Kelu lidah Imran saat mendengar kata- kata itu. Tidak kesiankah Hana dengan anak yang sedang berada dalam dukungannya ini.
"Hana ada masa kalau nak ubah keputusan." Jawabnya tenang senafas. Bayi yang berusia sebulan itu diusapnya sayang. Kesiannya Inara kerana masa bayi lagi tetapi ibu kandungnya mahu pergi tinggalkan dia disebabkan seorang lelaki yang jauh lebih mampu dari dirinya.
"Tak. Hana tak perlu masa nak fikir. Hana dah buat keputusan. Hana nak bercerai dengan abang. Hana dah tak cintakan abang." Hana tersenyum sinis. Dia langsung tidak memikirkan soal hati dan perasaan suami dan anaknya.
Terpejam rapat mata Imran mendengarnya. Kenangan dulu menggamit fikirannya. Air mata yang bertakung cuba ditahannya. Dia tidak mahu nampak lemah dihadapan Hana dan anaknya.
"Inara... Macam mana dengan kasih sayang ibu dengan anak? Hana tak kesian. Sekurang- kurangnya fikirkan Inara."
Hana mendengus kasar. Seolah- olah dia tidak suka dikaitkan dengan anak kecil itu.
"Hana mengandung pun sebab abang paksa Hana. Hana taknak budak ni. Sebab budak ni kerjaya Hana sebagai model musnah." Hampa Imran dibuatnya. Selama ini Hana tak ikhlas mengandungkan Inara. Selama ini juga dia beri apa yang Hana minta walaupun duit di dompet hanya tinggal sepuluh ringgit. Tetapi dia tidak pernah berkira bila melibatkan Hana. Dulu dia pernah mengingatkan Hana yang dia tidak punya apa-apa tetapi bila ditahap dia sudah dibuang kerja Hana mula mencari yang lain dalam tempoh dia sedang berpantang. Inara yang masih dalam hari pun dia tinggalkan kerana mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Imran tarik nafas dalam- dalam. Wajah Inara yang terlentok di bahunya ditatap. Tangannya naik menutup telinga Inara. Dia tidak mahu anaknya itu dengar lafaz yang bakal dia keluarkan. Dia tak nak Inara tahu yang ibunya tidak mahukan dia lagi. Maafkan papa Inara.
"Nur Hana Binti Harun, saya ceraikan awak dengan talak satu."
✨✨✨
4 Tahun Kemudian...
"Papa!!" Tersenyum Imran melihat Inara lari mendapatkannya. Hampir seminggu tidak bersua muka dengan Inara kerana terpaksa ke Johor atas urusan bisnes. Alhamdulillah, Imran sudah ada bisnes sendiri setelah 3 tahun bertungkus lumus. Betullah, rezeki tidak pernah salah alamat. Demi Inara dia bangkit semula. Dia mahu berikan Inara kemewahan yang dia tidak pernah dapat bagi kepada Hana.
Inara memeluk kakinya.
"Lamanya papa work." Dengan bicara yang masih pelat dia memandang wajah Imran. Imran menunduk menyamai ketinggian Inara. Kedua belah pipi anaknya dicium. Melihat wajah Inara terlepas rindunya terhadap anaknya.
Seketika kemudian, Imran terpandang wanita yang berada di muka pintu. Mereka berbalas senyuman. Matanya beralih pada Inara. Pipi gebu anaknya diusap penuh sayang.
"Nara nakal tak selama papa tak ada ni?" Soalnya. Laju Inara menggeleng. Matanya pula memandang kearah wanita itu. Meminta jawapan pula.
"Nakal sangat. Macam- macam dia request dekat saya." Wanita itu sembunyi senyum. Sengaja mahu menyakat Inara. Imran pula tidak kecuali mengenakannya.
"Mana ada. Nara tak nakal lah papa. Aunty Sofi tipu." Anaknya mencebik dengan tangannya disilangkan. Tergelak Imran dan Sofi melihatnya. Banyak betul karenah Inara.
"Ya anak papa tak nakal." Pujuknya. Tangan Inara digamit mendekati Sofi.
"Terima kasih jagakan Nara." Ucap Imran.
Sofi tersenyum mengangguk.
"Senang jaga dia ni. Tak banyak masalah." Sofi menunduk dihadapan Inara.
"Lepasni kalau bosan datang lagi tau rumah aunty."
Laju Inara mengangguk.
