Awal- awal pagi Dhurrah sudah bersiap. Selesai sahaja menunaikan solat dia terus ke dapur. Gelas kosong diambil diisikan dengan air putih suam. Diteguknya rakus menghilangkan dahaga.
Hari ini dia ingin masak kuey teaw goreng untuk sarapan pagi dan daging lemak masak cili api untuk makanan tengahari.
Dhurrah berjalan ke bilik suaminya untuk mengambil baju kotor. Pagi ini dia mahu membasuh baju awal supaya kering dengan cepat.
Tanpa diketuk, tombol pintu bilik si suami dipulas. Masuk sahaja bilik suaminya lelaki itu tiada diatas katil. Mungkin didalam bilik air sedang mandi. Dhurrah berjalan mendekati bilik air. Telinganya didekatkan dengan pintu bilik air. Tidak sampai beberapa saat, pintu terbuka dari dalam.
"Kau buat apa ni?" Terkejut Dhurrah. Terus dia berjalan mengambil bakul baju kotor disudut hujung bilik.
"Saya nak ambil ni." Dhurrah mengertap bibirnya. Buat malu je Dhurrah ni. Kan tak pasal- pasal suami kau fikir kau ni gatal.
Dhurrah terus keluar dan menutup pintu bilik suaminya. Nafasnya yang berat dihembus lega. Pagi- pagi buat hal.
Dhurrah terus masuk ke bilik dobi untuk membasuh bajunya dan Hakimi. Sementara itu, dia mula menyiapkan sarapan pagi mereka.
"Meh sini aku tolong." Dhurrah yang sedang ingin menvakum lantai terus diambil Hakimi. Lelaki itu membuat tugasnya pula. Dhurrah rasa serba salah.
"Pergi sambung kerja kau yang lain."
"Dah siap dah." Jawab Dhurrah. Semua kerjanya sudah siap selepas sahaja dia selesai memasak kuey teaw goreng.
"Tak apa aku buat. Kau pergi hidangkan sarapan. Aku lapar."
"Err okay." Akur Dhurrah. Terus dia pergi dapur dan menghidangkan makanan diatas meja. Air milo panas yang baru dibancuhnya diletakkan diatas meja.
Hakimi yang selesai menvakum seluruh rumah terus mematikan suis dan meletakkan vakum didalam bilik stor. Perutnya yang sedang berbunyi dari tadi meminta untuk diisi. Hakimi melangkah ke meja makan. Dia duduk sementara Dhurrah menghidangkan makanan kedalam pinggannya.
"Awal kau kemas rumah?"
"Saya terbangun awal." Jawab Dhurrah pendek. Sarapannya dijamah.
"Lepasni nak buat apa?"
"Entah. Semua kerja dah siap. Tinggal nak masak tengahari je lah kot." Jawab Dhurrah.
"Tak payah masak lah."
Berkerut dahi Dhurrah.
"Kenapa?"
"Aku nak belanja kau makan pizza. Nak?"
Pizza. Mana boleh dia tolak. Dah lama sangat dia mengidam nak makan pizza tetapi takut nak beritahu Hakimi.
"Nak."
Hakimi tersenyum nipis sebelum mengangguk.
"Nanti aku order." Dia terus menghabiskan makanannya sehingga habis.
❤️❤️❤️
Baru seminggu Perintah Kawalan Pergerakan, kini Perdana Menteri telah melanjutkan tempoh perintah kawalan pergeraka sehingga 14 April 2020.
Dhurrah terdiam mendengarkan setiap butir bicara Perdana Menteri. Dia marah dengan sesetengah sikap rakyat Malaysia yang tidak mengambil serius tentang perkara ini. Masih ada lagi yang keluar kerumah tanpa tujuan.
"Dhurrah." Hakimi memanggil lalu melabuhkan punggungnya disebelah isterinya.
Dhurrah tersenyum kecil. Sebenarnya ada hikmah disebalik perintah ini. Hubungan mereka semakin mesra daripada sebelum ini. Hakimi juga sudah banyak berbual dan bercerita tentang dirinya. Kini mereka berada dalam fasa pengenalan.
"Okay?" Dhurrah menggeleng kecil mendengarkan pertanyaan lelaki itu. Dia langsung tidak okay.
