Nurul mengusap lembut ubun- ubun anaknya yang baru sahaja dilahirkan. Terasa sebak dia dibuatnya tanpa kehadiran si suami.
"Hariz jadi anak yang baik ya sayang. Mama janji mama akan jaga dan lindungi Hariz." Kepala ditundukkan mencium si bayi.
Haikal Ilham, dia dah lama menghilang sejak dirinya disahkan mengandung anak pertama mereka. Sangka lelaki itu, Nurul bersama dengan lelaki lain sehinggakan adanya bayi itu.
Sungguh Nurul boleh membuat ujian untuk membuktikan Hariz Shah adalah anak mereka. Anak Haikal Ilham yang sah disisi agama. Mengapa dia mahu menidakkan kewujudan anaknya.
"Nurul.."
"Ray.."
"Okay tak? Kau perlukan apa- apa?" Soal Rayyan. Rayyan lah yang dituduh bersamanya sehinggakan ada salah faham antara dia dan Ilham.
"Tak apa aku okay." Nurul menggeleng kepalanya. Sudah banyak Rayyan membantunya dan dia tidak mahu terhutang budi dengan lelaki itu.
"Bila kau discharged?"
"Dr kata lepas baby boleh kencing dan buang air besar, kami boleh keluar." Rayyan mengangguk faham. Kerusi di sebelah katil ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya disitu.
"Kau tak busy?" Tanya Nurul. Risau dia kalau dia mengacau masa bekerja Rayyan.
"Kerja aku dah habis." Rayyan menjawab sambil merenung bayinya.
"Comel macam kau."
Tergelak Nurul mendengarnya.
"Kau bila lagi?"
"Tunggulah kalau dia sudi." Jawab Rayyan penuh makna.
Nurul merenung tajam. Takkan lah Rayyan masih menaruh harapan.
Lelaki itu sekadar tersenyum hambar.
❤️❤️❤️
"Nurul, rendang tu dah masak dah." Tegur mak yang baru masuk ke dapur. Tersentak Nurul. Jauh sangat dia mengelamun mengingatkan saat dia melahirkan Hariz.
"Ya mak."
"Mama mama." Hariz datang dengan membawa botol susunya. Kainnnya ditarik tangan kecil itu.
"Ya sayang." Badan dibongkokkan menyamai ketinggian si anak.
"Nak susu." Dengan mata yang membulat itu dia meminta.
Nurul tersengih. Hailahh si anak. Macam mana mama tak jatuh cinta dengan awak sayang.
"Okay Ariz tunggu depan ya. Mama buatkan susu sekejap."
"Okay mama." Laju Hariz menjawab sebelum kembali ke ruang tamu.
Tahun ni mereka berkesempatan beraya di kampung. Mujurlah dia dapat mengambil cuti panjang untuk raya tahun ini. Memandangkan dia sudah turun ke kampung, abang long dan adik usu pun pulang ke kampung bersama keluarganya.
"Kak dah siap ke?"
"Rendang je tu. Nak tunggu empuk sikit baru matikan api."
"Usu tolong jaga lah akak. Akak pergi tengok si Ariz tu. Mata dia dah kuyu tu penat main dengan anak abang long."
"Okay terima kasih usu." Susu yang disiap dibancuh dibawa ke ruang tamu. Dicari kelibat anaknya rupanya berada dengan atuknya.
"Ariz sayang."
"Mama." Tangan kecilnya sudah menggapai mahu didukung.
"Abah rasa dah mengantuk ni anak akak. Pergi bawa dia tidur." Mendengar arahan abah, Nurul membawa anaknya masuk kedalam bilik. Tubuh kecil Hariz dibaringkan penuh berhati- hati lalu disuakan botol susu kepadanya. Masuk sahaja dalam mulut dihisap laju anaknya.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
ContoKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...