"Boleh- boleh. Kan papa?" Kepalanya menoleh memandang Imran. Matanya dikedip- kedipkan.
"InshaaAllah lain kali kita datang lagi. Thanks Sofi." Beg pakaian Inara dihulurkan Sofi lalu disambutnya. Koceknya diseluk lalu mengeluarkan sampul dan dihulurkan kepada wanita itu.
"Tak apalah. Saya ikhlas. Lagipun saya suka jaga Nara." Sofi menolak pemberian lelaki itu.
"Ambillah. Saya ikhlas ni." Imran menghulurkan lagi. Tetapi Sofi itu menggeleng tidak mahu. Imran memandang sekeliling. Meja yang berada di beranda rumah dipandang. Dia letakkan sampul yang berisi duit itu diatasnya. Nak bagi dengan tangan, Sofi sembunyikan tangannya dibelakang. Tak manis pula kalau dia nak pegang.
"Papa jom lah." Inara menarik tangannya.
"Ambil tu. Saya ikhlas. Kita jumpa lagi. Bye Aunty Sofi, Nara."
"Bye Aunty." Inara melambai tangannya sebelum didukung Imran masuk kedalam kereta.
✨✨✨
Imran ingatkan apa yang penting sangat sehingga membawa dia ke rumah keluarganya. Tetapi perkara yang sama dibangkitkan Azizah seperti beberapa minggu lepas.
"Nara masih kecil. Dia perlukan kasih sayang ibu. Im tak kesiankan Nara ke? Im nak dia kena ejek sebab dia tak ada ibu." Imran menggeleng. Dia tak nak semua tu berlaku. Inara ada ibu cuma ibunya tinggalkan dia.
"Im tak mampu ibu."
"Kenapa? Im masih cintakan dia?" Imran diam tidak memberikan jawapan. Dia tiada jawapan langsung.
"Kalau Im setuju, ibu dengan abah nak masuk meminang Sofi. Ibu dah lama sangat berkenan dengan Sofi tu. Dia baik, lemah lembut dan menutup aurat."
Imran mengemam bibir mendengarnya. Ya, semua itu ada pada Sofi dan tiada pada Hana. Hana lain. Disebabkan kerjayanya sebaga model dia lebih selesa dengan pakaiannya yang singkat. Bukan dia tidak tegur tetapi sudah berbuih mulutnya bercakap. Hana langsung tidak mengambil tahu. Wanita itu hanya berjanji sekejap sahaja. Selepas mereka berkahwin Hana kembali Hana yang dia kenal sebelum ini.
"Im tak setuju." Imran menggeleng. "Im boleh jadi mama dan papa Inara. Im tak rela Nara dapat kasih sayang dari orang lain. Inara hanya boleh dapat kasih sayang ibu kandung dia sahaja."
"Bila? Semua tu tak jadi Im. Hana tu dah empat tahun tinggalkan kamu. Ada dia jenguk Inara walaupun sekali? Tak ada Im." Azizah mengurut pelipisnya. Tidak tahu bagaimana mahu membuat anaknya bersetuju.
"Hati Im tak boleh paksa ibu. Sama juga dengan Inara. Kalau Im tak boleh terima wanita lain, Nara pun tak boleh terima orang lain jadi mama dia." Imran terus bangun. Bilik adiknya dituju. Pintu dikuak.
"Nara, jom ikut papa balik." Tangannya menggamit Inara yang sedang bermain dengan adik bongsunya, Iman.
"Balik? Papa tak tidur rumah nenek?" Polos anak kecil itu bertanya. Imran menggeleng. Permainannya dikemaskan lalu dimasukkan kedalam beg. Dia berjalan mendekati Imran.
"Abang balik dulu. Jagakan ibu abah." Pesannya kepada Iman.
✨✨✨
Cerita baru lagi🤩 Macam mana okay tak? Kalau nak next update lagi, boleh tak nak request 50 votes lagi. Okay tak?🤔 Cukup je kita terus update next part😉
📌Jangan lupa votes and comments😘
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1]
Storie breviKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 1] ©️2020 Status: Completed 1. Pertemuan Semula 2. Ku Relakan Hati 3. Terima Dia Seadanya 4. Kenangan Terindah 5. Cinta Mula Berputik 6. Ramadhan Pertama Buat Melisa 7. Ayu & Farhan 8. Takdir Syawal 9. Bahagiakah Kita ...