Syamil yang baru keluar dari bilik air dengan tuala di pinggang mencapai telefonnya yang berdering sejak tadi. Skrin telefon dilekap ke telinganya setelah melihat nama pemanggil.
"Waalaikumsalam ibu." Salam ibu dijawab.
Syamil tahu tujuan sebenar ibu menelefonnya pada waktu ini.
"Mil tak hantar ibu pergi airport?" Syamil buntu. Hampir dua bulan dia tidak menjenguk wanita itu, terbit rasa bersalah. Tak akan lah nak menghantar ibu pun dia masih mahu mengelak.
"Hantar ibu. Cuma Mil lambat sikit. Flight ibu pukul 12 tengahari kan?" Jawab Syamil.
"Okay, ibu tunggu anak ibu. Nanti dah sampai call ibu ya. Ibu rindu Mil sangat ni. Datang tau." Ujar ibu dengan gembira.
"Okay ibu, Mil datang ya. Jumpa ibu nanti. Mil letak dulu." Syamil memamatkan panggilan.
Dadanya dipegang. Kenapa dia rasa sesuatu. Rasa berdebar.
✨✨✨
Syamil melambai kepergian ibu. Tahun ini ibu sangat bertuah kerana dapat menunaikan umrahnya buat kali kedua.
Setelah ibu mula menjauh, Syamil mula mahu melangkah pergi dari tempat itu. Dia tidak mahu berlama kerana ada Ayu tidak jauh darinya.
"Mil."
Baru beberapa langkah, namanya dipanggil. Dia masih lagi berdiri statik tanpa menoleh kebelakang.
"Ibu ada pesan yang dia suruh Mil jagakan Ayu sementara dia tak ada ni...." Ujar Ayu takut- takut.
"Ya Mil tahu. Ibu ada beritahu. Tapi rasanya Ayu boleh je kan hidup tanpa Mil." Usai berkata, terus Syamil bergerak laju meninggalkan Ayu.
"Mil.."
✨✨✨
Tersenyum Ayu saat dapat melihat wajah ibunya. Beberapa hari lepas, ibu ada membuat panggilan seperti biasa bertanyakan tentang khabarnya. Tetapi hari ini ibu membuat panggilan video dari Mekah.
"Cepatlah balik ibu. Ayu bosan ni." Bibirnya dicemikkan.
Ibu tergelak melihat raut wajah anak perempuannya.
"Sabarlah. 2 minggu je lagi. Bagilah ibu chance nak beribadah ni."
Ayu tersengih.
"Ibu jangan lupa doakan Ayu dapat jodoh awal tau. Bosanlah kalau ibu tak ada. Sunyi." Ayu sudah tersengih- sengih dengan permintaannya.
"Hish budak ni. Jangan nak gatal sangat ya. Mil tu nak letak mana- mana."
Tidak semena- mena wajah Ayu berubah muram.
Ibu tersenyum nipis melihat perubahan wajah anaknya.
"Mil ada lawat Ayu?" Soal ibu.
"Ada tapi tu pun sebab Ayu minta dia belikan lauk." Jawab Ayu. Teringat dia sewaktu Syamil menghantar lauk kepadanya, lelaki itu cuba mengelak darinya.
Silap dia dulu sebab terlepas cakap tetapi dia memang terlalu geram pada waktu itu dengan sikap Syamil. Sudah lama dia memendam perasaan terhadap lelaki itu tetapi Syamil masih tidak nampak. Salah dia juga sebab tak berterus terang dari awal.
"Cubalah berbaik. Masing- masing ada silapnya. Jangan menangkan ego tu sangat." Pesan ibu.
"Tapi Mil tu macam marahkan Ayu sangat je."
"Mana Ayu tahu? Entah- entah dia pun dah lama rindu nak berbual dengan Ayu macam dulu. Ayu tahukan yang Mil tu kalau ada masalah ke, happy ke, Ayu memang jadi tempat dia luahkan. Bawa berbincang. Mana tahu masalah selesai kalau kita sendiri mula mengalah."
"Ye lah ibu. Doakan Ayu tau."
"Ibu sentiasa doakan untuk anak- anak ibu. Ibu harap sangat ibu balik nanti ibu dengar berita gembira."
Ayu berdecit mendengarnya. Berharap sangat ibu ni.
✨✨✨
Syamil menghabiskan makanannya. Dah lama sangat dia tidak berkumpul seperti ini bersama keluarga kandungnya. Dia dah mula lupakan perkara yang lepas semenjak dia mahu memohon kemaafan daripada keluarganya.
"Happy mama tengok Mil makan berselera macam ni." Ujar mama terharu.
Syamil tersemyum. Dia juga turut gembira melihatnya.
"Malam ni Mil tidur sini lah ya." Ajak papa. Malam ini dia mahu berbual panjang dengan anak bongsunya ini.
"Boleh papa. Malam ni Mil jadi teman papa layan bola." Mujurlah dia tidak kekok lagi mahu bercakap dengan papa. Mengingatkan kembali sikapnya dulu, ada juga terbit rasa bersalah yang teramat kerana melawan kata kedua- dua orang tuanya.
Sedang mereka berbual selepas selesai sahaja makan malam, telefon milik Syamil berdering.
Tertera nama Ayu di skrin telefonnya. Syamil terus bangun meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello." Jawab Syamil senada.
"Mil.."
Masing- masing diam. Syamil menanti.
"Mil, tadi ibu call. Dia kirim salam." Ujar Ayu.
Bertambah pelik Syamil mendengarnya. Ayu call dia semata- mata untuk memberi tahu tentang itu sedangkan dia tahu ada 'perang' antara mereka.
"Okay. Lagi? Kalau tak ada apa- apa Mil matikan sekarang."
"Mil sekejap."
Syamil menunggu juga. Dia tahu ada sesuatu yang ingin dikatakan gadis itu.
"Ayu rindu Mil. Ayu nak kita macam dulu." Terkedu Syamil saat mendengar kenyataan yang keluar dari mulut gadis itu.
"Ayu.. Mil pun.."
✨✨✨
Habisssss......
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Short StoryKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...