang wajah itu, Isha mengalihkan kepalanya.
"Saya tak sama dengan perempuan lain." Bibirnya dikemam. Isha memandang wajah Iman apabila lelaki itu menunduk dengan keluhan halus terlepas. Dia tersenyum kecil. Dah pasrah ke coach.
"Tapi macam sedap pula kan coklat ni." Tangan mencapai satu coklat. Dibuka plastiknya lalu disuakan coklat ke dalam mulutnya.
"Emm sedap juga kan. Nak?" Isha menghulur kepada Iman yang sedang memandangnya pelik.
"Kenapa pandang macam tu?"
Iman seakan kelu. Sekarang ni Isha okay tak? Tadi lain kenapa sekarang lain. Pelik dia.
"Berkerut sangat tu. Cepat tua nanti." Selamba Isha berkata.
"Emm panas pula dekat sini. Saya rasa macam nak pergi makan cendol pula. Nak ikut?" Melihatkan Iman yang masih terdiam. Dia mula mengajak. Penat dia mahu menunggu respon Iman.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
KurzgeschichtenKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...