DUDA PUJAAN HATI IV

3.4K 177 51
                                    

Lisa hanya diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah mereka. Mengingatkan kembali alasan suaminya itu membuatkan dia rasa tidak percaya dan ragu-ragu.

"Lisa." Tangannya cuba digapai untuk digenggam tetapi laju dia menepis.

Kedengaran Mizi mengeluh halus.

"Aku cakap benda yang betul pagi semalam tu." Jawabnya senada.

Lisa menoleh memandang wajah suaminya.

"Bukan sebab Linda."

"Berapa banyak kali aku nak cakap yang Linda tu masa lalu aku! Aku buat semua tu sebab aku tak nak..."

Terkejut Lisa mendengar suara Mizi yang mula meninggi.

"Ikhlas ke? Saya tak rasa Encik Mizi akan tinggikan suara dekat saya kalau Encik cintakan saya." Lisa terus memandang keluar tingkap.

Mizi berdecit. Tangannya dikepal.

"Alasan Encik saya tak boleh terima. Lepaskan saya. Jangan tipu dan seksa diri Encik sendiri."

"Kau cemburu aku jumpa Linda?" Mizi menukar topik. Sekilas Lisa menoleh kearah suaminya. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kenapa saya perlu cemburu?"

"Kau isteri aku. Kau berhak cemburu."

"Isteri atas kertas." Senada Lisa menjawab. Malas mahu bergaduh, matanya dipejamkan rapat. Pening kepalanya memikirkan masalah mereka.

✨✨✨

Memberontak Lisa apabila dia disuruh duduk di rumah. Sesuka hati Mizi memberhentikan dia kerja tanpa sebab. Bila dia minta sebab, lelaki itu langsung mengelak dan tidak melayannya.

"Hmm apa aku nak buat ni." Hampir setengah hari dia berada di rumah, tahap kebosanannya terus meningkat.

Tiba-tiba telefon berdering. Melihat nama Aira terus dia menjawab panggilan sahabatnya itu.

"Weh babe."

"Assalamualaikum cik Aira."

"Hihi waalaikumsalam. Weh kenapa tiba-tiba je resign?" Soal Aira setelah menjawab salamnya.

"Encik Mizi tulah. Apa entah yang tak kena dengan dia." Protes Lisa.

"Hmm babe, aku call kau ni sebenarnya nak cakap sesuatu."

"Apa dia?" Soal Lisa tidak sabar.

"Ex-wife Encik Mizi ada dekat sini."

Mendengarkan kata-kata Aira membuatkan dia mengeluh halus. Mungkin sebab ini Mizi suruh dia berhenti kerja. Bila tiada dia di pejabat senanglah lelaki itu membawa Linda ke hulu ke hilir.

"Babe, are you okay?"

"Aku okay. Dah lah tak nak cerita tentang dia lagi. Aku malaslah nak dengar. Buat sakit hati."

"Tapi kan babe, sebenarnya.."

"Dah Aira. Aku taknak dengar." Lisa berdecit geram dihujung ayatnya.

"Eh tapi kau ke..."

Panggilan terus dimatikan. Telefonnya diletakkan ketepi. Tak sanggup dia nak dengar kata-kata Lisa. Nanti dia sendiri yang sakit hati.

Lisa memegang dadanya. Alasan suaminya ketika malam itu masih berlayar-layar di fikirannya. Dia sendiri buntu sama ada suaminya itu jujur atau tidak menyebabkan dia ragu-ragu pada lelaki itu.

✨✨✨

Mizi menghidu masakan isterinya terus membuatkan dia rasa berselera ingin makan. Menanti nasi yang dicedokkan Lisa, dia sudah memegang sudu untuk mencapai ikan siakap masak lemak cili api.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] Where stories live. Discover now