"Why? Bosan?"
Dhurrah tiada jawapan. Bukan dia bosan duduk di rumah. Memang selama ini pun dia hanya duduk rumah sahaja. Cumanya dia terlalu rindukan keluarganya kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa.
"Tak. Rindu mama papa."
"Aku kan ada. Kau tak rindu?" Dhurrah berdecit. Masih sempat nak membuat lawak. Tetapi memang pun dia rindukan Hakimi walaupun lelaki itu ada berada disampingnya dalam tempoh perintah ini.
"Dhurrah.."
"Hmm.." Dhurrah memandang wajah suaminya.
"Kau happy duduk dengan aku?"
"Happy." Jawab Dhurrah jujur.
"Betul ni? Bukan setakat nak ambil hati aku?"
Dhurrah duduk bersila diatas sofa dengan selesa betul- betul menghadap suaminya.
"Awak nak dengar cerita tak?"
"Tentang?" Hakimi menjungkitkan keningnya.
"Kita."
"Okay go on." Hakimi memberikan jalan untuk isterinya bercerita.
"Dulu mama minta tolong dengan saya. Penuh mengharap dan merayu supaya saya bantu dia atas sebab apa pun saya tak tahu. Rupanya mama nak kahwinkan saya dengan awak disebabkan awak... kena tinggal dengan kekasih awak seminggu sebelum majlis awak tu. Saya tiada pilihan sebab mama kata itu yang terbaik buat saya. Mummy pun pujuk saya supaya saya terima lamaran dia. Malam tu saya buat istikharah. Bersungguh- sungguh saya minta dekat Allah supaya jawab persoalan saya dan esok harinya hati saya tiba- tiba lapang masa nak beri jawapan lamaran itu."
Ada air mata jernih jatuh dari tubir matanya. Dhurrah sendiri tidak tahu mengapa dia rasa sebak menceritakan saat itu. Apa yang dia nak cakap indahnya saat Allah memberikan jawapan kepadanya sangat cepat. Segalanya bagai dipermudahkan sangat- sangat.
Hakimi melihat wajah isterinya. Tangannya terasa ingin mengelap air mata itu tetapi dia tidak berani.
"Tak dinafikan seminggu lepas kita berkahwin tu saya rasa macam tak happy sangat sebab awak tak bagi layanan dekat saya. Rumahtangga kita macam tak ada arah tuju yang lama. Tetapi saya tak berputus berdoa sebab saya pun tak nak perkahwinan ini berhenti setakat ini tanpa apa- apa usaha."
"Awak tahu tak.." Tiba- tiba, Dhurrah mencapai tangan suaminya lalu digenggamnya. Dia nak tangan ini ada bersamanya disaat susah mahupun senang.
"...saya tak mengharapkan layanan awak sebagai suami. Tetapi bila dalam tempoh sekarang ni, ada hikmah disebaliknya. Saya dapat rasakan hubungan kita makin rapat. Awak yang dulu kurang bercakap dengan saya sekarang selalu ajak saya berbual. Saya rasa macam masih tak percaya. Setiap malam saya sujud syukur dengan nikmat untuk merasai kehidupan macam ni." Lalu dibawa tangan suaminya ke bibirnya dan diciumnya.
"Dhurrah.." Mata Hakimi memandang wajah isterinya. Kelu lidahnya.
"Kalau saya minta hubungan kita yang macam sekarang ni sampai bila- bila boleh? Awak sudi nak kongsi hidup awak dengan saya?"
Tanpa dapat ditahan, Hakimi terus memeluk tubuh isterinya. Kepalanya dianggukkan menjawab permintaan isteri.
Dhurrah tersenyum kecil dalam dakapan Hakimi. Buat kali pertama mereka berpelukan seperti ini selepas sahaja hari pernikahan mereka.
"Aku sudi Dhurrah. Aku sudi."
"Terima kasih." Dhurrah melepaskan pelukan antara mereka.
"Terima kasih sebab kau ingatkan aku ada isteri macam kau. Kau lupakan aku dengan kisah salam aku. Kau yang aku perlu jaga sekarang dan sampai bila- bila."
"Thank you Kimi."
❤️❤️❤️
Thank you guys 1K views✨
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Storie breviKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...